Makan Tengah Hari Di Bason Sekyen 9, Shah Alam

Hari semalam Ibu datang rumah. Kononnya nak tidur rumah sekejap sebelum pergi hospital jumpa Ayah. Tapi yang sebenarnya aku tau, Ibu nak jumpa cucu dia si Aneeq ni. Hehehe. So, lunch semalam saja lah nak keluar bawak Ibu makan dekat Shah Alam. Minggu ni destinasi yang menjadi pilihan aku dan Zul adalah Bason yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam. Selamat membaca kritikan aku.

Sebelum ni aku pernah lalu depan restoran ni. Nampak dari luar macam restoran mahal. So, KIV dulu nak makan dekat sini. Heheheh. Lepas tu tiba-tiba Bason ni keluar dalam TV program apa entah tak ingat dah. Macam petunjuk pulak suruh kitaorang pergi try. Hahaha. So, lunch semalam, kitaorang pun singgah makan dekat sini.

Bason Shah Alam
 
Waktu kiteorang pergi tu dalam area pukul 12 tengah hari lebih. Kiteorang pun ambil lah meja tengah sekali sebab tak nak duduk luar. Takut ada orang merokok. Tak suka betul. Bila duduk tengah tu, tak ada orang pulak yang layan kiteorang. Tapi tunggu je la kejap kan. Bila macam semua dah blur tak ada orang layan, Zul angkat tangan nak panggil pelayan. Tapi, nak menunggu sorang pelayan datang pun jenuh. Padahal kiteorang betul-betul depan mata dieorang. Hadui sabar je la.

Waktu tu  Zul mintak menu je. Rupanya waktu breakfast dan lunch, dah ada menu pakej siap-siap. Kecewa lah aku. Aku sebenarnya datang sini nak makan western food dia. Aku dah muncung mulut. Nak tak nak aku order je la jugak set lunch. Lepas tu, Zul pun panggil lah orang nak order. Nak panggil sorang pelayan pun jenuh menunggu. 

Note:
  • Menu sarapan (10.00am - 3.00pm)
  • Menu tengah hari (12.00pm - 3.00pm)
  • Menu lain (1.00pm ke atas)

Lepas ada sorang pelayan tu nampak Zul angkat tangan, dia pun datang siap seluk poket belakang dia nak ambil kertas untuk tulis order kiteorang. Bila nak sebut order, tiba-tiba dia hilang. Aih, kiteorang dah pelik. Apehal ni kan. Zul pun angkat lah tangan lagi sekali. Tapi tak ada orang pun datang. Ibu kata kalau tak ada orang datang ambil order, kiteorang chow je. Ibu siap kira 1, 2, 3 lagi. Hahhaha. Lepas tu datang lah sorang pelayan ambil order kiteorang.

Bila nak order, set yang aku nak order - Nasi Lemak Ayam Berempah dah habis. Krik krik krik sangat. Nasib baik menu yang Ibu dan Zul nak still ada. Ibu pun tanya ayam berempah ada ke tak? Boleh aku makan dengan nasi putih biasa. Pelayan tu pergi tengok, lepas tu dia cakap dah habis. Terus aku tak lalu nak makan. Aku tak order pape pun. Ibu dengan Zul je yang order. Ibu pulak membebel "Kamu kena makan. Kamu tu breasftfeed." Kehkehkeh. Aku senyum je la. Bila dah hilang mood nak makan tu, bagi lah steak sekali pun, aku makan #eh tak makan. :p

Bila makanan sampai, makanan Ibu yang sampai dulu. Ibu sebenarnya order daging tiba-tiba dapat ikan. Eh eh eh, lagi geram pulak aku. Bak kata orang putih "3 strikes and you're OUT!" Chewah gitu. Lepas tu kena lah panggil pelayan lagi sekali nak tukar ikan tu. Hadui la lagi sekali.

Nasi Kerabu Set
Nasi Kerabu Set (Daging) - RM12.90
Zul - Rasa tak macam nasi kerabu yang dia makan masa dia belajar dekat Penang dulu. Dekat Penang dulu lagi rasa kerabu dia. Hahahhaha. OMG. Sabor je la. Lepas Zul makan budu tu, terus dia gatal-gatal hidung. Mungkin ada udang kot dalam budu ni.

