Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2015

Tarikh Dan Tempat Melihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2015 | InsyaAllah dalam minggu ni kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Tarikh dan tempat untuk melihat anak bulan dah pun diumumkan. Jadi, kalau korang nak join tengok anak bulan, korang boleh tengok dekat tempat-tempat yang aku senaraikan dekat bawah ni.

Anak Bulan Puasa Ramadhan 2015

Untuk Ramadhan tahun 2015 ni, tarikh untuk melihat anak bulan dah ditetapkan pada hari Selasa 16 Jun 2015 ini, bersamaan dengan 29 Syaaban 1436H.

Tempat-tempat untuk melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:

NegeriLokasi
JohorPontian Kecil
KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar
Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan
SarawakTanjung Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu
SelangorBukit Melawati, Bukit Jugra, Banting, Kuala Selangor, Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
PenangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen. Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu, waktu nak isytiharkan tarikh permulaan puasa, aku adik beradik semangat duduk depan TV tunggu announcement. Lepas tu, sebelum berpuasa mesti nak makan banyak-banyak dulu. Huhuhu.

Apa-apa pun, selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga penuh sebulan berpuasa ni insyaAllah.

 


0 comment... add one now