Bufet Ramadhan Paling Rare Aku Pernah Jumpa

Semalam buka puasa masak sendiri. Tadi dah bukak puasa dengan makanan pasar ramadhan. Besok nak bukak puasa dekat mana pulak? Pening pale jugak nak memikirkan nak bukak puasa dekat mana. Kalau korang macam blur tak ada idea nak bukak puasa dekat mana, meh aku nak rekemen satu bufet Ramadhan yang paling rare pernah aku jumpa - Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam.

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadhan 'Sajian Dapur Bonda' De Palma Hotel Shah Alam

Hari Ahad lepas aku baru je pergi berbuka puasa dekat De Palma Hotel Shah Alam. Tempat dieorang buat bufet Ramadhan tu ya Allah besarnya dewan dia. Tapi yang paling rare dan tak pernah aku tengok bufet Ramadhan lain buat adalah alunan ayat suci al-Quran secara live, ceramah agama masa tengah makan dan solat maghrib, isyak dan terawikh secara berjemaah. 


8 Sebab Kenapa Anda Perlu Berbuka Puasa Di De Palma Hotel Shah Alam

1. De Palma Hotel Shah Alam merupakan hotel pertama yang berkonsepkan syariah.

2. Memiliki sijil halal.

3. Bufet menampilkan konsep bazar Ramadhan (konsep gerai dan booth).

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Chef malu-malu bila aku nak ambil gambar dia. Hahaha. Tu dia kambing bakar. Line paling panjang waktu nak ambil makan dekat booth kambing bakar ni lah.

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Jangan memain kau. Server ni duduk bersimpuh waktu nak serve orang ramai tau. Memang kena dengan tema kampung yang diaorang ketengahkan. 

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

4. Disertakan dengan pengisian rohani (Forum selebriti, dendangan nasyid oleh kumpulan Saff-One, solat Maghrib, Isyak dan terawikh berjemaah di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan 200 orang pada satu-satu masa, alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz sebelum berbuka)

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam


5. Bufet diadakan di The Grand Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 850 orang dalam satu-satu masa.

6. Bufet bermula pada pukul 6.30 petang hingga 10 malam.

7. Kemudahan tempat letak kereta percuma.

8. Harga bufet ramadhan diturunkan daripada harga tahun lepas:
  • Dewasa RM 68
  • Kanak-kanak RM35

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Aku tak pernah lagi tengok mana-mana bufet Ramadhan hotel yang letak jeruk macam ni. Rare!

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Goreng ikan keli secara LIVE!

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam

Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam
Antara pencuci mulut yang ada. Macam-macam jenis kuih-muih, kek dan bubur yang disediakan. Korang kena rasa semua tau.

Tempahan berbuka puasa boleh dibuat di:
  • Kaunter Ramadhan De Palma Hotel
  • Talian khas tempahan Ramadhan 03-5542 8080
  • Jabatan Jualan sambungan 611/608/405/406
  • Email fnb.dphsa@depalmahotel.com

Nak lagi best? Gunakan kod promosi "FADZIRAZAK" masa buat tempahan untuk dapatkan 10% diskaun daripada harga asal. Rugi kalau tak guna :) Oh tapi, kod promosi ni valid untuk De Palma Shah Alam je tau.

Gunakan Kod Promo
FADZIRAZAK
Untuk dapatkan 10% diskaun daripada harga asal!

  

2 comments.. read them below or add one

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 03 July, 2015
uuuish comel konsep diorang ni.. siap bersimpuh.. ala kesianla yg ngaji yang ceramah tu..
kalo orang tak pay attention macam mana ? huurm.. pastu ayat quran kalo kita x dngr betul2 kan cem tak elok..
time makan mana nak focus.. huurm huuurm..
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
yang waktu budak2 tu baca memang agak tak fokus sebab sebelum azan orang sibuk ambik makanan kan. yang ceramah tu ramai gak yang dengar sebab orang dah santai dah waktu tu