Braces vs Invisalign

Kalau korang pernah baca pasal entri aku buat 2 bulan lepas - Punca Rasa Rendah Diri - Gigi Jarang mesti korang dah nampak gigi aku yang macam *tut* tu. Aku tunjuk kiri kanan depan bawah gigi aku yang jarang. Sebenarnya segan nak tunjuk gigi tapi demi nak dapatkan rawatan gigi tu, aku redha. Kah!

Invisalign vs Braces

Dulu aku pernah pakai braces ataupun dalam bahasa Melayu nya pendakap gigi. Masalah aku, bila dah cabut 2 batang gigi tepi, gigi yang lain tak mahu rapat. Sedih aku bila tengok gigi sendiri. Sekarang ni, aku nekad nak cuba rawatan Invisalign untuk rapatkan balik gigi aku ni.

Aku rasa masih ramai yang tak tahu Invisalign tu apa kan? Kalau sebut braces atau pendakap gigi, memang ramai yang dah tahu. Meh aku cerita sikit pasal Invisalign tu. 

Invisalign - Rawatan untuk meluruskan susunan gigi. Invisalign ni menggunakan satu set aligner lutsinar dan boleh dicabut.  Setiap 2 minggu sekali, korang akan tukar set aligners yang baru.

Invisalign

Braces vs Invisalign

Braces (Tidak boleh dicabut)         vs         Invisalign (removable)  
Silver besi, boleh dapatkan warna lain dengan bayaran tambahan Warna Lutsinar/Tidak kelihatan
24 jam sehari untuk tempoh anggaran 2 tahun (bergantung kepada individu) Tempoh masa rawatan 22-24 jam sehari untuk tempoh masa 6 ke 18 bulan (bergantung kepada individu)
Anggaran RM3000-RM5000 Kos Anggaran RM20 000
Sentiasa memberus bracket dan wayar semasa menggosok gigi Penjagaan Invisalign Cleaning system, atau memberus dan berkumur dengan air suam
Setiap bulan Lawatan Susulan Tukar aligners setiap 2 minggu (buat sendiri), jumpa dentist setiap 4 atau 6 bulan sekali
Perlu pakai positioner atau retainer sentiasa, hanya untuk waktu malam Retainer Perlu pakai positioner atau retainer sentiasa, hanya untuk waktu malam
  • Lebih berkesan untuk masalah gigi yang lebih teruk
  • Tidak boleh dicabut, jadi tak perlu ingat untuk pasangkan semula
  • Cara membersih cuma memberus dan floss
Kelebihan
  • Lutsinar
  • Boleh dicabut
  • Tiada sisa makanan terlekat
  • Tiada masalah untuk makan
  • Selesa
  • Mungkin rasa tidak selesa kerana gigi bergerak, wayar dan brackets
  • Mungkin akan mengalami perubahan warna pada gigi dan sedikit kerosakan (pecah)
  • Susah untuk makan makanan yang melekat dan keras
Kekurangan
  • Mungkin rasa tidak selesa kerana gigi bergerak
  • Perlu cabut aligners untuk makan dan minum kecuali air masak
  • Perlu berus gigi setiap kali lepas makan untuk elakkan kekotoran pada gigi
Individu yang selalu terlibat dalam sukan lasak Tidak sesuai untuk
Individu dengan:
  • bridgework
  • masalah gigi belakang
  • masalah canines atau premolars
  • perlu ubah gigi secara menegak
  • individu yang tak boleh nak kekal pakai aligners sekurang-kurangnya 22 jam sehari

So dah tahu apa beza braces dengan Invisalign? Baru-baru ni aku ada pergi ke klinik gigi dekat Putra Heights untuk buat rawatan Invisalign untuk gigi jarang aku. Nanti aku akan ceritakan dalam entri #MyInvisalignJourney. Nak cerita sekali gus dekat sini panjang lah blog post ni nampak gayanya. Hehehhe. Meh baca first checkup aku untuk rawatan Invisalign ni dekat entri #MyInvisalignJourney: Checkup Pertama Rawatan Invisalign.

Rasa macam kos untuk buat Invisalign ni mahal sangat? Apa kata korang baca artikel ni macam mana nak buat bajet kewangan korang -> #OhMyBudget Pakar Kewangan Anda.



0 comment... add one now