Apa Nak Buat Bila Anak Ada Autism?

Aku rasa dalam banyak-banyak entri yang aku pernah taip, entri ni aku paling takut nak buat. Autism. Kalau sebelum ni yang aku tau mengalami autism cuma anak Fynn Jamal - Arjuna. Jujur aku cakap sebelum ni aku tak ada ilmu langsung pasal autism. So, untuk tulis entri ni, aku kena banyak membaca dan lepas aku baca, aku jadi risau. Satu je yang main-main dalam otak aku - Aneeq cukup sempurna ke? Pastikan Aneeq tak ada penyakit Austism? Aku rasa ramai mak bapak yang sangat risau kalau anak dieorang sakit - tak kisah lah sakit apa termasuk lah autisme.

Sunshine September
   
Baru-baru dekat Suria KLCC ada buat satu kempen iaitu Sunshine September. Sunshine September ni merupakan satu kempen untuk bagi kesedaran kepada orang ramai tentang autism. Selain itu kempen ni jugak nak mencari funding untuk NASOM - The National Autism Society of Malaysia.

Nak tahu macam mana cara untuk korang membantu kanak-kanak yang ada autism ni? 

Umar Hasfizal - You Raise Me Up
This is Umar Hasfizal who lives with autism singing Josh Groban's You Raise Me Up!Give Umar's video a LIKE because each LIKE is worth RM1.Suria KLCC and LiteFM are teaming up for Sunshine September, and if you help get Umar’s video to 10,000 likes, Suria KLCC will donate RM10,000 to the National Autism Society Of Malaysia (NASOM).Go on - give this chap a “LIKE” and share it with your friends! Get them to support Umar by liking his video!www.sunshineseptember.comAznil Hj Nawawi - bro tolong support with a Like and Share :)
Posted by LiteFM on Thursday, 3 September 2015

1. LIKE Dan SHARE Video

Mulai dari 3 September hingga 30 September 2015, korang boleh LIKE dan SHARE video dekat atas ni. Setiap 1 LIKE yang diterima, Suria KLCC akan menderma RM1 kepada NASOM melalui Program Sunshine September ni. Sasaran diaorang adalah RM10000. So, apa lagi. Korang tekan LIKE dan SHARE ramai-ramai supaya video ni boleh cecah lebih 10 000 LIKES.


Foosball
Foosball ni salah satu games yang paling hot stuff lah orang kata dekat event ni. Selalu penuh je. Ni nasib baik aku sempat tangkap gambar sebelum orang serbu. Hanya dengan bayar RM5 je untuk main foosball ni, korang dah menderma kepada NASOM.

Map The Puzzle
Dekat booth Hands On ni ada 2 game. Satu Stack It Up. Senang je. Main susun-susun baldi kecik dekat tepi booth ni. Satu lagi Map The Puzzle. Game ni korang just kena cantum-cantum kan jigsaw puzzle je. Semua games yang ringan-ringan untuk bersantai sambil menderma je.

Popcorn
Kalau korang nak makan makanan ringan, diaorang ada jual pop corn. RM5 je satu plastik. Boleh tahan jugak besar dia. 

2. Menderma Sambil Main Games

Selain tu, korang boleh pergi ke Suria KLCC, Alamanda ataupun Mesra Mall. Cari tapak event Sunshine September ni (biasanya diaorang akan buat event ni dekat centre court sebab senang orang nak nampak) dan join aktiviti yang dieorang buat. Dalam event tu akan ada permainan seperti fosball, jigsaw puzzle dan permainan lain. Hanya dengan RM5 korang boleh main sambil menderma. Nanti akan ada jugak jualan amal barang-barang macam t-shirt, set alat tulis dan set sudu garfu. Kalau korang nak derma wang tunai pun boleh.

Jualan amal
Dekat booth dalam gambar dekat atas ni korang boleh derma berapa ringgit pun ikut kemampuan korang lepas tu korang boleh ambil apa-apa je barang yang ada dekat booth ni. Ikut pilihan korang.
 
