Filem Minion DI Pawagam 18 Jun 2015

Siapa yang tak kenal kalau aku sebut cerita Minion. Mesti semua tau apa itu Minion kan. Dari budak-budak kecik sampai lah ke orang dewasa, semua minat tengok gelagat Minion walaupun tak faham apa yang diaorang duk cakap kan tu.

Filem Minion 2015
Sebelum ni, Minion muncul dalam Filem Despicable Me. Tapi kali ni, Minion dah keluar dengan filem diaorang sendiri iaitu Minions yang akan ke pawagam pada 18 Jun 2015 ni. Aih sama time pulak dengan hari pertama puasa.

Kalau korang nak tau,  tayangan filem Minions dekat Malaysia ni sebulan lebih awal daripada dekat US. Wow kan?

Sinopsis Filem Minions

Filem Minions kali ni menceritakan perjalanan Minions dalam mencari master diaorang dari zaman pra sejarah sampailah ke zaman perang dunia pertama. Untuk memastikan Minions yang lain terus hidup di atas muka bumi ni, Kevin, Stuart dan Bob keluar mencari Master dari Antartika ke bandar New York dan berakhir di kota London. Lepas tu akhirnya diaorang berjumpa dengan penjahat yang paling terulung di dunia. Macam mana Kevin, Stuart dan Bob buat untuk mengalahkan penjahat tu dan memastikan Monions-mininons lain boleh terus hidup? Eheh tengok la movie ni nanti.

Thriller Filem Minions



Kalau korang nak join keseronokan sebelum Filem Minions ni ditayangkan dekat cinema, korang boleh upload gambar korang dan tepek segala sticker minion macam yang aku buat dekat bawah ni. Banyak lagi sticker yang korang boleh guna tapi aku ambik sikit je.

Nak tau macam mana? Korang boleh pergi dekat Facebook ni dan lekatkan sticker korang sekarang! -> Nak Jadi Mininons? Ini Masanya!

 

0 comment... add one now