Dalam Set Nasi Kerabu ni ada nasi kerabu dengan pilihan lauk sendiri dan air pilihan Teh O Ais atau teh tarik.

Nasi Dagang Set (Daging) - RM 9.90
Ibu - Daging dia boleh tahan. Aku pun sempat rasa jugak daging dia. Tak liat. Kenyal. Makan pun tak lekat celah gigit, tak sakit rahang kunyah. Ibu tak habis mungkin sebab ibu makan sikit je atau portion dia banyak. Aku tak pasti. 

Dalam Set Nasi Dagang ni ada nasi dagang dengan pilihan lauk sendiri dan air pilihan Teh O Ais atau teh tarik.  

Mana makanan aku? Aku tak order sebab aku tengah marah. Sebab aku marah?
  • Lambat ambil order.
  • Bila dah datang nak ambil order, tiba-tiba hilang macam tu je.
  • Menu dah habis.
  • Salah hantar makanan

Kenapa aku marah sangat bila menu dah habis tu? Benda biasa lah kan kalau makanan dah habis. Masalahnya. Dari waktu breakfast sampai pukul 3, dieorang dah dedicate kan menu-menu tu waktu tu je. Kiranya tak ada masakan panas lain. Yang ada cuma BREAKFAST - nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, lontong, bubur, English breakfast. LUNCH - Set nasi berlauk.

Bila orang tak nak makan nasi berlauk dan tak nak makan menu lain selain nasi lemak (since orang lain punya taste lain-lain) tiba-tiba kau cakap nasi lemak dah habis, mak aih. Spoil habis mood aku. Dah tau korang hanya serve menu tu dalam waktu tu, make sure lah menu tu ada. Aku pun pernah kerja kedai makan okay. Kalau barang habis, bos berdesup pergi beli barang semata-mata nak jaga hati customer. Ditambah lagi dengan lambat ambil order tu. Memang ke laut terus tak nak makan. Nasib baik lauk Ibu sedap. Boleh cover balik apa yang aku tak suka tu.
   
Apa yang aku suka pasal Bason:
  • Deco hipster - Macam aku cakap dalam entri food review yang lain sebelum ni, kalau makanan tak sedap, harga mahal pun asal restoran cantik tak de hal lah. Orang datang nya sebab hipster kan. :D

Apa yang aku tak suka pasal Bason:
  • Servis agak teruk - Lambat ambil order. Bila dah ambil order, lama sikit tu dia tanya semula apa yang kiteorang order. Alahai. Salah bagi makanan lagi. 
  • Makanan habis -Ini yang aku paling tak berkenan. Kalau tau korang ada dedicated time untuk dedicated menu, kena lah make sure menu itu selalu ada. 

Since aku tak makan lagi makanan dieorang so aku tak boleh nak rekemen kan pergi atau tak. Tapi kalau berdasarkan servis dieorang, homaigad. Kalau kau sanggup hadap benda-benda ni, pergi lah. Itu je nak cakap. Sebelum balik, of course aku suruh Zul ambil gambar aku dekat restoran Bason ni kan.

Bason Seksyen 9 Shah Alam
 
Harap-harap Bason cepat-cepat dapat pelayan baru dan upgrade sikit servis korang. Tapi hati aku sejuk sikit lah waktu Aneeq meragam sikit, aku pergi lah keluar jalan-jalan duduk bahagian tepi cafe ni time Ibu dan Zul tengah makan. Ada staff Bason tengah sapu lantai. Dia nampak Aneeq, dia agah-agah sikit. Simple gesture like that dah buat aku rasa ok sikit. Lembut betul hati aku ni. Kahkahkah!



Post a Comment

5 Comments

  1. Masa time pose selalu makan nasi kerabu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak dah lama tak makan kerabu ori macam dekat kelantan. :(

      Delete
  2. memang kalau pergi bason ni, kemungkinan set makanan habis tinggi..sebab tu ktorg member 1 ofis jarang makan kat sini plus jauh nak jalan kaki dari ofis..haha..yg bagus 1 je, waktu solat jumaat dia tutup..pelanggan lelaki tidak dibenarkan masuk..kalau tak salah lah masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang laki masuk apa die buat eh? curious gile nak tau :D

      Delete
  3. SUSAHNYA NK BOOK KAT BASON.CALL XANGKT

    ReplyDelete