Korang Tak Ada Kerja? Jom Jadi Volunteer!

Pernah rasa tak hidup korang ni tak ada makna? Pergi kerja buat benda yang rutin tanpa jiwa -> BOSAN. Pergi kelas semata-mata nak cukupkan attendance -> BOSAN. Jadi suri rumah hari-hari menghadap TV tak buat apa-apa -> BOSAN.

WWF Malaysia Volunteer

Kalau macam tu, apa kata jadikan hidup korang ni lebih berguna? Sekarang ni volunteer amat diperlukan oleh Engagement Team WWF Malaysia. Engagement Team WWF Malaysia akan mengadakan satu kaji sedlidik dalam lebih kurang 400 Orang Asli untuk mengukur tahap persepsi dan kesedaran mereka terhadap pemuliharaan hidupan liar. Dan sekarang ni, team ni amat-amat memerlukan orang untuk membantu mereka. Mestilah kan. 400 orang kot nak handle. Tak larat team diaorang. Lagipun team diaorang tu tak lah besar sangat. Sebab tu diaorang memerlukan bantuan korang untuk turut sama membantu.

Volunteer WWF Malaysia

Info Ringkas Tentang Volunteering WWF Malaysia

Tugasan: Membantu kaji selidik mengukur tahap persepsi dan kesedaran 400 responden Orang Asli terhadap pemuliharaan hidupan liar
Tempat: Belum-Temenggor Forest Complex
Tarikh: 25 May 2015 hingga 30 June 2015
Kriteria: Mesti berumur 18 tahun ke atas | Fasih berbahasa Melayu | Mempunyai latar belakang sains sosial amat dialu-alukan untuk memohon
Kemudahan: Latihan | Tempat tinggal | Makanan
Lain-lain: Mungkin akan berpeluang menaiki bot dan bermalam di perkampungan orang asli

 

Bagaimana Untuk Menjadi Volunteer WWF Malaysia?

Daftar menjadi salah seorang volunteer WWF Malaysia dengan menghubungi Ashlyne Nair melalui email anair@wwf.org.my SEBELUM 11 Mei 2015.

Nampak tarikh dia macam lama kan? Dari 25 Mei sampai 30 Jun. Jangan risau. Korang tak perlu pun nak beri komitment sepanjang masa tu. Tapi, sekurang-kurangnya korang boleh bagi komitmen selama seminggu pun dah cukup.

Nak bagi hidup korang lebih bermakna tak? Nah join ni. Aku kalau tak ada anak lagi ni, kemungkinan besar aku akan sertai jugak volunteering ni. Heeee. Okay lah, untuk apa-apa maklumat lebih lanjut, korang boleh tengok Facebook WWF Malaysia.


0 comment... add one now