Apa Nak Buat Waktu Cuti Dengan Anak-Anak?

Selalu aku tengok parents yang ada anak ni, pening kepala bila cuti weekend atau cuti sekolah. Pening bukan sebab apa. Pening nak cari aktiviti apa yang best untuk anak-anak dieorang. Nasib baik Aneeq kecik lagi. Tak lah aku pening nak carikan aktiviti untuk dia. Hehehehe.

Tengok gambar ni, ayu je kan aku. Hahahha. Tak pe tak pe. Nanti aku tunjuk gambar perangai tak sopan aku main permainan budak jap lagi. 

Baru-baru ni aku ada pergi launching Star Light Kids dekat Avenue K, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Star Light Kids ni adalah satu indoor playground untuk budak-budak bawah 12 tahun. Hah, dah setel masalah korang wahai mak bapak. Bawak je anak-anak korang main dekat Star Light Kids waktu cuti sekolah atau weekends atau weekdays pun boleh.

Permainan Yang Ada Di Star Light Kids

  • Soft Play Area
  • Space Themes Indoor Playground 
  • Mini Trampoline Field
  • Ball Blasting Arena
  • Toddler Playground
  • Ball Pit 

Alahai, sopannya lah mak Aneeq ni. Hew hew hew. Disebabkan Aneeq kecik lagi tak boleh nak main dekat sini, apa kata bagi can dekat mak dia main dulu. Nanti Aneeq dah besar, mak bawak lah Aneeq pergi sini pulak. Hehehhe.

Harga Tiket Star Light Kids

Harga Tiket Star Light Kids
Harga Tiket Star Light Kids

*Drop & Shop tu maksudnya korang boleh tinggalkan anak korang dekat Star Light Kids untuk dieorang main dekat situ. Korang boleh lah pergi mana-mana korang nak pergi, nak shopping ke nak makan ke.

Dieorang pun ada offer Party Packages tapi untuk harga die, korang kena contact Star Light Kids lah sebab preference korang pun lain-lain kan? Untuk Party Package tu korang boleh buat macam-macam. Untuk birthday party ke, cukur jambul ke, kenduri kesyukuran ke. Ikut korang lah.

Kemudahan Yang Ada Di Star Light Kids

  • Cafe
  • Waiting Area
  • Toilet
  • Function Area (untuk buat party atau forum)
  • Aktiviti lepas kelas
  • Kelas parenting  
Toilet memang tema galaksi sungguh lah. Hehehe. Comel je tanda gender lelaki perempuan ni dieorang buat. 

Ini pulak bilik Function Area yang mana korang boleh buat apa-apa jenis party atau kenduri pun dalam ni.

Yang ini pulak bilik kelas untuk buat forum atau aktiviti selepas kelas dan sebagainya. Luas jugak lah bilik dia ni.

Sedikit tips untuk korang yang nak bawak anak-anak korang datang main dekat sini:
  • Kena pakai stokin  sepanjang masa dalam Star Loght Kids playground ni.
  • Waktu operasi 10am sampai 8pm (last masuk 7pm).
  • Tak boleh bawak makanan atau minuman luar. Kalau lapar pergi cafe dieorang je senang.
  • Parent kena sign waiver sebelum masuk palyground ni (in case anything happen).
  • Drop & Shop hanya untuk budak-budak 4 tahun ke atas saja. Bawah 4 tahun, korang kena jaga sendiri dalam playground.
  • Kalau anak sakit tu, tak payah lah rajin sangat tinggalkan anak dekat sini okay. Karang berjangkit dengan anak orang lain.

Untuk maklumat lanjut pasal Star Light kids ni, korang boleh usha dieorang punya website, Facebook dan Instagram.

Okay, tunggu Aneeq dah besar, mak tinggalkan Aneeq dekat Star Light Kids lepas tu mak pergi shopping kay. Hahahha.


{ 8 comments.. read them below or add one }

SalbiahM SalbiahM 27 August, 2015
Mak nak gi shopping ke nak gi terjun dalam bola-bola tu lagi?hehe
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Heee memang seronok pun :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Hahahha of course la mak nak terjun dalam bola-bola tu :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 28 August, 2015
Seronok untuk bebudak lah. Untuk mak bapak berlagak budak pun seronok jugak hahahaha
Fadzi Razak Fadzi Razak 31 August, 2015
Nanti boleh lah bawak anak-anak datang sini :)