Food Mega Festival 2015 - Pesta Makan Terbesar Di Malaysia

Food Mega Festival 2015 - Pesta Makan Terbesar Di Malaysia. Amboi, statement dia kan, kalah Mak Nyah. The Biggest Food Festival in Malaysia tu. Itu diaorang yang cakap lah. Betul ke tidak aku tak tahu. Yang penting aku nak pergi sana Ahad ni dan aku nak makan banyak-banyak. Alang-alang pulak buat dekat Shah Alam. Memang dekat sangat lah kalau nak pergi pun.

Food Mega Festival 2015 - Pesta Makan Terbesar Di Malaysia

Info Ringkas Food Mega Festival 2015 


Tarikh: 30 & 31 Mei 2015
Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam (Belakang Blue Wave)

Katanya festival ni akan menggegarkan Shah Alam. Ayat organizer diaorang tau. Bukan ayat aku. Nanti akan ada lebih kurang 200 vendor terbaik yang akan terlibat dalam festival ni.

Selain itu akan ada aktiviti kutipan derma kepada tabung anak-anak yatim, cabutan bertuah daripada Mamee Monster, persembahan musik tanpa henti (harap waktu azan berhenti lah ye), lokal dan fashion brand. 

120 Vendor, 20 Fashion Brand, 30 Artis


KAW KAW BURGER BAKAR EATING COMPETITION 2015

Yang paling best, akan ada KAW KAW BURGER BAKAR EATING COMPETITION 2015.

Ada sesiapa yang nak join ke pertandingan makan ni? Kalau korang nak, korang boleh kontek:

Zul (bukan laki aku): 017 325 0244
Nita: 012 627 6547

Untuk maklumat lanjut pasal apa yang korang kena makan, masa, hadiah dan term and condition, korang boleh tengok dekat SINI dan SINI.

Ada sesiapa yang nak pergi? Kalau pergi hari Ahad, jumpa aku, say lah Hi. Nanti aku belanja ais krim. Hohohhoho.




Post a Comment

0 Comments