5 Sebab Kita Patut Travel Dalam Malaysia Berbanding Luar Negara

Sejak duit ringgit dah jatuh gila-gila ni, aku tengok ramai yang hold kejap nak pergi bercuti ke luar negara. Betul tak? Huhuhuh. Bagi aku, kalau nak pergi bercuti pun, tak payah nak pergi jauh-jauh sampai luar negara pun. Dalam Malaysia pun boleh je kalau nak cari tempat-tempat yang best (kata seorang yang pernah pergi ke luar negara sekali seumur hidup ini).

Korang nak tahu tak kenapa kita patut travel dalam Malaysia je berbading travel ke luar negara? Nah aku bagi 5 sebab kenapa.

5 Sebab Kita Patut Travel Dalam Malaysia Berbanding Luar Negara 


  
Malaysia

Tempat Menarik 

Bagi aku satu nama tempat dalam Malaysia ni dan aku yakin gila-gila macam-macam tempat menarik yang korang boleh pergi dekat situ. Sebagai contoh tempat: Shah Alam. Tempat menarik: i-City, Laman Seni Shah Alam, Tasik Shah Alam, Taman Botani Shah Alam dan Skytrex Adventure. Itu baru sikit. Kalau aku senaraikan lagi, sure tak habis satu page blog aku ni.



Makan

Makanan Sedap

Malaysia memang terkenal dengan gila makan. Kau pergi mana-mana pun mesti carik makanan. Kalau orang Malaysia tak makan memang tak sah. Dari breakfast ke brunch ke lunch ke tea time ke dinner ke supper, mesti ada je menu yang best-best untuk dimakan. Even orang tak kuat makan pun sampai dekat mana-mana mesti nak cari makanan jugak.

 
Hotel

Tempat Penginapan Yang Best

Kalau korang rasa hotel-hotel atau homestay dekat Malaysia ni dah  biasa sangat dan membosankan, meh aku nak bagitau korang. Sebenarnya dalam Malaysia ni ada macam-macam jenis hotel yang rare lagi mengkagumkan. Ada hotel yang diperbuat dari batang pembentung simen, ada bentuk A, ada bentuk kapsul dan ada jugak dibuat daripada bas! Haaa, tak ke gila hotel sekarang ni?  



Shopping

Jimat Duit Untuk Shopping

Kan duit RM tengah jatuh. Daripada kita buang duit tukar currency ke mata wang lain, apa kata kite shopping je dalam Malaysia? Tak ada lah terkesan sangat dengan kejatuhan duit RM ni kan. Paling-paling terkesan pun, kena GST dan barang naik harga je. Hew hew hew. Tapi yang penting, Malaysia ni ada macam-macam tempat untuk pergi shopping. Tinggal nak pilih je.


Cuaca

Tak Perlu Risau Pasal Cuaca

Cuaca di Malaysai ni ada dua je - panas dan lembap. Kalau tak cerah, hujan. Kalau tak hujan cerah. So, tak payah kita nak risau-risau nak beli baju sejuk ke nak beli glove ke. Nak beli baju sejuk dan glove tu bukan nya murah. Dekat Malaysia ni, kalau nak bercuti, pakai t-shirt selekeh pun boleh. Tak dak hal la kan? 

So nasihat aku, tengah-tengah duit RM jatuh ni, kaki-kaki travel pergilah travel dalam Malaysia je dulu. Nanti duit kita dah power balik, baru lah planning pergi travel luar negara balik. Baru lah langkah yang bijak, tak gitu? Bagi korang yang tengah merancang nak travel dalam Malaysia tu, nah baca sini -> Tips Travel Dalam Malaysia.




{ 8 comments.. read them below or add one }

Julia Johari Julia Johari 27 August, 2015
Adik fadzi...kalau spesifik sikit entry ni boleh...sis nak tau hotel tiga segi tu dimana dalam Malaysia...nanti detail eh tq
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Ok kak julia, nanti saya buat entry lain untuk hotel-hotel tu :D
Puan Wawa Puan Wawa 27 August, 2015
Salamnpagi fadzi, betul tu.. Time skang ni tk sesuai utk kte bercuti luar negara.. Trg banyak pulau tau.. Jemput laa dtg..

Pulau perhentian, pulau redang, pulau tenggol, pulau kapaz..😊
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Salam wawa. Wawa! Saya pernah bagpack sorang2 ke pulau kapas masa belajar dulu. cantiknya ya Allah :D
SalbiahM SalbiahM 27 August, 2015
memang betul!kalau tak kerana dah beli tiket memang tak lah nak gi travel oversea ni..senang holiday dalam Malaysia ni, makanan halal senang cari
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Kan, dulu saya selalu planning nak travel semua negeri dalam malaysia dulu sebelum pergi luar negara :D
alizasara alizasara 02 September, 2015
Betul. Dulu saya duduk dekat sekeping serendah. Seronok! :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 September, 2015
Tempat tu cantikkk. Dulu ada officemate husband kahwin dekat situ. Ya Allah, geram je tengok tempat dia :D