Proses Rawatan Invisalign

July 02, 2015

Dulu aku pernah cerita pasal aku pergi first checkup untuk rawatan Invisalign dekat entri ni -> Check Up Pertama Rawatan Invisalign.  Hari ni aku nak kongsikan dengan korang apa proses yang korang perlu lalui kalau nak buat rawatan Invisalign ni.

Proses Rawatan Invisalign
Nak kata leceh, agak leceh jugak lah proses rawatan Invisalign ni. Tapi, semuanya kena kita lalui untuk dapatkan gigi yang cantik tersusun dengan Invisalign.

Proses Rawatan Invisalign
Okay, pertama sekali mestilah korang kena jumpa orthdontist untuk check condition gigi korang, kena buat check up nak tau sesuai atau tak korang buat rawatan Invisalign ni. Kena tengok rawatan yang macam mana sesuai untuk korang.

Secara kasarnya, lepas je korang dah jumpe orthodontist dan dah buat checkup dan mould, mould dan file korang tu akan dihantar ke Align Technology yang terletak di US. Lepas 4 atau 5 hari file dan mould korang dihantar, kes korang akan di confirm kan melalui Invisalign Doctor Site. 14 hari lepas tu, ClinCheck akan dihantar secara online kepada orthodontist korang untuk semak balik kalau-kalau ada perubahan atau untuk di approve. Lepas je diluluskan, 10 hingga 14 hari lepas tu Aligners dan Patient Starter Kits korang akan dihantar ke orthodontist korang.

Proses Rawatan Invisalign

Proses Rawatan Invisalign

Proses Rawatan Invisalign

Proses Rawatan Invisalign
Yang gambar dekat atas ni semua kerja orthodontist korang. Doktor korang akan buat. Korang rilek goyang kaki, hulur duit je. >.<
  • Hantar records dan file korang secara online ke Align Technology di US
  • Sediakan dokumen untuk menghantar mould ke Align Technology di US

Proses Rawatan Invisalign
Apa yang ada dalam Aligner Pack:
  • Beberapa paket aligner (ikut berapa banyak aligner yang korang kena tukar)
  • Template aligner (kalau korang kena buat rawatan attachment tambahan)
  • Treatment overview
  • Patient Starter Kits

Proses Rawatan Invisalign
Bila dah dapat Set Aligner korang tu, Doktor kena check untuk make sure:
  • Label setiap aligner betul
  • Aligner tu memang korang punya
  • In case kena buat attachment, pastikan template untuk attachment tu ada
  • Pastikan aligner dan attachment tak rosak atau tak betul
 
Proses Rawatan Invisalign
Starter Kit yang korang akan dapat nanti tu ada dua kotak simpanan:
Bekas Biru
  • Untuk simpan set aligner yang korang tengah pakai 

Bekas merah
  • Untuk simpan set aligner yang korang pakai sebelum

Proses Rawatan Invisalign
Kalau nak hubungi Invisalign ni, kena kontek person in charge dekat Singapura. 
Customer Service: 1800816102
 
Seronok kan kalau dapat pakai invisalign ni. Fungsi sama je macam braces cumanya dia tak nampak besi macam braces, dan tak ada rasa sakit terkena dawai tu. Lagi pun Invisalign ni boleh cabut waktu nak makan atau nak bersihkan gigi.

So, ada yang berminat untuk buat rawatan Invisalign?


Entri lain berkaitan dengan Invisalign yang mungkin korang berminat untuk baca:


You Might Also Like

6 comments

  1. Wahhh seronoknya buat invisalign, aku ni ada gigi berlapis. kalau senyum memang tak bukak mulut. hahahaha nanti dah start pakai, update ye. nak tengok perubahan gitu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pakai lagi. huhuhu aku pun tak sabar ni

      Delete
  2. huuuurm.. nak jugak gigi lawa tapi rumit jugak eh.. gosok jela gigi rajin2.. ehehe..
    kalo ada budget bleh lah buat.. klinik gigi yang CT slalu pegi biasa2 saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahmemang kene rajin gosok gigi kalau pakai ni. kalau ct nak buat, dekat klinik yang saya buat tu boleh bayar bulan2. kurang sikit beban die

      Delete
  3. Wah invisalign nie boleh buka yer, menarik gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, boleh bukak setiap kali makan dan minum selain minum air masak. waktu lain kena pakai. pakai at least 20 jam sehari

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter