Lagu Wajib Untuk Peserta Uji Bakat Akademi Fantasia 2015

Akademi Fantasia. Aku ingat AF ni dah lama terkubur dek kerana orang tak suka. Tapi, tahun 2015 ni ada lagi rupanya Akademi Fantasia ni. Aku tak mengikuti pun Akademi Fantasia ni tapi aku saja nak kongsi lagu wajib untuk peserta uji bakat Akademi Fantasia tahun 2015 ni. Mana tahu ada antara korang yang berminat nak join kan?

Akademi Fantasia 2015

Lagu Wajib Untuk Peserta Wanita Uji Bakat Akademi Fantasia 2015

Okay, untuk peserta uji bakat Akademi Fantasia 2015 wanita, ada 8 lagu wajib yang korang boleh pilih untuk dinyanyikan sewaktu uji bakat Akademi Fantasia 2015. 8 lagu wajib tersebut adalah:
  • Madah Berhelah – Ziana Zain
  • Rindu – Amalina
  • Hati Ku Yang Kau Sakiti – Rossa
  • Chandelier – SIA
  • Gilalah – Stacy
  • Di Pintu Syurga – Dayang Nurfaezah
  • Sesal Separuh Nyawa – Alyah
  • Ya Maulai – Siti Nurhaliza

Lagu Wajib Untuk Peserta Wanita Uji Bakat Akademi Fantasia 2015

Untuk peserta lelaki pulak ada sebanyak 8 lagu wahib untuk korang nyanyi kan sewaktu uji bakat tu nanti iaitu:
  • Matahari – Hafiz
  • Mewangi – Akim
  • Pencuri – Mark Adam
  • Pelesit Kota – Search
  • Sedetik Lebih – Anuar Zain
  • Umpan Jinak Di Air Tenang – Ahmad Jais
  • Harus Terpisah – Chakra Khan
  • All Of Me – John Legend

Okay, sekarang korang dah tahu apa lagu-lagu wajib yang korang boleh pilih untuk uji bakat Akademi Fantasia 2015 ni. Semoga korang-korang yang semangat sangat nak join Akademi Fantasia ni berjaya lah hendaknya.

Lagu Wajib Untuk Peserta Uji Bakat Akademi Fantasia 2015
Lagu Wajib Untuk Peserta Uji Bakat Akademi Fantasia 2015

Tapi, jangan lah memalukan diri sendiri tahu? Kalau sedar diri suara tak sedap, janganlah datang semata-mata nak dapatkan publisiti murahan. Alahai, malu lah sikit. Kalau tak nak malu untuk diri sendiri, malulah sikit untuk mak ayah kau. Atau suami kau. Atau isteri kau. Atau anak-anak kau. Yang penting, jaga maruah diri. Jangan terkinja-kinja atas pentas terutamanya yang pakai tudung. Ingat ya, tudung tu lambang maruah diri dan agama. 

Apa-apa pun, selamat beruji bakat semua!

0 comment... add one now