Senarai Pemenang Anugerah Malaysia Social Media Week 2015

Pada 22 April 2015 yang lepas telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah World Bloggers And Social Media untuk Malaysia Social Media Week 2015. Event Malaysia Social Media Week 2015 ini sedang berlangsung selama 5 hari bermula 21 April 2015 hingga 25 April 2015 bertempat di Berjaya Times Square Hotel.

Anugerah Malaysia Social Media Week 2015

Kalau korang masih kurang pasti Malaysia Social Media Week tu apa, korang boleh tengok laman web diaorang di MSMW2015 ni. Sebelum ni aku ada update satu entri tentang MSMW 2015 dekat entri Malaysia Social Media Week 2015 ni. Aku ada cakap pasal gunakan platform MSMW 2015 ni untuk mempromosikan blog kita dengan nominate blog untuk bertanding dalam pelbagai kategori contohnya macam Best Lifestyle Blog, Best Foodie Blog dan Best News Blog.

Aku pun ada jugak update satu entri yang bertajuk Blog Fadzi Razak Sudah Disenaraikan Dalam Senarai Calon MSMW Award bulan lepas. Memang aku sertai mana-mana kontest atau award untuk menang. Tapi memandangkan peserta-peserta lain memang super hebat, aku letak ke tepi sajalah harapan untuk menang walaupun aku ada minta tolong pembaca-pembaca blog aku untuk tolong vote blog aku dalam entri Apa Anda Buat Kalau Blogger Minta Tolong Anda? ni. 

Alhamdullilah, ada jugak antara pembaca-pembaca Blog Fadzi Razak yang tolong vote kan untuk blog ni. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak dan aku doakan supaya Allah akan murahkan rezeki korang selalu. Terima kasih ya. 

Walaupun aku tak menang apa-apa pun untuk Malaysia Social Media Week 2015 ni, tapi sekurang-kurangnya aku dah buat satu tindakan untuk menjenamakan blog Fadzi Razak ni. Aku harap dengan apa yang aku buat ni sedikit sebanyak dapat membantu aku menaikkan nama Blog Fadzi Razak. Korang nak tahu tak siapa yang menang Anugerah World Bloggers And Social Media untuk setiap kategori?

Senarai Pemenang Anugerah Malaysia Social Media Week 2015

  • Best Foodie Blog - www.squallcuisine.com
  • Best News Blog -  cgkaunseling.blogspot.com
  • Best Gadget and Technology Blog - www.ohsem.me
  • Best Gossip and Entertainment Blog - www.spinorbinmusic.com
  • Best Lifestyle Blog - www.akupenghibur.com
  • Best Comics Blog - tiada pemenang
  • Best Photography Blog - tarmizishukri.com
  • Best Shopping Blog - www.telekung.com.my
  • Best Sports Blog -  www.motorsportroom.my
  • Best Travel Blog -  timetravelafif.blogspot.com 

Tahniah kepada semua pemenang. Semoga dengan ini dapat menaikkan semangat korang untuk terus bergiat aktif dalam dunia blogging. Dan aku harap juga kita-kita blogger semua ni satu hari nanti mampu mendapat kejayaan macam diaorang yang menang tu. InsyaAllah.

Kredit keputusan senarai pemenang: Hasrul Hassan


 
 

0 comment... add one now