Fenomena Gerhana Bulan 4 April 2015

April 02, 2015

InsyaAllah pada hari lusa (4 April 2015), kita semua rakyat Malaysia boleh meyaksikan dan menikmati fenomena gerhana bulan penuh. Kalau korang nak tahu, gerhana bulan kali ini adalah satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ni. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman melihat gerhana bulan. Nanti menyesal pulak. 

Fenomena Gerhana Bulan 4 April 2015

Fenomena: Gerhana bulan penuh di Malaysia
Tarikh: 4 April 2015
Masa: 
  • Mula - 5.01 petang (bulan memasuki bayang-bayang penumbra)
  • Kemuncak - 8.00 malam
  • Berakhir - 10.59 malam (bulan keluar daripada bayang-bayang penumbra)
Lokasi terbaik: Kawasan paling timur dengan ufuk yang tidak terlindung

4 April 2015 ni sepatutnya due date lahir anak aku. Hehehe. Tapi baby dah tak sabar nak keluar tengok mak dengan ayah dia, jadi keluar awal 2 minggu. 

Sesiapa yang nak tengok fenomena gerhana bulan penuh ni, jangan lupa tunggu dekat luar rumah bermula pada pukul 5 petang sampai 11 malam hari lusa. Tapi nanti dah masuk waktu solat Maghrib dan Isyak, pergi lah solat dulu. Heee.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter