Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2015
June 14, 2015
Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2015 | InsyaAllah dalam minggu ni kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Tarikh dan tempat untuk melihat anak bulan dah pun diumumkan. Jadi, kalau korang nak join tengok anak bulan, korang boleh tengok dekat tempat-tempat yang aku senaraikan dekat bawah ni.
Untuk Ramadhan tahun 2015 ni, tarikh untuk melihat anak bulan dah ditetapkan pada hari Selasa 16 Jun 2015 ini, bersamaan dengan 29 Syaaban 1436H.
Tempat-tempat untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:
| Negeri | Lokasi |
|---|---|
| Johor | Pontian Kecil |
| Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar |
| Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
| Labuan | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan |
| Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu |
| Melaka | Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
| Negeri Sembilan | Telok Kemang, Port Dickson |
| Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong |
| Perlis | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
| Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
| Sabah | Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
| Pahang | Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan |
| Sarawak | Tanjung Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu |
| Selangor | Bukit Melawati, Bukit Jugra, Banting, Kuala Selangor, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam |
| Penang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh |
| Terengganu | Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu |
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen. Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu nak isytiharkan tarikh permulaan puasa, aku adik beradik semangat duduk depan TV tunggu announcement. Lepas tu, sebelum berpuasa mesti nak makan banyak-banyak dulu. Huhuhu.
Apa-apa pun, selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga penuh sebulan berpuasa ni insyaAllah.
Apa-apa pun, selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga penuh sebulan berpuasa ni insyaAllah.


0 comments