10 Gambar Pernikahan Blogger Fatin Liyana Dan Anwar Fazal

10 Gambar Pernikahan Blogger Fatin Liyana Dan Anwar Fazal | Alhamdullilah semakin ramai selebriti menamatkan zaman bujang masing-masing. Kalau minggu lepas blogger selebriti  Raissya Rania dan Hanis Zalikha berkahwin, minggu ni turn Fatin Liyana pulak menamatkan zaman bujang nya.

10 Gambar Pernikahan Blogger Fatin Liyana Dan Anwar Fazal

Dekat bawah ni aku kongsikan kegembiraan majlis pernikahan antara Fatin Liyana dengan Anwar Fazal yang berlangsung semalam (13 Jun 2015). Fatin Liyana dan Anwar Fazal selamat bernikah kira-kira pada pukul 12 tengah hari semalam.  



Cantik betul gambar kahwin Fatin Liyana dan Anwar Fazal ni. Dah lah orangnya pun memang cantik, pelamin cantik dan orang nya pun cantik. Complete package!



Aku seronok tengok gambar orang kahwin ni sebenarnya. Satu sebab suka tengok baju-baju yang diaorang pakai cantik. Lepas tu suka tengok hiasan pelamin yang grans-grand. Lepas tu aku suka tengok muka orang-orang yang tersenyum happy.



Oh, korang tau tak Fatin Liyana dengan Anwar Fazal ni adalah salah seorang penulis dalam novel Diagnosis 2? Aku bukan jenis baca novel tapi dari apa yang orang lain cakap, novel tu best. Entah lah. Masih tak terbuka hati nak baca novel-novel Melayu ni. 
 


Fatin Liyana dan Anwar Fazal. Sama cantik sama padan.  Dua dua pun kaya dan bergelar doktor. Cukup sekufu. InsyaAllah bahagia :)
 

Sumber gambar: Creativo

Majlis resepsi akan diadakan pada hari ini (14 Jun 2015). Aku nampak ramai jugak blogger-blogger lain yang dapat kad jemputan persandingan antara Fatin Liyana dan Anwar Fazal ni. Apesal aku tak dapat? Hahahha. Suka hati aku je kan nak memintak-mintak.

Apa-apa pun, aku doakan yang terbaik untuk Fatin Liyana dan Anwar Fazal. Semoga Allah berkati ikatan yang sah ini dan dimurahkan rezeki selalu. InsyaAllah.

 
 

2 comments.. read them below or add one

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN 06 July, 2015
Uhhh terlayan pulak gambar-gambar cun perkahwinan fatin liyana ni hari ni .. adehhh
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
heheheeh sabar bro sabar