Pengumuman Hari Raya Puasa 2015

Pada tahun 2015 ni Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2015 di Malaysia pada hari Khamis bersamaan dengan 16 Julai sekitar jam 8.15 malam.

Pengumuman Hari Raya Puasa 2015

Aku masa kecik-kecik dulu memang kejenya menunggu pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri ni tiap-tiap tahun dengan Angah aku. Lepas je dengar pengumuman depan TV, belepum belepam bunyi mercun dan bunga api.

Kebiasaannya,  pengumuman tarikh Hari Raya ni akan diumumkan 2 hari sebelum raya. Seingat aku, tiap-tiap tahun macam tu kot.  Tapi tahun ni dia umum sehari sebelum sebab berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal dijangka berlaku pukul 8.40 pagi pada 16 Julai.
 

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen (RTM TV1). So, jom sama-sama tunggu pengumumannya. Hehehhe.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira bersama keluarga. :D

 

{ 8 comments.. read them below or add one }

Puteri Afiqah Puteri Afiqah 21 July, 2015
Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 24 July, 2015
selamat hari raya awok =)
maaf zahir batin..
Maria Firdz Maria Firdz 24 July, 2015
Dulu memang excited tunggu kan... hehe
SalbiahM SalbiahM 25 July, 2015
lupa nak wish, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Selamat hari raya kembali afiqah :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Selamat hari raya kembali ct :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Sekarang ni rasa macam oh okay, besok dah raya ke? okayyy~ huhuhu rindu nye waktu kecik-kecik dulu
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Terima kasih. dan selamat hari raya kembali :D