Pusat Servis Kereta Citicars Untuk Balik Kampung

June 29, 2015


Bila dah masuk bulan Ramadhan ni, aku percaya ramai yang selalu balik kampung mungkin seminggu sekali atau dalam dua minggu sekali untuk berbuka puasa sama-sama dengan mak dan ayah kan. Lagi senang kalau balik kampung pandu kereta daripada naik bas. Bila nak memandu sendiri balik ke kampung tu, kita kena pastikan kereta kita berada dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Betul tak?

 
2 minggu lepas aku ada pergi jalan-jalan di Gardens Mall. Sebenarnya kiteorang nak check kereta, tengok apa yang patut sebab raya nanti kan balik kampung. Kalau tak buat cepat-cepat, serius nanti penuh semua pusat servis kereta. Sebabnya semua orang nak servis kereta last minit. Jadi ada baiknya kitaorang servis kereta awal-awal. Pusat servis kereta yang kitaorang pergi tu adalah Citicars.

Citicars tengah buat promosi sekarang ni. Tengok je banner dekat atas ni. Aku nak cerita lebih-lebih, aku bukan tau sangat pasal kereta ni.


Ini waktu kereta Zul tengah kena servis.  Sebenarnya, waktu kereta ni diservis, aku dengan Zul dan Aneeq masuk dalam Gardens untuk makan, jalan-jalan tengok smartphone dan pergi tukar talian telefon aku dari Maxis ke Celcom. Nanti aku cerita pasal tu dalam entri lain. Lebih kurang dalam setengah jam macam tu kitaorang dekat dalam mall, Citicars call untuk bagitau apa problem yang ada pada kereta Zul. Lepas tu diaorang akan bagi cadangan nak buat apa lah pada kereta Zul tu.
 

Dekat sini kalau korang nak guna kad kredit pun diterima. Cash lagi lah diterimanya. Hehehe. Dekat pusat servis kereta Citicars ni jugak ada wi-fi kalau korang nak guna. Tapi, kene mintak password dengan dieorang la.


Ada seorang mekanik (aku rasa supervisor dieorang kot) tengah terangkan apa problem kereta Zul. Katanya dekat bahagian tayar tu ada something longgar. Dan dia memang tunjuklah benda tu longgar. Dia explain sampai kitaorang faham.

Bila kereta dah siap, kitaorang pun dengan gembiranya balik. Apa yang Zul rasa lepas kereta kena servis, stereng kereta macam ketat sikit. Sepatutnya macam tu ke? Aku pun tak pasti. Yang lain-lain aku rasa biasa ja, tak banyak perubahan sangat. Atau mungkin sebab aku tak naik sangat kereta tu kot. Hehehhe. Overall, sepanjang 2 minggu lepas selepas diservis, tak ada problem pun. So, aku puas hati lah dengan servis Citicars. 
 
 

Apa yang aku suka:

Mekanik bagi penjelasan

Waktu buat tyre alignment dan tyre balancing tu, salah satu tayar tu ada problem. Terpaksa tukar. Bila tukar tu, supervisor mekanik dekat situ memang explain satu-satu kenapa kena tukar, apa jadi kalau tak tukar.

Apa yang perlu diimprove:

Tak ada sign ke arah Citicars

Waktu aku mula-mula masuk Gardens dekat P1, aku tercari-cari jugak mana lah Citicars ni. Sign tak ada. Aku dah nak give up dah sikit nak cari sebenarnya. Last-last jumpa jugak.

Tempat agak sempit

Bengkel ni agak sempit sikit. Dalam satu-satu masa mungkin boleh letak hanya dalam 4 kereta dalam satu-satu masa. Jadi, kalau korang datang waktu kereta banyak, korang kena parking dulu dekat mana-mana parking spot yang terdekat. Nanti diaorang akan ambil kereta korang dan servis.

Tak ada ruang menunggu

Ok, mungkin tak logik nak ada ruang menunggu dekat sini sebab mostly kalau dah sampai mall, mestilah orang nak tinggalkan kereta dan masuk mall kan? Tapi, it's good to have satu tempat yang selesa untuk menunggu mana tau ada orang yang nak tunggu kan. Yang ada dekat sini cuma satu meja bulat dan  3 4 kerusi tinggi di dalam ofis. Ada satu lagi meja panjang macam makan dekat kantin sekolah tu dan kerusi plastik dekat luar tempat kereta diservis. Agak tak selesa.



Tips untuk korang:

Book dulu

Weekend dekat sini memang susah nak dapat turn untuk servis. Jadi aku sarankan korang buat tempahan awal-awal. Kalau nak buat weekdays pun aku sarankan korang buat tempahan dulu sebab dekat sini dieorang ambil tender untuk servis teksi. Penuh jugak lah teksi waktu aku pergi hari tu.
  

Tanya, tanya dan tanya

Bila korang masuk lepas dalam Garden dan Citicars call untuk rekemen servis apa yang kena buat, make sure korang tanya apa options lain yang korang boleh buat untuk kurangkan harga servis.
 

Tawar-menawar

Bila dah decide korang nak buat servis apa, pastikan korang tawar-menawar sikit dengan pihak Citicars. Kita mestilah nak bayar semurah mungkin tapi agak-agak lah kan. Jangan lah tukar tayar korang mintak RM50 untuk satu tayar Memang nak kena pelempang lah tu.

Kalau korang nak tengok Citicars Garden ni macam mana dulu sebelum buat keputusan untuk servis kereta kat sini, korang boleh tengok dekat bawah ni:


Citicars


You Might Also Like

1 comments

  1. Selain daripada buat servis, juga perlu ambil berat tentang karpet kereta. Jangan biar karpet sangkut ngan gear yang boleh membahayakan keselamatan semasa memandu.

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter