Domain Baru Blog Fadzi Razak

July 05, 2015

Pada 27 Jun 2015 yang lepas, domain www.fadzirazak.blogspot.com telah secara rasminya bertukar kepada www.fadzirazak.com. Tapi, Blog Fadzi Razak ni masih lagi dalam proses nak susun atur elok-elok sikit. Masih serabut lagi. Dan orang yang paling gigih membeli domain serta setup .com untuk Blog Fadzi Razak ni adalah suami aku, Zul.

Zul
Tengok. Gigih ke tak Zul tengah setup dan setting semua pasal Blog Fadzi Razak ni. Abaikan serabut meja tu. Aku memang macam tu. Buat kerja tak pernah meja tak serabut. 

Aku ingat dulu, awal-awal blogging aku tak suka Zul baca blog aku. Tak tahu kenapa, aku just tak suka. Mungkin lebih kepada malu. Hahahhaa. Tapi, aku dah mintak izin Zul nak jadi blogger. Zul pun bagi restu. Oi, restu penting tau. Aku siap mintak restu mak aku lagi untuk jadi blogger ni. Hahahha.
 
Sebenarnya, yang lebih bersemangat nak tukar domain dari .blogspot ke .com ni aku rasa adalah Zul. Aku rilek je. Kalau boleh aku nak stay dengan .blogspot sebab aku malas lah nak keluar duit untuk blog ni. Walaupun sebenarnya harga domain ni cuma RM3.97 dan duit yang digunakan tu adalah duit yang aku dapat dengan buat duit secara online. Pasal ni aku cerita lain kali. 

Blog Fadzi Razak

Sempena bertukar domain dari .blogspot ke .com ni jugak aku buat satu giveaway kecil-kecilan tapi hadiah memang berbaloi untuk disertai. Seramai 12 orang pemenang yang aku cari. Jadi, kalau korang nak join giveaway ni, boleh tengok dekat sini -> Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Giveaway Blog Fadzi Razak
 
Berbalik kepada penukaran domain Blog Fadzi Razak. Aku harap dengan penukaran domain blog ni, aku akan berkerja lebih keras lagi untuk menaikkan brand Blog Fadzi Razak ni. Ecececeh. Alang-alang dan buat benda berbayar, kena lah berusaha keras untuk dapatkan sesuatu in return kan? 

So, good luck blog Fadzi Razak. :D




You Might Also Like

16 comments

  1. Alhamdulillah.. Tahniah.. Sokongan dan restu suami mmg penting... Moga terus maju jaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu betul, restu dan sokongan suami memang penting kalau kite nak buat apa-apa pun bagi yang dah kawen. yang tak kawen lagi, mak bapak punye restu sangat penting

      Delete
  2. thniah..ida pun dlm perancangan nk tukar pd domain..

    ReplyDelete
  3. aku ni dah lama nak tukar domain. tapi tak tahu bila. hahahaha kalau zul amik upah nak buat. bagitaw er. gitueee. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha aku rasa die buat free je kot. Nanti aku cakap kat die.

      Delete
  4. tahniah dah tukar .com . fuh., baru boleh komen. selame ssh nak komen sebab dah tak pakai G+. lepas ni boleh la selalu komen sini . domain RM3.97 ? gile murah . beli kat mne ? kite punya mahal la jugak nak banding dengan rm3.97

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini beli waktu ada sale tapi bukan malaysia punye la. tapi rasanya nanti nak renew mahal kot

      Delete
  5. huh.. RM3.97 je? murah nya! nakk.. heehehehe.. sama laa fadzi..x suka asben baca blog kite..sebb kengkadang kalau dia baca, suka baca kuat2..maluuu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhah hasben yoorin melampau tau siap nak baca kuat2. :D dapat murah sebab beli waktu promosi.

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter