Pernah Makan Dekat Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam?

August 18, 2015

Aku rasa sebelum ni aku pernah makan dekat Foodsbury.  Waktu tu aku makan spageti dan kek crepe apa dah tak ingat. Waktu tu aku rasa sedap kek dan spageti tu. Ye ke cafe same ke cafe lain? Entah-entah lain. So, kali ni aku pergi cafe Foodsbury yang terletak dekat Seksyen 9, Shah Alam. Dan, ini apa yang kiteorang order hari tu. 

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam
Lamb Steak - RM21.00
Ini apa yang aku order. Nampak macam banyak je kan portion steak dia? Ada 2 keping steak yang aku dapat. Tapi, apa yang aku kecewa separuh daripada kedua-dua steak tu lemak semata-mata. Sedih aku. Dah lah masa aku makan tu, ada banyak bahagian yang tak masak. Merah-merah lagi. Mula-mula aku makan satu steak, bila nampak merah-merah aku letak tepi. Aku makan lagi satu steak. Bila dua-dua jadi macam tu, aku feed up. Aku mengadu kat Zul, terus Zul suruh diaorang masak semula. Bila dah masak semula pun, aku tak dapat makan jugak sebab yang tinggal bahagian lemak lepas tu bahagian daging dah keras dan liat. Tak apa lah, bukan rezeki aku kot waktu tu.

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Salmon Fillet - RM21.00
Ini adik ipar aku yang order. Kesian dia. Dia dah lah jenis jaga badan, pergi gym semua, kuat makan. Waktu tu memang kiteorang tengah lapar gila kot. Adik ipar aku order lah Salmon Fillet ni. Portion dia memang agak sikit, memang tak kenyang jugak. Ke aku dengan adik ipar aku ni jenis kuat makan? Huuu~ Lagi satu, masa adik ipar aku dapat ni, salmon dia pun tak masak jugakkkkkk~ So, kiteorang mintak dia masak semula. 


Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Burger (tak ingat burger apa, harga tak ingat) 
Ini menu Zul. Zul cakap daging burger ni kering sikit. Cheese pun rasa macam cheese biasa bukan cheese mahal. Tak dek nak komen banyak sebab aku tak makan pun.

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Chocolate Mint Ice (Harga tak ingat)
Ini Zul punya air. Aku pun merasa jugak. Rasa agak pelik sebab chocolate dengan mint. Chocolate dia aku rasa macam air coklat yang dibuat dengan serbuk koko dalam tin tu. Maksudnya rasa standard tapi ada sedikit twist letak mint tu. Pelik but boleh lah nak try. 



Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Mango Slush (Harga tak ingat)
Ini aku boleh rekemen dekat korang. Air Mango Slush ni sedap. Mangga dia boleh tahan pekat dia. Lepas tu dekat atas dia letak whipped cream. Sedap! Rasa dia lebih kepada masam manis mangga dan manis whipped cream.


Apa yang aku suka dengan cafe Foodsbury:
  • Deco cantik. Of course lah. Pada aku sekarang ni semua kedai makan nak buat deco kedai cantik-cantik untuk attract customer tapi abaikan aspek kualiti makanan.
  • Staff okay. Tapi, maaf aku cakap, aku tak suka kalau ada staff yang tak faham bahasa Melayu atau English (pekerja bangsa asing to be exact) yang handle meja aku. Sakit hati sorang meng'ayam' sorang meng'itik'. Tak ke bengang.
  • Service so so je lah kot. Sebab aku kena tunggu lama sikit sebelum ada staff attend meja aku.

Apa yang aku tak suka dengan cafe Foodsbury:
  • Portion kecil. Hahahha, ke aku yang makan banyak sebenarnya? Tapi, adik ipar aku pun kata tak cukup jugak.
  • Makanan tak dimasak dengan betul. Kau gila nak bagi aku makan makanan yang tak cukup masak? Quality please.
  • Bahan mentah habis. Are you kidding me? Aku mula-mula nak order spageti something. Lepas order, staff datang balik cakap spageti dah habis. Come on. Tu main course korang kot. Spageti pun bahan mentah yang tahan lama. Beli stok banyak-banyak, baru lah tak habis. Tak faham betul la aku main course pun nak habis. Aku pun pernah keje dekat kedai makan kot. Barang habis sanggup bos turun beli barang tau.
  • Harga agak mahal. Atau mungkin mahal untuk aku yang gila kedekut. Bahahhaa.
  • Tak dapat resit. Resit aku tak dapat sebab diaorang dah tutup mesin duit. Okayyy~ Tapi total semua around RM7+.++. Lepas 10% diskaun untuk student dapat RM6+.++. Aku pun dah tak berapa ingat how much exactly.


Dan of course, lepas makan sebelum balik, aku paksa Zul tangkap gambar aku dekat wall deco Foodsbury untuk menandakan "Fadzi wuz ere".  

So, pendapat aku, cafe Foodsbury ni biasa-biasa saja lah. Tak ada lah segempak yang Says cakap dalam artikel 13 Kafe Moden “Mesti Kunjung” Yang Menjadi Kebanggaan Orang Shah Alam tu. Agak kecewa dekat makanan dia. Datang semula? Nope. Unless dapat makan free, baru aku datang semula. Bahahhaa.
 


*Aku tak dibayar untuk tulis artikel ni. Aku (or Zul to be exact) bayar segala expenses untuk datang ke sini dan makanan. Ini adalah pengalaman dan pendapat jujur daripada kitaorang.    


You Might Also Like

18 comments

  1. Best kan bila ada pengalaman datang ke certain tempat then buat artikel berkaitan.... huahua.... nampak menganjing tak ni??

    Tapi aku plak yang hangin apsal servis cenggitu?? makanan tak masak tu memang membengangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula aku nak cakap, aku tak faham pasal menganjing tu bahahahha

      ha, aku pun bengan pasal makanan tak masak tu. entah pape entah. kuali grill tak berkualiti kot hehehe

      Delete
  2. Tengok cara dia hias makanan pon macam tak sudi je. Setakat ni paling puas hati makan western, dekat Mat Periuk Cafe dekat Ipoh je. dahla murah. Nanti dah jumpa yang sedap area shah alam, bagitaw ye. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku geram jugak bila dapat makanan tu. Aih lah. Geram.

      Nanti kalau aku jumpe tempat berbaloi, aku promote habis-habisan hahaha

      Bila kau gi ipoh wei? sekarang ni nak gi jauh-jauh susah sikit. zul tak nak ambik cuti hahaha

      Delete
    2. Aku pergi ipoh dah lama, aku rasa jun ari tu kot. Aku pon dah lupa. Hahaha Aku tak pergi lama pon, macam 2 hari, semua masa weekend, takde nya nak apply2 cuti. heheheh

      Delete
    3. Huuuu, dah lama tak jalan jauh-jauh lepas ada Aneeq ni :'(

      Delete
  3. sedapnyaaa tengok..meleleh air liur :)

    ReplyDelete
  4. tempat mcm lawa je...syira suka steak tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat hipster kena lah lawa :D

      Delete
  5. Sembelit ketika hamil? Seksanya, ikuti langkah-langkah pencegahan di sini : SEMBELIT KETIKA HAMIL

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, mahainya.. Hehe

    ReplyDelete
  7. study la dlu psl western food sblm ckp hidang makanan x ckup masak ke portion kecik ke..meat doneness ada byk level..klau anda study anda dh ckp awal2 kt diorg nk yg mcm mna..ulasan2 yg konon2 artikel cmni la yg menutup minda geng2 blogger ni..kelakar la korg ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai erfan, saya tahu gradation untuk meat. since awak pun tahu pasal meat doneness, i assume awak pernah pergi restoran western food macam chili's ataupun tgif. and i assume awak pernah jugak makan dekat local restoran yang buat hidangan western food. apa beza restoran dieorang? lokal restoran tak tanya preference kite nak meat tu dimasak macam mana dan bila dapat meal kite, it should always be well done. Kalau restoran franchise dari luar, dieorang tanya nak masak macam mana. and we should get what we asked for.

      pasal portion cukup ke tak, apa yang saya tulis di sini adalah berdasarkan pendapat saya. pada saya, portion dia tak cukup. dan saya siap tunjukkan gambar lagi. maybe ada yang setuju dengan pendapat saya dan maybe jugak tak setuju bila tengok gambar ni. saya tak paksa orang lain bersetuju dengan saya because kepuasan terhadap portion makanan adalah subjektif. kalau saya rasa tak cukup, maybe ada orang lain rasa cukup.

      apa maksud menutup minda geng2 blogger ye? saya tak faham maksud awak. mind to explain? :)

      Delete
  8. study la dlu psl western food sblm ckp hidang makanan x ckup masak ke portion kecik ke..meat doneness ada byk level..klau anda study anda dh ckp awal2 kt diorg nk yg mcm mna..ulasan2 yg konon2 artikel cmni la yg menutup minda geng2 blogger ni..kelakar la korg ni..haha

    ReplyDelete
  9. study la dlu psl western food sblm ckp hidang makanan x ckup masak ke portion kecik ke..meat doneness ada byk level..klau anda study anda dh ckp awal2 kt diorg nk yg mcm mna..ulasan2 yg konon2 artikel cmni la yg menutup minda geng2 blogger ni..kelakar la korg ni..haha

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter