Jimat Dengan Promosi RM28/bulan Untuk 3GB Plan Internet

Sekarang ni aku rasa kalau smartphone semua orang tak ada pelan internet, jiwa masing-masing tak tenteram kan? Hehehhe, aku pun sama. Keluar rumah mesti nak ada internet connection nak-nak lagi bila keluar untuk job event mana-mana. Kalau tak ada internet connection, macam mana nak buat job kan?

UMobile
 
Untuk pengetahuan korang, baru-baru ni UMobile ada buat satu promosi gila-gila untuk postpaid internet plan dieorang. Bagi aku, pelan internet dieorang ni adalah pelan internet yang paling murah aku tahu setakat ni. 

Hanya dengan RM28 sebulan, korang boleh dapat:
UMobile Internet Plan
* Minit panggilan suara yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya.
** 30 min panggilan suara PERCUMA sepanjang hari, setiap hari ke rangkaian sama akan diberikan setelah panggilan suara ke semua rangkaian digunakan sepenuhnya.
*** Sebarang minit suara yang tidak digunakan akan dibatalkan dan tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya.
  • Internet ekstra adalah percuma hanya bagi pendaftaran sebelum 31 Ogos 2015.
  • Kelajuan Internet akan diselaraskan selepas pelanggan melebihi kuota Internet berkelajuan tinggi. Tertakluk kepada Polisi Penggunaan Saksama. U Mobile berhak mengenakan caj kepada pelanggan untuk sebarang penyalahgunaan perkhidmatan.

Kalau ikutkan, aku nak je ambil pelan internet UMobile yang baru ni. Tapi disebabkan aku baru je bertukar dari Maxis ke Celcom, aku rasa rilek lah dulu. Tunggu setahun pun kalau nak tukar lagi.

Aku rasa pelan UMobile ni memang cukup berbaloi untuk student terutamanya sebab tersangatlah murah dan aku rasa korang mampu. So, kalau korang berminat untuk dapatkan pelan internet RM28 sebulan daripada UMobile ni, korang boleh cari maklumat lanjut pasal ni dekat sini -> website UMobile.

2 comments.. read them below or add one

Maria Firdz Maria Firdz 06 July, 2015
Menarik... Tapi tetap setia dgn celcom... Sebab coverage umobile ni kat kg sy tersgtlah susah... Hnya de celcom maxis dan digi..
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
umobile tak luas lagi kan sebab baru sangat lagi. digi yang dah lama pun tak banyak coverage lagi