Peluang Tengok Meteor Perseid Di Malaysia 12 Ogos 2015!

Pancuran Meteor Perseid terjadi daripada serpihan debu ekor komet 109P/Swift-Tuttle yang memasuki atmosfer Bumi pada kelajuan lebih kurang 212,500 kmj dan ia akan menyebabkan serpihan batuan ini terbakar dan menghasilkan jaluran tahi bintang yang panjang. Diramalkan sebanyak 60 meteor boleh dilihat dalam masa satu jam.

Meteor Perseid Malaysia
Komet 109P/Swift-Tuttle mengelilingi Matahari pada setiap 130 tahun sekali ditemui pada tahun 1862 oleh Lewis Swift dan Horace Tuttle dari Amerika.  

Kalau korang nak lebih faham lagi apa benda meteor Perseid ni, korang boleh tengok video dekat bawah ni. 



Tips Tengok Pancuran Meteor Perseid Di Malaysia

1. Anda tidak memerlukan sebarang peralatan khas untuk melihat pancuran meteor.
2. Lihat dengan mata sahaja walau bagaimanapun anda harus sabar dan peka kerana pancuran meteor sangat laju dan rawak.
3. Waktu terbaik untuk melihat pancuran meteor adalah 8.00 malam hingga awal pagi sebelum Bulan dan Matahari terbit.
4. Pilih lokasi jauh dari pencemaran cahaya eg lampu jalan / bangunan dan sebagainya.
5. Pilih kawasan yang terbuka di mana anda dapat melihat langit luas yang tidak dihalang oleh bangunan dan pokok. Lokasi terbaik adalah padang bola,  pantai dan kawasan tanah tinggi.
6. Bawa bersama tikar/mat dan juga selimut untuk mengelak dari sejuk dan keselesaan sendiri sepanjang malam di luar.
7. Elak daripada melihat meteor secara bersendirian. Pergi secara berkumpulan yang pastinya menyeronokkan kerana anda dapat berkongsi pengalaman dan kebarangkalian untuk melihat meteor agak tinggi kerana setiap orang dapat melihat langit dengan arah yang berbeza.
8. Maklumkan kepada pihak bertanggungjawab di mana anda akan berada. Sekurang-kurangnya mereka tidak syak anda melakukan perkara yang menyalahi peraturan. Mana tahu mereka juga akan turut serta dan memastikan anda selamat. :)
9. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan (berawan/hujan) anda mungkin TIDAK akan dapat melihat pancuran meteor tersebut.
10. Anda juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman, jumlah meteor, keadaan cuaca serta gambar anda di media sosial dengan hashtag #PerseidMeteorShowerMY #PerseidMY

Jangan lupa ambil gambar atau video dan share. Aku nak tengooookkkk! :D


Kalau sempat, korang pergi sini untuk tengok meteor ni. Sure nampak jelas dan nyata halal toyyiba. Eh tetibe. Hahahha.

{ 20 comments.. read them below or add one }

Puan Wawa Puan Wawa 11 August, 2015
esok kan? boleh laa gi tgk tepi pantai.. hehe
Nur Amalina Nur Amalina 11 August, 2015
pernah tengok msa kat matrik kedah dulu..masa tu bomba buat latihan kebakaran dan meteor muncul..
tapi lepas tu jadi tragedi pulak..huhu
Ibu Zarith Ibu Zarith 11 August, 2015
Eh, waw! eksaitednyaaa.. tapi macam mana nak pergi tengok dengan Zuyyin dan Zayra ni hhuhuuh
Amelia Effendi Amelia Effendi 12 August, 2015
wow! bestbest. hehe

singgah sini :) boleh tlg jwb soalan kat --- http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/08/saya-ada-soalan-boleh-tolong-jawab.html hehehee mekasih
nurerna hazwani nurerna hazwani 12 August, 2015
Ohhh...harap-harap tak hujan malam ni.

http://alongwawaerna.blogspot.com

Kita nak jemput join segmen kite. http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html
yanie yusuf yanie yusuf 12 August, 2015
Teringin sangat nak tengok. Harap dapatlah tengok ...
Allene typicalmommy Allene typicalmommy 12 August, 2015
harap dapat tgk... =D hi mommylin.com follow here...
Maria Firdz Maria Firdz 17 August, 2015
Tak ingat pun nak tengok.
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Syira sempat tengok tak hari tu?
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Wawa umah dekat pantai ke? bestnye!
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Tragedi ape tu? Suspen je bunyi?
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Hehhehe saya pun tak tengok sebab ada anak kecik. suami pulak keje malam. teringin sangat nak tengok sebenarnya hari tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Kalau boleh nampak memang best sangat :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
allene dapat tengok tak hari tu?
Fadzi Razak Fadzi Razak 18 August, 2015
Saya tak boleh nak tengok sebab tak nak bawak baby keluar malam-malam. lagipun suami kerja malam :(