Jualan amal
Dekat booth ni pulak, dieorang jual baju kempen Sunshine September. Dekat booth ni ada jual t-shirt, bag, set sudu garfu dan set alat tulis.

Jualan amal
Ini harga bagi barang-barang yang dijual dekat booth di atas ni.  Untuk hari Sabtu dan Ahad nanti pulak akan ada Face Painting dan Sand Art untuk budak-budak! Yeay! Okay, mak budak yang terlebih beria.


3.  Membeli-belah Di Kedai Yang Menyokong Kempen Sunshine September

Kalau korang nak shopping dekat Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall, pastikan korang masuk dan beli di kedai yang mempamerkan tanda Sunshine September dekat atas kedai tu. Itu maksudnya dieorang support kempen Sunshine September ni dan setiap pembelian korang, akan ada percentage yang akan didermakan kepada NASOM.

Paintings by autism kids
Antara lukisan yang dilukis oleh kanak-kanak autism yang sempat aku ambik.  Ada lukisan yang nampak memang macam budak-budak lukis. Tapi, ada jugak lukisan yang sangat cantik dan out of this world. Kita yang dah besar ni pun tak kan terfikir nak lukis macam tu.

Paintings by autism kids
Antara banyak-banyak lukisan yang ada pada hari tu, lukisan canting batik ni aku paling suka. Simple, clean dan wow. Just wow.

4. Beli Produk Kfraftangan Dan Lukisan Yang Dihasilkan Oleh Kanak-kanak Autism

Serius aku cakap, kebanyakan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak autism yang dipamerkan dekat event Sunshine September ni memang cantik dan unik. Memang sesuai kalau nak letak dekat rumah atau dekat office. Harga pun dalam range RM100 hingga RM600.

5. Hebahkan pasal NASOM Dan Kempen Sunshine SeptemberBeritahu pasal NASOM - The National Autism Society of Malaysia ni kepada ibu bapak yang ada anak autism. Hebohkan jugak pasal kempen Sunshine September ni. InsyaAllah dengan bantuan NASOM ni, anak-anak autism ni mampu hidup sendiri dan berdikari macam anak-anak lain yang sihat. Untuk maklumat lanjut pasal NASOM ni, korang boleh tengok dekat bawah.



Kalau korang tak mampu nak donate pun at least please share this artikel. Supaya orang lain boleh tahu pasal kempen Sunshine September ni. InsyaAllah dengan share korang tu, dapat jugak share dekat akhirat nanti. Aminnn.  :)

Post a Comment

6 Comments

  1. pembetulan Autisme bukan penyakit. Akak mula ambil tahu pasal austime lepas anak akak ada masalah kelewatan perkembangan terutama speech. Paling penting jika kita nampak ada perkembangan anak kita delay segera jumpa Doktor. tak semua kelewatan perkembangan tu sebab austime.. tapi adalah lebih baik merujuk kepada doktor dari awal. Kalau austime pun jika di kesan lebih awal kita boleh bantu dia untuk jadi seperti anak anak normal. Austime memang tak boleh sembuh tapi boleh di latih. Ada jer Austime yang besar keadaan dia jadi macam orang normal walau dia austime. Jadi yang mana ada anak austime jangan sedih.. austime sangat istimewa.. kadang2 boleh jadi anak yg genius. Austime masih ada harapan & masa depan.. Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya pergi tengok budak2 autism yang buat persembahan hari tu, sikit pun tak berbeza macam anak-anak yang biasa. tak ada beza cuma ada waktu-waktu yang nampak jugak dieorang macam hyper.

      Delete
  2. Pernah berhadapan dgn anak2 autisme ni. Dorg ada keistimewaan yg tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya tengok dieorang buat persembahan hari tu, memang tak ada beza pun dengan budak2 biasa :)

      Delete