Lafaz Niat Berpuasa Sehari Dan Sebulan Bulan Ramadhan

June 17, 2015

Hari  esok dah puasa. InsyaAllah semoga kita semua cukup puasa 30 hari. Aku rasa tahun ni puasa aku agak mencabar sebab tengah breasfeed Aneeq. Harap-harap aku mampu lah. Huhuh. Okay, sempena hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan pada hari esok, nah, Lafaz Niat Berpuasa Sehari Dan Sebulan Bulan Ramadhan.

Lafaz Niat Berpuasa Sehari

[Sebutan rumi] Nawaitu sauma ghadin an ada'i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala

[Maksud] Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Lafaz Niat Berpuasa Sebulan

[Sebutan rumi] Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala

[Maksud] Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala


Pendek saja entri kali ni. Cuma sedikit peringatan dan ilmu lafaz niat berpuasa untuk sehari dan untuk sebulan di bulan Ramadhan ini. Semoga bermanfaat.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook