Wajib Asing Sampah Mulai 1 September 2015

August 16, 2015

Bagi korang yang masih tak tahu, mulai 1 September 2015 ni (tak lama dah), sampah-sampah korang tu, korang kena asingkan mengikut jenis. Maksudnya plastik dengan plastik, kaca dengan kaca dan sisa makanan dengan makanan.

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca
 
Kalau nak lagi faham, korang tengok je gambar dekat bawah ni. Senang sikit.

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

1) Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan kedalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali semiggu.


Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

2) Sisa Kertas
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca


Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

3) Sisa Plastik
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.


Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

4) Sisa Lain-lain
Sisa selain daripada sisa baki, kertas dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dgn kemas ditepi tong sampah. kutipan akan dilakukan sekali seminggu.

Aku dah lama dah buat macam ni. Semua sebab Kak In aku tu yang rajin recycle. Last-last aku pun terjebak. Jom sama-sama asingkan sampah kita. Untuk masa depan yang lebih cemerlang. Tak susah pun.


You Might Also Like

4 comments

  1. Info yang sangat baik untuk di kongsikan ni.. thanks info.. mommylina akan share ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lina. Ya boleh share :)

      Delete
  2. Nice sharing! Here is how it can be done better: Cara asingkan sampah dengan efektif dan murah! http://www.boxingpartner.com/products/Recycle-Bin-01/51

    ReplyDelete

Like us on Facebook