Kambing Bakar Money Back Guarantee!

Hari semalam aku ada post dalam Instagram Fadzi Razak pasal kambing bakar money back guarantee ni. Korang tak rasa benda ni rare gila ke? Selama aku hidup ni, benda yang aku pernah jumpa ada money back guarantee ni cuma barang elektrik, barang kosmetik dan barang-barang lain tapi tak pernah aku jumpa makanan pun orang buat jugak money back guarantee.

Serius aku cakap, kambing bakar yang ni memang sedap. Sos manis pedas dia pun memang lain daripada yang lain. Kalau korang nak tau, dieorang ni pakai peha kambing biri-biri. Aku tak pernah lagi tau kambing bakar yang orang pakai kambing biri-biri. Selama ni semua pakai kambing biasa tu je. Now aku faham lah kenapa diaorang berani buat money back guarantee tu. Sebab kambing dia memang best pun.

Kambing Bakar Dapur Bujang

Nama menu yang aku makan ni Kambing Bakar. Diaorang ada jual jugak Ayam Madu. Tapi, aku makan yang Kambing Bakar ni je.  Oh nasi tu aku tambah sendiri. Diaorang jual kambing dan ayam saja.

Diaorang jual menu-menu ni dekat Bazar Seksyen 7 Bangi (berdekatan sup urat ketin). Jadi, korang-korang yang duduk dekat area Bangi tu, apa lagi. Pergi serbu booth dieorang. Nama booth diaorang Dapur Bujang. And yes, jejaka-jejaka yang menjual ni masih bujang. Keh keh keh~

Sorry lah sebab aku lambat bagitau korang pasal Kambing Bakar rare ni. Aku rasa menyesal pulak tak kongsi dengan korang awal-awal. Sebenarnya memang niat aku tak nak kongsi dengan korang. Sebabnya, kalau korang tau, korang pun nak beli. Kalau korang beli, bila aku datang Bangi nak beli, tetiba dah habis. Sedih. Hahahha.

Kambing Bakar Dapur Bujang

Booth Dapur Bujang ni akan dibuka di Bazar Seksyen 7 Bangi sampailah hari last Ramadhan ni. So, korang ada masa lebih kurang 7 hari lagi untuk pergi dapatkan Kambing Bakar atau Ayam Madu Dapur Bujang ni.

Kambing Bakar Dapur Bujang

Harga Kambing Bakar ni RM10 untuk 120g. Kira satu pek dalam polisterin tu RM10 lah. Berbaloi kot. Aku buat makan supper, memang kenyang gila. Sampai tak boleh tidur malam tu. 

Ahah, ni berita baik jugak untuk korang. Kalau-kalau lah korang rasa nak buat open house hari raya ni, korang boleh jugak tempah dengan Dapur Bujang ni. Korang boleh order samada Kambing Bakar Tonggek atau pun Ayam Tonggek atau dua-dua sekali. Yang penting jangan lupa ajak aku sekali. Meh meh meh~

Kambing Bakar Dapur Bujang

Nah nombor dieorang in case korang berminat nak dapatkan kambing bakar dan ayam madu ni untuk open house raya korang nanti. 
Munir - 013 - 6281 178
Azzad - 014 - 2623 000 

Yang tak boleh tahan nak tunggu sampai ada open house raya tu, boleh pergi ke Bazar Seksyen 7 Bangi dan cari Booth Dapur Bujang
   

6 comments.. read them below or add one

MamaBard MamaBard 13 July, 2015
Pehh siap ada money back guarantee tu.. Huhu
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 24 July, 2015
mesti sedap la tu dia jamin kasi balik duit hehe..
alaa tp ramadhan je kan..
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Hehehhe die berani buat money back guarantee sebab memang sedap pun
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Kalau selain bulan ramadhan die ade buat katering jugak ni ct