Review Restoran BBQ Korea 1Utama - Makanan Dan Servis

BBQ Korea 1Utama - Pernah makan? Pernah dengar? Aku pertama kali dengar pasal Restoran BBQ ni sebenarnya. Aku masuk sini pun sebab nak cuba kot-kot memang sedap ke makanan Korea dia kan.

Restoran BBQ Korea 1Utama

BBQ - Great Taste, Eat Fresh. Korea's No 1 Chicken Restaurant. Okay, itu restoran ni punya tagline. Get ready dengan aku punya review pulak.

Aku datang ke One Utama sebab ada event. Jadi sebelum join event tu aku pergi lah makan dengan Zul. Kiteorang cari kedai apa nak makan. Banyak je restoran nya dekat OU ni tapi semua kiteorang rasa bosan. Tiba-tiba ternampak Restoran BBQ ni. Kiteorang pun masuk.

Bila masuk, aku dengan Zul duduk lah dan kiteorang diberi menu. Belek punya belek, dah decide apa nak makan, Zul angkat tangan nak panggil waiter.

Restoran BBQ Korea 1Utama

Angkat 1 kali: Semua waiter (2 orang to be exact) busy tak pandang pun dekat kiteorang. Okay, rileks dulu. Diaorang busy tu.

Angkat 2 kali: Waiter lalu sebelah kiteorang nak masuk dalam dapur ambil makanan yang dah siap untuk hantar ke customer lain. Waiter lagi satu tengah ambil order orang lain. Ada 2 orang dekat dapur tengah handle ape entah. Okay rileks, busy lagi tu.

Angkat 3 kali: Masih tak ada waiter yang datang. Aku dah hangin.

Fakta hari kejadian:

  • Customer tak ramai.
  • Waiter 2 orang saja.
  • Manager (mungkin, sebab baju lain) duduk dalam dapur.
  • Makanan lambat sampai.


Kesimpulannya, servis dekat sini teruk. Mungkin hari tu je kot (fikir positif). Tapi agak-agak lah kan ada 2 orang je waiter waktu lunch hour hari weekend. That was stupid. Mungkin ada pekerja dia sakit kot (fikir positif).

Ok, malas nak komen pasal servis diaorang. Meh aku tunjukkan korang makanan yang kiteorang order.

Restoran BBQ Korea 1Utama
Gangjeong Chicken Set. Set ni kalau korang order korang akan dapat Mushroom Rice, Salad, 4 ketul ayanm Gangjeong dan segelas air pilihan (Korean Tea, Orange, Pink Guava). Apa yang aku rasa - nasi cendawan ni tawar. Ayam Gangjeong not bad, pedas. Salad, biasa je. Aku pernah makan coleslaw yang lagi sedap daripada ni.

Restoran BBQ Korea 1Utama
Ini pulak Mushroom Cream Soup. Rasa dia standard. Macam rasa mushroom soup pizza. Well, aku rasa semua mushroom soup dekat mana-mana restoran pun sama je rasa dia. Huhuhu.

Restoran BBQ Korea 1Utama
Ini pulak Bluberry Romance. OK lah. Sedap. Air soda dengan blueberry. Bergas. Sedap.

Restoran BBQ Korea 1Utama
Ini Orange Juice. Well, typical orange juice. Boleh lah minum. Tak ada wow sangat. Macam orange juice standard korang boleh jumpa mana-mana.

Overall, makanan okay. Tapi servis dia hari tu memang gila teruk. Lama kot aku dengan Zul tunggu nak order makanan. Tunggu nak order dah satu hal. Kiteorang dah plan nak bangun dan blah dari situ lagi. Nasib baik waiter dia dah sampai. 

Satu lagi hal, lambat hantar makanan. Mak aih. Geram aku. Tahu tak orang yang lapar ni macam-macam perkara teruk dia boleh buat. Eh ke aku yang lapar ni macam-macam benda teruk yang aku boleh buat? Hahaha. Nasib baik aku tak mengamuk hari tu.

Apa-apa pun, kalau nak cuba experience baru makan tempat baru, korang boleh lah datang makan dekat BBQ ni. Aku harap waktu korang datang tu, servis tak lah hancur macam waktu aku datang tu. Hewhewhewhew.




 

0 comment... add one now