Gempak Raya Bersama Jakel 2015 - Promosi Baju Raya Besar-Besaran

June 29, 2015

Minggu lepas aku ada pergi ke Jakel Shah Alam. Rumah dekat je. Jalan kaki siap. Hahahha. Hari tu Jakel ada buat program Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015. Promosi tu Jakel buat sempena pelancaran Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dan Koleksi Baju Raya Upin Ipin by Jakel.

Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015

Sebenarnya program yang dekat Shah Alam ni macam road tour last Jakel. Sebelum ni Jakel dah buat program macam ni dekat Jakel Mall KL, Jakel Kubang Kerian dan Jakel JB.  Jakel Shah Alam ni merupakan point last road tour Gempak Raya Bersama Jakel 2015.


Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015
Aksi Aaron Aziz dan Nabil Ahmad memperagakan Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dan Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad. Mula-mula aku macam konfius jugak apa beza nya dua-dua koleksi ni. Lepas tu, hah hambik. Diaorang bergaya atas pentas tu sambil bagitau perbezaan antara kedua-dua koleksi ni.

Untuk koleksi Nabil Ahmad ni, cutting dia kurus sikit. Kalau korang tengok dalam gambar dekat atas ni, cutting seluar kaki dan cutting bahagian badan Nabil Ahmad kecil sikit. Katanya hipster. Hahahha. Jiwa remaja la kata.

Untuk koleksi Aaron Aziz ni, dia punya cutting besar sikit. Lebar-lebar sikit untuk abam-abam sado muat masuk dalam baju melayu. Hehehe. 
 

Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015
Untuk Kali ni jugak ada Koleksi Raya Upin Ipin untuk budak-budak. Budak zaman sekarang ni kan nak bergaya sakan jugak. Jadi Jakel dan Les Copaque bekerjasama untuk menghasilkan koleksi baju melayu dan baju kurung istimewa untuk budak-budak. Harga untuk Koleksi Raya Upin Ipin ni bermula RM79.90 sehingga RM125.90.


Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015
Bagi korang yang tak tahu, Jakel Shah Alam ni ada 2 spot untuk membeli belah. Satu yang bangunan Wisma Jakel yang gedabak besar berapa tingkat tu ntah. Bangunan tu dekat-dekat area traffic light dekat pintu belakang UiTM Shah Alam. Ada satu lagi spot dia, belakang bangunan Jakel tu.

Yang spot lagi satu tu, dia bukan bangunan tau. Dia khemas besarrrr yang boleh muat macam-macam benda dalam tu. Dekat dalam khemah tu korang boleh jumpa karpet, baju kurung, baju melayu, tudung dan macam-macam lagi. Lokasi khemah ni betul-betul belakang bangunan Jakel ni. Dekat je.

Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015
Aaron Aziz dengan Nabil Ahmad tengah buat lelongan Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz dan Koleksi Baju Nabil Ahmad. Waktu ni sumpah aku nak tergelak gila bila Nabil buat lelongan tu sebab cara die lelong macam ahli politik mintak undi. Hahahha.

Sempena dengan Hari raya Aidilfitri yang tak lama lagi ni, apa kata korang pergi mana-mana gedung Jakel seluruh negara untuk dapatkan promosi gila-gila daripada Jakel ni. Daripada Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz, Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dan Koleksi Baju Raya Upin Ipin by Jakel. Promosi ni bermula pada 1 Ramadhan sampailah malam raya nanti.

Jadi apa tunggu lagi. Dapatkan baju raya korang sekarang :)

 

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Memang smart. nak nak agi yang nabil punye. hipster

      Delete
  2. tak sempat nak berborak aritu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu hopefully next event santai sikit boleh lepak

      Delete

Like us on Facebook