Kepentingan Kad Nama Untuk Blogger

Kad nama. Business card. Name card. Kad bisnes. Penting atau tak kad nama untuk seorang blogger? Banyak kali jugak aku ditanya dengan soalan tu. Sebabnya, bila aku pergi event atau ke mana-mana, mesti PR atau kawan blogger mintak kad nama. Dannn, aku tak ada kad nama. 

Kad Nama
Bagi aku, semuanya bergantung kepada individu masing-masing. Ada blogger yang kata, "Alah, tak penting pun" dan ada jugak yang kata "Wei, apesal tak buat kad nama lagi? Penting tu!". Ya, betul. Ada blogger yang penting kan kad nama dan ada blogger yang tak kisah pun pasal kad nama tu.

Pendapat aku:
Kalau korang blogger yang rajin turun event atau rajin buat review, perlu sangat kad nama. Dengan kad nama ni lah korang boleh mulakan perbualan dengan blogger-blogger lain atau dengan PR. Dengan kad nama ni lah brand blog korang lebih mudah dikenali dan diigati. Dengan kad nama ni lah kemungkinan korang untuk diajak ke event-event lain oleh PR sangat tinggi. Kalau tak ada kad nama, macam mana PR atau blogger-blogger lain nak contact korang kan?

Tapi, kalau korang jenis blogger yang tak nak join event atau tak nak buat review, aku rasa tak perlu pun tak apa. Tak penting pun bagi korang. Kadang-kadang tak ada kad nama pun ada orang nak mintak blogger tu buat review jugak kan? Yang penting letak alamat email korang dalam blog masing-masing. Senang je orang nak contact mintak buat itu ini.

Kad Nama

Kepentingan Kad Nama Untuk Blogger

  1. Perkenalkan Diri - Bagi blogger-blogger newbie macam aku ni, kalau turun join event, memang perlu sangat lah kad nama. Satu boleh jadi ice breaker untuk bercakap dengan blogger-blogger lain. Satu lagi nak bagi blogger lain kenal korang.
  2. Maklumat Blogger - Dalam kad nama korang tu pastikan korang tulis nama, alamat blog, alamat email, nombor telefon. Itu yang penting gila. Kalau nak buat tambahan Facebook Fanpage adn Instagram pun bagus jugak.
  3. Promosi Off-line - Kalau selama ni korang penat duk ping-ping entri korang dekat Blogrr.my la dekat group-group dalam Facebook la, itu dinamakan promosi online. Kalau guna kad nama yang ada alamat blog korang, itu kan dah jadi promosi off line.
  4. Professionalism - Bila ada kad nama, korang turun event, nampak lah professional sikit. Bila nak hulur kad nama dekat blogger atau PR, korang boleh cakap dengan suara macho "This is my card.". Ecececeh.
  5. Networking - Melalui kad nama jugak korang boleh buat networking dengan sesiapa saja. Dengan blogger lain, dengan PR, dengan mana-mana syarikat. Bila networking korang bertambah luas, makin bertambahlah job korang lepas ni, insyaAllah.
  6. Branding - Kad nama sangat penting untuk memperkenalkan brand blog korang. Sebagai contoh, jadikan Bog Fadzi Razak ni sebagai satu brand. Melalui kad nama ni, PR akan nampak brand Blog Fadzi Razak ni lebih untuk peluang kerjasama antara company dan korang.
  7. Peluang Pekerjaan - Bayangkan korang pergi event. Dekat registration counter tu nanti korang kena register nama korang dan letakkan kad nama. Bila PR dah ada kad nama korang, kemungkinan untuk korang dapat next invitation atau next job dengan diaorang sangat tinggi sebab diaorang tau macam mana nak contact korang. 
Kad Nama Untuk Blogger 
Huiyo banyak jugak aku membebel dalam entri kali ni. Hehehhe. Oh, korang nak tengok kad nama aku tak? AKu dah buat design kad nama, tapi masih tak print lagi. 

Aku pun ada ambil tempahan untuk design kad nama. Kalau korang berminat nak tempah dengan aku, korang boleh emailkan je dekat fadzirazak@gmail.com. Harga penuh kasih sayang :)


2 comments.. read them below or add one

Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 03 July, 2015
kalau area KL sana banyaklah event kan ? kat penang belah2 utara ni cem hapa je..
senyap sepi.. nak approach sapa pun tatau la..
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
blogger utara pun nampak makin aktif sekarang! good job!