Perkahwinan Blogger Selebriti - Hanis Zalikha & Raisyya Rania

Perkahwinan Blogger Selebriti - Hanis Zalikha & Raisyya Rania | 6 Jun 2015 merupakan hari yang besar bagi dua blogger selebriti yang tak asing lagi dalam Malaysia ni iaitu Raisyya Rania dan Hanis Zalikha.

Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Kahwin


Raisyyah Rania (Felixia Yeap) Sah Bergelar Isteri Kepada Dr. Rezal Khairi

Terkejut bila tiba-tiba saja nampak gambar perkahwinan Raisyyah Rania di laman sosial media milik Raisyyah Rania ni. Senyap-senyap saja dia. Ya Allah, tiba-tiba aku rasa malu sebab dia yang baru peluk Islam buat majlis perkahwinan tak heboh-heboh pun. Orang yang memang dah Islam sejak azali lagi berpungpang-pungpang show off.

Apa pun, aku doakan yang terbaik untuk Raisyyah Rania dan suami Dr. Rezal Khairi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Semoga murah rezeki juga dan semoga istiqamah dalam meneruskan iman dalam Islam.

Hanis Zalikha - Hairul Azreen Kahwin

Hanis Zalikha - Hairul Azreen Kahwin

Pernikahan Hanis Zalikha - Hairul Azreen

Seorang lagi blogger selebriti yang menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati adalah Hanis Zalikha. Ingat lagi tak waktu Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di pentas konsert secara live dulu tu? Alhamdulillah, jodoh mereka panjang dan aku ucapkan tahniah kepada kedua pasangan ini. Nasib baik kahwin hehehe.

Aku pun doakan yang terbaik bagi Hanis dan Hairul. Semoga Hairul pandai jaga dan pelihara keluarga barunya tu. Dan aku doakan agar Hanis Zalikha terus istiqamah bertudung litup. Semoga kedua-duanya dilimpahkan rezeki anak yang soleh dan solehah dan semoga berbahagia ke akhir hayat.

Bila dah kahwin ni, budget keluarga makin besar. Nak tak nak kita kena belajar cara nak kawal perbelanjaan kita. Kalau korang nak belajar macam mana nak kawal perbelanjaan agar kewangan keluarga korang stabil, korang boleh belajar dekat sini -> Program Oh My Budget Membantu Merancang Kewangan Anda.


 


 
 
 

0 comment... add one now