Aneeq Asyraf Menang Baby Contest Tollyjoy

Satu lagi cerita basi aku nak share dengan korang. Kau ni asyik cerita basi je kan? Tak ada cerita fresh sikit. Huuu. Ha, hari tu aku ada join satu event baby ni -> Hari Bayi Malaysia. Lepas tu, ada lah dieorang anjurkan baby theme contest. 

Bila aku masuk contest, of course lah aku nak menang kan. Tapi, tak ada lah aku nak mengharap beria. Theme yang diberikan kepada aku untuk contest ni "Sleeping Baby". Aku pulak, ah sudah nak pakai gambar Aneeq tidur yang mana ni. Last-last aku pakai lah gambar waktu kiteorang pergi pantai ramai-ramai dengan Aneeq dulu -> Photoshot Aneeq Asyraf.  


Baby Contest Tollyjoy

Aku pun tepek lah gambar Aneeq tidur atas pasir dekat Pantai Lagenda, Pekan Pahang. Pergh semangat letak nama penuh pantai. Heheheh. Dan alhamdullilah, menang jugak aku. Rezeki Aneeq. Dah tak payah beli sabun mandi dia bila habis nanti hahahahha.

Baby Contest Tollyjoy

Tahniah Aneeq. You're such a lucky boy. Terima kasih juga kepada Tollyjoy sebab sponsor sebuah hamper yang bernilai RM100. Dalam hamper tu ada macam-macam termasuklah tuala, sabun basuh baju baby, baby wipes dan travel kit toiletries. 

Korang kalau ada mana-mana contest untuk baby, jangan lupa inform aku. Aku nak join :)


{ 8 comments.. read them below or add one }

Nabihah Arrose Nabihah Arrose 13 August, 2015
Tahniah kepada Fadzi dan Aneeq Asyraf yang comel :-)
Mrs FaRa Mrs FaRa 14 August, 2015
tahniah... style aneeq tido kat pasir... hehe
Nova Leeza Nova Leeza 17 August, 2015
tahniah aneeq.. so cute and gambar memang deserve to win okey!
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Hehehhe terima kasih nabihah :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Heheheh kena paksa tidur dekat pasir. Thanks fara :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Weee thank you thank you kak leeza :D