Pengalaman Berkunjung Ke Shah Alam Food Mega Festival

June 08, 2015

Ingat lagi tak pasal Shah Alam Food Mega Festival? Aku ada cakap pasal Food Mega Festival ni dekat blog post yang INI dulu. Niat hati memang nak pergi awal-awal tapi weekend tu banyak gila benda kena buat. Malam Ahad pukul 9.30 malam, baru aku pergi menjengah ke sana. Waktu tu dah agak banyak booth yang dah tutup. Sedih.

Shah Alam Food Mega Festival
Disebabkan waktu tu lapar sangat, kiteorang pergi lah jalan nak tengok makanan apa yang best sikit untuk dicuba. Puas pusing satu festival tu. Bagi aku yang tengah kelaparan nasi waktu tu, memang semua pilihan tak menepati citarasa jugak lah. 

Shah Alam Food Mega Festival
Akhirnya aku berhenti dekat Food Truck Big Hug dan beli dua ketul burger jumbo diaorang yang berharga RM18 seketul. Pergh. Besar burger tu sama besar dengan muka aku kot. Aku beli satu Big Hug Burger XXL dan Cheesy Chicken Burger XXL

Kalau korang jumpa Food Truck Big Hug ni dekat mana-mana di Lembah Klang, aku nak rekemen kan pada korang Cheesy Chicken Burger XXL tu. Selain daripada saiz dia yang besar, roti besar, salad penuh, daging ayam besar, aku sangat gila nak rekemen kan Cheesy Chicken Burger XXL pada korang ni sebab dia punya sos gila kaw sedap. Serius tak tipu. 

Shah Alam Food Mega Festival
Burger besar ni dia dah potong 4 siap-siap. Aku sepatutnya boleh habiskan keempat-empat bahagian tu kalau Simon tak ambil satu potong. Haaaa, nampak tak kesedapan dia tu? Yang Big Hug Burger XXL lagi satu tu macam biasa je. Terlebih masin sikit.

Shah Alam Food Mega Festival 
Hari tu aku pergi bertiga je dengan Kak In dan Simon. Zul tak ikut sebab dia jenis tak suka sangat tempat-tempat crowded macam ni. Aku pun tak suka jugak tempat-tempat crowded sebenarnya tapi demi makanan dan hiburan, aku sanggup je redah. Hahahha.

Lepas beli makanan, kitaorang duduk dekat padang yang menghadap Masjid Negeri Selangor tu. Waktu tu ada ramai lagi orang melepak sambil dengar persembahan artis dekat atas pentas.

Ini antara apa yang kitaorang beli hari tu. Spageti tu tak ingat dah dari Food Truck mana tapi rasa dia blerggghhh. Kering sikit. Aku makan satu suap je. Yang lain Simon habiskan. Burger tu Cheesy Chicken Big Hug XXL yang aku cakap sedap tadi tu. Air tu pulak air Addicted Peach Perfect. Memandangkan aku memang masih berpantang air sejuk-sejuk ni, aku guna Kak In punya review lah okay?

Overall, Peach Perfect Addicted tu mungkin lebih kepada brand saja. Biasalah orang sekarang ni beli makanan dan minuman pun bukan untuk makan dan minum sangat pun. Tapi lebih kepada nak ambil gambar, masuk dalam Instagram dan Yo! Aku hipster. Dengan harga RM8.00 sebotol, aku tak rasa berbaloi pun beli air ni. Huhuhu.

Hamboih, nampak tu. Waktu ni dah pukul 10 lebih malam dan jalan pun dah lenggang sikit. Orang dah tak berapa ramai. Kedai pun ada yang dah tutup. Eh eh tengok dalam gambar ni, aku jalan macam jantan pulak >.<


Kesimpulan aku dalam entri dan event Mega Food Festival ni:

1. Datang untuk alas perut saja. Makan awal-awal dekat rumah kalau korang ni jenis makan nasi sebab korang tak dek nak jumpa nasi nya dekat pesta makanan urban macam ni.
2. Kalau ada duit lebih, rasa lah semua makanan-makanan hipster dekat sini. Lepas tu boleh ambil gambar, upload dekat Instagram dan bubuh caption "Yo! Aku dah cuba blablabla ni. Aku hipster!"
3. Kalau nak rasa semua makanan, datang lah awal-awal event. Jangan datang hujung-hujung dah nak penamat. Semua kedai dah tutup. Hehehhe.
4. Datang lah malam, sejuk sikit. Kalau datang siang, siap lah korang berlecah-lecah panas basah ketiak.

Mega Food Festival. Aku nak datang lagi? Of course lah. Aku kan kuat makan! :D



 


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter