Kahwin Dengan Budget RM1000 Boleh Bahagia Ke?

April 28, 2015

Tengok tajuk tu. Macam nak provoke je kan. Hehehe. Tak ada lah. Aku cuma nak kongsikan dengan korang pasal Pakej Kahwin RM1 000 ni. Melalui pakej ni, satu pasangan cuma perlu keluarkan belanja sebanyak RM1 000 saja untuk  100 jemputan dan peluang untuk memenangi cabutan bertuah mengerjakan umrah.

Program Walimatulurus Mega 2015

Program Walimatulurus Mega yang akan diadakan di Johor pada 15 Mei 2015 ni sebenarnya mendapat sambutan yang amat memberansangkan daripada pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Aku pun setuju sangat kalau diaorang ambil pakej ni untuk melangsungkan perkahwinan. Jimat pun jimat. Aku respek gila lah siapa yang sanggup ambil peluang ni sebab aku tak rasa aku sanggup. Ye lah kan. Hari bahagia ni datang sekali saja. Kalau boleh, aku nak menjadi satu-satunya raja dan ratu sehari pada hari perkahwinan aku. Sebab tu aku hormat gila-gila pada pasangan yang rela hati ambil pakej ni.


Info Ringkas Program Walimatulurus Mega 2015

Tarikh: 15 Mei 2015
Tempat: Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor
Masa: 7 pagi hingga 5 petang


Syarat-syarat Menyertai Walimatulurus Mega 2015

  • Kedua-dua pasangan mestilah warganegara Malaysia
  • Sudah menjalani dan memiliki sijil kursus perkahwinan yang diiktiraf majlis agama Islam. Sekiranya masih belum ada, pihak Program Walimatulurus Mega akan membantu
  • Memiliki dokumen dan surat kebenaran untuk berkahwin yang sahih dan lengkap
  • Setiap pasangan cuma perlu membayar RM1000 
  • Setiap pasangan perlu mengisi borang penyertaan asal yang disiarkan di Sinar Harian edisi Johor
  • Pendaftaran dan pembayaran perlu dibuat terus ke pejabar Kompleks Komuniti Tan Sri Mohamed Rahmat
  • Penyertaan kepada 100 orang terawal sahaja


Keistimewaan Program Walimatulurus Mega 2015

  • Penganjur akan menguruskan jurunikah bertauliah dan diiktiraf Majlis Agama Islam Johor
  • Majlis akad nikah dan persandingan beramai-ramai akan diuruskan oleh penganjur
  • Kenduri kahwin dan majlis makan pengantin turut diadakan
  • Setiap pasangan pengantin boleh membawa 100 orang tetamu
  • Setiap pasangan akan menerima cenderahati
  • Terdapat cabutan bertuah dengan hadiah pakej berbulan madu kepada pasangan yang terpilih
  • Majlis pekahwinan mendapat liputan dalam Sinar Harian, Sinar Online dan majalah Pesona Pengantin

Program Walimatulurus Mega 2015


Sesiapa yang agak-agak macam berminat jugak untuk menyertai pakej perkahwinan ni, masih ada lagi peluang untuk korang join. Kalau berminat korang boleh hubungi personal berikut untuk pendaftaran:
  • Puan Shikin - 019 7906796
  • Puan Rokiah - 019 7792024

Semoga Allah merhamati dan panjangkan jodoh pasangan-pasangan yang diijabkabulkan melalui Program Walimatulurus Mega 2015 ni. Aminnn.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter