Cara Nak Melancong Secara Percuma

Hamboih kan. Tajuk. Macam best je. Mesti semua orang semangat nak tau macam mana. Tak pun korang mesti tak percaya tajuk post aku ni. Mana ada orang nak bagi kite melancong free kan? Sebenarnya ada. Baca entri ni sampai habis.

Melancong Secara Percuma
*Aku saja tutup nama penuh aku tu. Hahaha. Kalau nak tau nama penuh aku, sila tengok dekat Facebook Page Pasport ASEAN. :p
 
Tada! Ini lah yang aku cakap, melancong secara percuma. Cara dia mudah sangat. Korang join je kontest. Sekarang ni macam-macam kontest yang dibuat dengan hadiah yang gila gempak. Salah satunya kontest Pasport ASEAN ni. Dah 2 minggu aku cuba untuk menang - aku start tengok minggu ke 2; minggu ke 4 baru aku start cuba nasib dalam kontest ni.

Dan alhamdullilah aku pun menang untuk Kuiz Mingguan 5 Pasport ASEAN. Hadiah yang aku menang:
  • Pakej yang bernilai RM700 yang mengandungi:
  • Penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Lost World 
  • Sarapan untuk 2 orang
  • 2 keping tiket masuk ke Lost World Hot Spring & Spa by Night
  • 3 keping tiket masuk ke Water Park

Gembiranya aku ya Allah alhamdullilah sangat. Aku kan tak bekerja. Selalu je aku fikir nak belikan hadiah untuk Zul sebab selama ni dia susah payah penat lelah kerja untuk bagi aku dan Aneeq kesenangan. So, apa salahnya aku bagi hadiah sekali sekala untuk dia pulak kan? Aku anggaplah ini rezeki kami sekeluarga dan jugak hadiah untuk Zul.

 
*Sebenarnya aku banyak join kontest yang bagi hadiah iPhone sebab Zul minat sangat dengan iPhone. Aku nak belikan hadiah iPhone untuk dia memang ke laut lah tak ada duit. Hehehhe.

Pasport ASEAN
 
Kalau korang pun nak menang sama macam aku (atau boleh menang pakej yang lagi gempak daripada pakej yang aku menang ni) korang boleh tengok Pasport ASEAN setiap hari Ahad, pukul 9.30 malam dekat TV 1. Tunggu soalan keluar dekat Facebook dan jawab dengan tepat dan cepat. InsyaAllah ada rezeki, menang lah korang.
 
So, korang percaya tak korang boleh menang pakej melancong dengan percuma ni? 

 

{ 22 comments.. read them below or add one }

Ibu Zarith Ibu Zarith 27 August, 2015
waaahh rezeki betul.. tahniah ye.. nak ngadap tv tu satu hal la pulak hehe... selamat bercuti nanti =)
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Heheh terima kasih ibu zarith. Saya bukan jenis tengok TV sangat. Tapi kalau program travel and makan ni memang saya suka sangat. :D
Puan Wawa Puan Wawa 27 August, 2015
Tahniah fadzi.. Rezeki fadzi sekeluarga..
SalbiahM SalbiahM 27 August, 2015
wah..tahniah! rezeki anak namanya ni..have fun ye
Farhain Azmi Farhain Azmi 27 August, 2015
bestnya..tahniah fadzi..harap2 lepas ni rezeki yong pula :)
Azwar Syuhada Azwar Syuhada 27 August, 2015
Syokkan join contest, lepas tu kita menang.. Wah, rezeki terpijk gitu. Tahniah !!
nona senyum2 nona senyum2 27 August, 2015
Wah ! bestnye ! seronok lahhh ! nak jugokkk~ hehehe

ahad ye, baik2, nk tgk gak, mana tahu rezeki, kan kan :)tahniah sis, rezeki betul tu, huhu~

doakan nona gak, nk meghaser ! hehheee, follow sini, dri GA TENGKU BUTANG
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Terima kasih wawa. wawa pun jangan lupe join tau
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Terima kasih. InsyaAllah :D jangan lupe join sekali next week :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Terima kasih. InsyaAllah teruskan hantar jawapan. saya aminnn kan sekali :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Hehhehe happy die melambung tinggi. Thanks azwar :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 27 August, 2015
Heheheh, thanks nona. go tengok lepas tu hantar jawapan cepat2 k :D
kisah earty kisah earty 28 August, 2015
tahniah.. murah rezeki Fadzi.. :)
Fadzi Razak Fadzi Razak 28 August, 2015
Alhamdullilah terima kasih :D
Farhain Azmi Farhain Azmi 30 August, 2015
lupa nk tnya..msa fadzi htr jwpn tu terus letak detail mcm nama n alamat ke atau tggu diorg reply? yong submit jwpn tp lupa nk letak detail..huhu
Fadzi Razak Fadzi Razak 31 August, 2015
Yong, nanti dalam email tu letak terus nama penuh dan no telefon. Nama penuh tu yang penting. Kalau tak dieorang tak sure pulak nak letak nama apa kan
Farhain Azmi Farhain Azmi 01 September, 2015
thanx dear..huhu..tak menang pun..sedih T_T
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 September, 2015
Tak pe yong, cuba lagi. ade banyak kali lagi okay :)