Lawak Ke Der 2015 Di Pentas Istana Budaya

Bagi yang mengikuti Lawak Ke Der?, Lawak Ke Der 2 dan Lawak Ke Der 3 mesti tahu yang pada tahun 2015 ni akan muncul Lawak Ke Der 2015. Lawak Ke Der ni sebenarnya mula popular pada tahun 2012. Untuk tahun 2015 ni pulak Lawak Ke Der 2015 akan diadakan untuk kali yang keempat.

Lawak Ke Der 2015

 

Info Ringkas Lawak Ke Der 2015

Tempat: Istana Budaya
Tarikh: 16 April hingga 19 April 2015
Masa: 8.30 malam (16-19 April 2015) 3.30 petang (18-19 April 2015)
Harga Tiket: RM56, RM86, RM126, RM156 dan RM176

Tiket boleh dibeli secara online di Ticket2u. Untuk maklumat lanjut pasal pembelian tiket boleh hubungi 03-4253 2241/03-4147 8600/019-211 1600.


Pelawak Yang Terlibat Dalam Lawak Ke Der 2015

Antara pelawak yang akan terlibat pada Lawak Ke Der 2015 ni adalah Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Bocey dan pendatang baru Rayza Mukmin.


Lawak Ke Der 2015

Untuk Lawak Ke Der 2015 ni, Hans Isaac selaku pengarah pementasan bagi Lawak Ke Der yang keempat ni memilih “Kementerian Komedi Dalam Negeri” sebagai tema kali ini. Aku harap lawak-lawak yang dipentaskan kali kena sikit batang hidung menteri-menteri yang ada dalam Malaysia ni. Heee.

Ada ke yang akan pergi menonton Lawak Ke Der 2015 ni nanti? Sejujurnya aku tak minat sangat lawak Melayu. Mungkin orang akan cakap aku poyo tapi itu lah kebenarannya. Aku tak suka lawak Melayu sebab lawak yang diaorang buat sangat plastik dan dah basi. Aku tak mampu nak gelak pun bila dengar dan tengok lawak diaorang. Tambah lagi aku ni bukan seorang yang mudah tergelak dengan lawak yang dibuat-buat ni. 

Waktu belajar dulu, kalau aku pergi keluar makan ramai-ramai dengan budak-budak kelas sambal tengok Maharaja Lawak dekat TV kedai, aku pelik kenapa diaorang gelak gila-gila. Padahal aku rasa lawak tu tak kelakar langsung. Mungkin aku ni jenis manusia yang susah terhibur. :D

Apa pun, kalau ada yang pergi, jangan lupa update sikit. Betul ke lawak sampai korang gelak boleh keluar air mata atau sebaliknya. Selamat bergelak ketawa!

0 comment... add one now