Buffet Ramadhan Kambing Golek Power Di Shah Alam!

Sekarang ni kalau pergi mana-mana buffet Ramadhan, menu yang wajib ada dan yang paling ramai orang cari adalah kambing bakar. Betul tak? Korang berbuka dekat buffet Ramadhan apa yang korang cari dulu? Aku memang cari kambing bakar dulu. Tak kisah lah line tu panjang mana, sanggup tunggu. Weekend lepas aku pergi berbuka dekat Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.
Dengan harga RM38 untuk dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak bawah 10 tahun, aku akan tunjukkan pada korang apa yang korang akan dapat. Oh, Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe ni sebenarnya under Restoran D'Best Cafe. Korang boleh berbuka puasa dekat sini dari 18 Jun sampai lah 16 Julai 2015.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.
Kita mulakan dengan pembuka selera. Ecewah. Okay, dekat sini ada beberapa jenis kuih-muih melayu dan buah-buahan. Waktu aku pergi hari tu ada buah tembikai, oren, epal hijau dan epal merah. Kuih pulak ada kuih lapis, agar-agar merah, agar-agar coklat, puding jagung, kasui dan kuih sagu.

Overall, kuih-muih dia okay. Sedikit kurang manis tapi baguslah tu kan? Heee. Rojak buah dia ada epal merah, epal hijau, nenas dan mangga muda. Kuah rojak dia memang lain sikit daripada kuah yang biasa aku makan. Rasa belacan kuah rojak ni kuat sikit.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.
Buffet Ramadhan dekat sini diletakkan mengikut booth. Ada lebih kurang 6 atau 7 booth makanan yang ada termasuk buffet nasi dan lauk pauk. Di booth bahagian goreng-goreng ada cucur sayur, murtabak, roti canai dan lempeng.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.
Peminat-peminat char kuew teow pun, korang boleh rasa char kuew teow D'Kampung Cafe ni. Aku tak makan char kuew teow so aku tak boleh lah nak komen apa-apa pasal char kuew teow ni.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.

Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe dekat Anggerik Mall Shah Alam.
Aku suka simpan yang terbaik terakhir. Nah, kambing bakar POOWWWWEEEERRRRRRR! Hahahahah, melampau tak? Melampau tak? Ini, benda ni, kalau korang pergi makan dekat sini tapi tak cuba kambing bakar dengan sos blackpepper dia, korang memang rugi. Line untuk booth kambing bakar ni memang panjang sampai dah azan maghrib pun orang still beratur lagi.

Bagi korang yang tak boleh hidup tanpa nasi dan lauk-pauk melayu, jangan risau. Ada satu meja panjang buffet lauk pauk korang boleh makan.  Ada macam-macam lauk, ada sambal belacan, budu dan ulam-ulaman.

Dah, terliur dah? Kalau terliur korang boleh kontek nombor telefon ni untuk booking tempat. Macam yang aku cakap, Buffet Ramadhan ni dekat Anggerik Mall Shah Alam.

  • Sham - 019 240 4077
  • Megat - 011 3344 8630
  • Azie - 011 2365 5974


Sebelum korang tempah dan makan dekat sini, aku nak bagi tips berbuka puasa dekat Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe ni dulu.
Datang awal
Makanan dekat sini cepat habis dan tidak akan di'refill' lagi lepas habis. Ambil lah semua jenis makan mengikut saiz perut korang.  Dekat sini buffet sampai pukul 8.40 malam je. Orang ramai dekat sini. So, kalau nak selesa datang awal dan ambil makanan awal supaya tak berebut-rebut dengan orang lain.
Solat awal
Disebabkan korang dah datang awal dan ambil makanan awal-awal, lepas berbuka dengan kurma dan minum air je, aku sarankan korang pergi solat dulu. Sebabnya takut rushing nak makan lagi nak solat lagi.
Outdoor
Untuk pengetahuan korang, tempat makan D'Kampung ni banyak dekat luar tau. Yang belah dalam sikit je dalam 4 meja bulat. Mungkin itu untuk yang booking ramai-ramai. 
Kurangkan minum air
Aku rasa dalam buffet mana-mana pun, ini tips paling utama kot. Jangan minum air banyak, nanti tak sempat nak makan semua. Tapi teh tarik D'Kampung Cafe ni sedap gila. AKu refill sampai 3 kali kot.  


Pendapat aku tentang D'Kampung Cafe:

  1. Overall, ada makanan yang gila best dan ada makanan yang biasa-biasa saja. Aku rasa sesuai lah makanan dia dengan harga yang ditawarkan. Kambing bakar POOOWWWWEEEERRRR dia tu yang ramai orang gilakan.
  2. Mungkin lepas ni pekerja-pekerja D'Kampung Cafe boleh pakai sarung tangan kot waktu hidangkan makanan dekat booth tu. Waktu aku berbuka dekat situ, staf-staf dieorang tak pakai glove. Nampak macam kurang hygenic sikit. Aku harap D'Kampung Cafe boleh improve sikit tang tu.
  3. Lagi satu, ada beberapa kedudukan meja makan yang aku rasa kurang sesuai. Ada meja yang agak menghalang laluan ke booth makanan dan tempat basuh tangan. Aku faham tempat agak sempit tapi kalau boleh improve, mesti pelanggan lagi selesa.


Okay, dah panjang lebar aku membebel. Kesimpulannya, jom pergi berbuka dekat Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe lagi! :D
 
 

 

6 comments.. read them below or add one

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 03 July, 2015
ritu masa CT dok survey2 tmpat yg best ngan kawan2 nak buka posa nxt week..
ada gak kawan sebut tempat ni.. tapi lastnya plih tempat lain hehehe.. amboi kambing tu..
kalo time buffet mmg yang tu la org kejar kan..
NurFatihah Che Daud NurFatihah Che Daud 03 July, 2015
Sedapnye makanan...tips yg berguna..
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
ade masa kalau duduk dekat nanti cuba la
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
yang kambing tu laju je habis. wah nape tak pergi sini jugak huhuhu