Cara Mudah Buat Duit Dari Rumah

July 27, 2015

Sekarang ni macam-macam yang kita boleh buat untuk dapatkan income walaupun duduk di rumah saja. Hobi korang pun boleh korang guna untuk buat duit mudah. Contohnya, kalau korang pandai menjahit, korang boleh ambil upah menjahit. Kalau tak reti tapi minat menjahit (macam aku), korang boleh belajar. Menjahit ni senang je. Sekejap je dah boleh pandai.

Mula-mula memang kita jahit buruk tapi makin lama jahit, makin cantik jadi. Selain daripada isi masa lapang, korang boleh ambil upah jahit baju berfesyen atau jahit barangan kraf dengan kain felt untuk dijual. Aku pun baru je start menjahit barang-barang kraft untuk buat mainan anak aku si Aneeq tu.   

Apa yang aku buat:


Asma Felt Box
1. Dapatkan Starter Pack Jahitan Kraf
Aku dapatkan Starter Pack Excited untuk menjahit barang kraf dekat Asma Felt Box ni. Dekat website ni ada 3 jenis Starter Pack yang korang boleh pilih mengikut bajet masing-masing. Kalau rasa nak cuba-cuba dulu, korang boleh pilih Bajet Pack, murah sikit. Tapi kalau korang bersungguh-sungguh, beli je terus Starter Pack Excited atau pun Starter Pack Version 2. Selain daripada Starter Pack, Asma Felt Box ni ada jual bahan-bahan felt craft, butang, keychain, brooch, peralatan menjahit dan sebagainya.


Asma Felt Box
2. Belajar Asas Menjahit
Kalau korang beli Starter Pack Excited daripada Asma Felt Box ni, korang akan dapat Template Book sekali. Dalam buku tu, ada diajar asas menjahit macam jahitan insang pari, jahitan jelujur, jahitan lilit ubi dan jahitan tampalan dengan gambar. Senang sikit nak faham bila ada gambar ni. Kalau korang rasa nak tengok tutorial video, korang boleh tengok dekat Youtube Asma Felt Box ni. Banyak video tutorial yang dia buat dan senang sangat nak follow. Boleh tengok video tutorial dekat sini -> Youtube Asma Felt Box


Asma Felt Box
3. Mula Jahit Barangan Kraf
Macam-macam benda korang boleh jahit dengan felt ni. korang boleh jahit plush, keychain, handphone strap, brooch, hair clips dan butang. Makin kreatif korang, makin banyak jenis barangan kraf yang korang boleh buat. Tapi kalau korang tak ada idea, korang tengok je contoh-contoh barangan kraf yang korang boleh buat dekat internet.

 
Asma Felt Box
4. Tengok Contoh Jahitan Felt
Kalau korang macam tak sure nak buat apa, korang boleh Google macam-macam jenis barang kraf yang ada  atau tengok saja dekat Instagram Asma Felt Box ni. Aku suka gila tengok mini plush yang Asma ni buat. Comel rasa macam nak gigit-gigit je. Korang boleh tengok contoh-contoh barangan kraf yang Asma buat daripada kain felt dekat sini -> Instagram Asma Felt Box.

Beli barang-barang kraf dekat Asma Felt Box ni aku rasa sangat senang. Setiap barang dah diletakkan harga, so korang tak perlu nak PM atau Whatsapp tanya harga. Tengok barang, tengok harga, terus beli. Tak leceh. Postage pun dibuat setiap hari. Lagi seronok barang cepat sampai.

Kelebihan Membeli Barangan Kraf Di Asma Felt Box
•    Pembayaran sebelum pukul 12 tengah hari, barang akan dipos pada hari yang sama
•    Pos barang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum
•    Free shopping untuk pembelian melebihi RM100
•    Ada REWARD POINTS – kumpul points dan tebus pada pembelian yang seterusnya

Kalau korang berminat untuk cuba buat duit dari rumah dengan menjahit barangan kraf, korang boleh dapatkan barangan kraf korang dekat Asma Felt Box. Ada macam-macam barang untuk kraf dan jugak barang untuk menjahit ada dekat Asma Felt Box ni.

Website Asma Felt Box | Facebook Asma Felt Box
Whatsapp : 0139325870 | Email: asema84@gmail.com



You Might Also Like

8 comments

  1. untungla pandai menjahit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuuh belajar-belajar je ni. Tapi serius kalau pandai menjahit memang boleh buat duit betul

      Delete
  2. Kalau kreatif dan rajin semua bolih hasilkan pendapatan kan... Salam lebaran dari BUNDA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam lebaran bunda. Betul tu. Kalau kreastif macam macam boleh buat untuk dapatkan duit :)

      Delete
  3. done follow #520

    kretifnya.

    aah, skang byk peluang buat duit hanya dari rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi follow aeinna.

      Peluang dah terbentang, kita je yang kena ambil peluang :)

      Delete
  4. Replies
    1. Yang saya buat ke yang asma felt buat hehehehhe

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter