Yuran Kemasukan Percuma di Event Promosi Master Dan PhD UiTM 2015

Minggu lepas hari Sabtu (16 Mei 2015), gigih aku mandikan Aneeq awal-awal pagi buta sebab nak pergi ke event Promosi Master dan PhD UiTM 2015 yang berlangsung dekat SACC Mall. Yang aku semangat sangat nak pergi awal-awal pagi tu sebab nak dapatkan yuran kemasukan percuma. Maksudnya, aku tak payah bayar untuk dapatkan nombor pin.

Promosi Master Dan PhD UiTM 2015

Untuk pengetahuan korang, nombor pin tu diperlukan untuk memohon kemasukan untuk Master dan PhD dekat mana-mana universiti sekali pun. Jadi, dalam event Promosi Master dan PhD UiTM 2015 ni, diaorang sediakan 300 nombor pin secara percuma kepada sesiapa yang nak memohon untuk sambung Master atau PhD dekat UiTM. Nombor pin percuma ni Cuma boleh didapati sewaktu event ni berlangsung saja. Kalau nak beli sendiri nombor pin ni pun tak ada masalah. Harga nombor pin ni kalau tak silap aku RM50 saja.

Jadinya, demi mendapatkan nombor pin percuma tu, aku gerak dari rumah ke SACC Mall pukul 9.00 pagi. Lepas parking dekat ruangan tempat letak kereta SACC Mall tu, aku, Zul dan Aneeq pun masuk ke dalam SACC Mall bahagian UiTM buat promosi. 

Event Promosi Master Dan PhD UiTM 2015

Booth pertama yang aku pergi bukannya booth Fakulti Komputer Sains dan Matematik (fakulti yang aku nak mohon untuk Master) tapi aku terus pergi ke booth Kaunter Online. Lepas tu blur nak buat apa. Aku pun tanya ada adik yang duduk tunggu turn dekat situ nak kena buat apa. Adik tu pun tunjuk lah apa kena buat dulu, kena pergi mana dulu. 

So, in case next event Promosi Master dan PhD UiTM ada antara korang yang nak pergi, ikut lah apa yang aku tulis dekat bawah ni nak kena buat apa.

1.    Daftar di Kaunter Pendaftaran

a.    Di Kaunter Pendaftaran, korang cuma kena daftarkan kehadiran korang saja. Di kaunter ni akan ada beberapa laptop disediakan untuk korang daftar kehadiran. Di sini jugak korang akan diberikan borang maklumbalas untuk korang isi kan dan kembali kan kepada mereka.

Teminal Nombor Pin

2.    Ambil (secara percuma untuk beberapa ratus orang pertama) atau beli nombor pin di Teminal Nombor Pin

a.    Lepas daftar di Kaunter Pendaftaran, korang yang dah tahu nak ambil kursus apa, boleh terus ke Teminal Nombor Pin untuk dapatkan nombor pin masing-masing. Minggu lepas, sebanyak 300 nombor pin percuma disediakan kepada 300 orang yang terawal. Di kaunter ni korang cuma perlu sebut korang nak sambung Master atau Phd DAN research atau kerja kursus.
b.    Kalau korang tak pasti lagi nak ambil kursus apa dan lebih maklumat pasal kursus korang tu, korang boleh pergi ke booth fakulti pilihan masing-masing. Dan bila dah yakin keputusan korang nak ambil apa, baru pergi ke Teminal Nombor Pin ni.

Kaunter Online

3.    Aktifkan nombor pin dekat Kaunter Online

a.    Bila dah dapat nombor pin korang, pergi beratur dekat Kaunter Online untuk aktifkan nombor pin masing-masing. Sekejap saja nak aktifkan nombor pin ni. Bila dah siap aktikfkan nombor pin, balik rumah nanti jangan lupa buat permohonan secara online. Di Kaunter Online ni cuma untuk aktifkan nombor pin saja bukan untuk buat permohonan sambung Master/PhD.

Dah siap. Boleh balik rumah. Pukul 8.30 pagi aku gerak dari rumah. 9.30 pagi dah selesai segala urusan dekat event Promosi Master dan PhD UiTM 2015 ni. Balik rumah tu aku pun terus buat permohonan Master secara online. Harap-harapnya kali ni aku boleh teruskan usaha nak sambung Master ni dan tidak lah bertangguh-tangguh lagi. Hahaha. Dah berapa kali dah bertangguh. Tolong doakan aku ya.

Teringat pulak waktu nak sambung belajar dulu ayng tak jadi tu, Mak aku membebel sebab aku asyik postpone je. Agak-agak Mak aku terharu tak bila aku dah (InsyaAllah) confirm nak sambung belajar balik ni macam Mak yang terharu dengan anak dia dalam video dekat bawah ni.




*Nanges*

 


0 comment... add one now