Pigeon Baby Care – Produk Penjagaan Bayi Dari Jepun

April 29, 2015

Hari tu aku ada sertai satu contest yang dianjurkan oleh Lifestyle and Beauty Blogger, Illy Ariffin. Dalam contest tu sangat senang. Aku cuma perlu jawab 3 soalan yang berkaitan dengan produk penjagaan bayi Pigeon dan Alhamdullilah aku dah terpilih sebagai pemenang ketiga. Sebagai pemenang ketiga, aku dihadiahkan satu set barang penjagaan bayi Pigeon yang berharga RM80.

Pigeon Baby Care

Aku dah pakai barang-barang penjagaan bayi Pigeon yang aku dapat tu dan aku nak buat sedikit review. Mana tahu ada ibu bapa dekat luar sana yang mencari review pasal produk Pigeon daripada Jepun ni kan. Okay, dalam set penjagaan bayi Pigeon yang aku dapat hari tu, ada 5 item iaitu tisu basah, shampoo, minyak bayi, mandian 3 dalam 1 dan losyen susu.

Pigeon Baby Care

Tisu Basah Pigeon (Baby wipes)

Pada aku baby wipes Pigeon ni tak basah sangat. Jadi aku macam tak berapa berkenan sangat sebab kurang basah. Kalau korang jenis yang tak suka baby wipes yang basah sangat, boleh lah pakai Pigeon ni. Tapi yang aku suka pasal Pigeon baby wipes ni sebab dia tak ada paraben. Jadi, selamatlah untuk dipakai pada bayi. 

Pigeon Baby Care

Shampoo Bayi Pigeon

Shampoo Pigeon ni aku tak guna lagi. Sebab sekarang ni untuk shampoo kepala baby Aneeq, aku gunakan baby wash 3 in 1 tu. Tapi, aku ada bau lah shampoo ni. Bau dia memang lebih kurang saja dengan bau baby wash, baby oil dan milk lotion Pigeon ni. Sedap memang sedap. Aku rasa macam nak gigit baby Aneeq lepas dia mandi sebab bau best. Shampoo ni kalau tuang atas tangan banyak, memang banyak lah buih dia. Tapi, untuk baby aku sarankan pakai sikit-sikit je. Diaorang tak ada lah kotor sangat pun sekarang ni.

Pigeon Baby Care

Minyak Bayi Pigeon

Baby Oil Pigeon ni aku suka pakai untuk letak dekat ubun-ubun baby Aneeq. Waktu lepas bercukur baby Aneeq hari tu, kepala dia macam ada kerak-kerak macam kelemumur tu. Bila aku pakai kan baby oil ni, kerak tu semakin berkurang dan sekarang dah tak ada pun. Bau dia memang sedap. Macam bau baby sikit. Sama jugak dengan produk-produk Pigeon yang lain, baby oil ni bebas paraben dan tiada bahan pewarna. Baby oil ni bila letak tekstur die lebih macam air daripada macam minyak-minyak yang melekit tu.  

Pigeon Baby Care

Mandian 3 Dalam 1 Pigeon

Baby Wash 2 in 1 ni aku baru je pakai. Sebabnya baby Aneeq dulu kecil lagi jadi aku cuma mandikan dengan air suam je. Baby kecil ni tak perlu sabun sangat kot sebab dia duduk diam je tak berlari berpeluh kuat sangat. Mandikan guna air suam saja dah cukup. Bila masuk minggu ketiga baru aku mandikan guna baby wash. Bau dia pun macam bau baby. Sedap je bila aku cium baby Aneeq lepas dia mandi. Baby wash Pigeon ni aku gunakan untuk shampoo dan sabun badan dia sekali. Jimat duit dan masa. Hahahha. Kalau pasal buih mandian Pigeon ni, kalau korang picit banyak, banyak lah buih dia. Kalau guna sikit, tak berbuih pun. Aku sarankan korang guna sikit je sebab senang nak bilas. Lagipun, tak elok lah pakai banyak-banyak, takut kulit baby kering pakai macam-macam pada dia kan. 

Pigeon Baby Care

Losyen Susu Bayi Pigeon

Milk lotion Pigeon ni serius bau sedap sangat. Aku jarang pakaikan baby Aneeq losyen susu ni sebab tak perlu lagi. Mungkin bila dah besar sikit baru pakai kan selalu. Sekarang kan kulit baby memang dah lembut dan ada pelembap sendiri. Jadi, aku seboleh-bolehnya nak biarkan kulit baby Aneeq kekal natural. Hamboih sangat kan. Last-last, yang pakai losyen ni nak tahu siapa? Aku lah. Bau sedap sangat. Tak melekit dan tiada paraben. Aku memang suka barang-barang yang dibuat seboleh-bolehnya tak ada bahan-bahan yang boleh memudaratkan bayi dan diri kita sendiri.

Keseluruhannya, aku suka produk-produk daripada Pigeon ni. Sebab paling utama adalah:
  • Tak ada bahan-bahan yang boleh memudaratkan bayi
  • Bau wangi bayi (bau bunga sakura)
  • Lembut pada kulit dan tiada alergik
  • Tidak berminyak

Kalau korang berminat jugak nak pakai kan produk-produk Pigeon ni untuk baby korang, korang boleh tengok website Pigeon atau Facebook Pigeon Malaysia.




You Might Also Like

3 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter