Blog Rujukan Untuk Kaki Jalan ‪#‎ReviewBlogMrJocko‬ ‪#‎BlooggersMedia‬

Hari ni aku nak berkongsi cerita pasal satu blog ni. Aku rasa siapa dekat sini yang kaki melancong dan kaki berjalan tahu siapa yang aku nak maksudkan ni. Korang kenal Mr Jocko tak? Kalau tak kenal nama Mr Jocko mungkin korang kenal nama Rosmadi. Dua-dua tu orang yang sama. Dan Mr Jocko ni menulis blog yang berkaitan dengan perlancongan.

MrJocko

 

Blog yang ditulis oleh Mr Jocko:

MrJocko.com

MrJocko lebih fokus pada blog yang ni sebenarnya sebab blog ni lebih kepada niche Lifestyle Travel. Dalam  blog ni MrJocko banyak tulis pasal tempat-tempat menarik yang dia pergi dan jugak tips-tips yang berguna kalau korang nak pergi ke tempat yang Mr Jocko dah pergi.

Blooggers.com

Blog ni pulak lebih kepada event-event yang MrJocko join. Dan kebanyakan entri dalam blog ni lebih berkait kepada lifestyle dan bukannya perlancongan termasuk event launching, brand promotion dan kontest.  

Travelibur.com

Blog ni pulak memang fokus untuk perlancongan semata-mata. Dalam blog ni kebanyakan entri berkaitan dengan perayaan, event, tempat-tempat menarik, aktiviti-aktiviti menarik dan segala yang berkaitan dengan perlancongan.

MJocko

 

Apa yang aku suka pasal blog Mr. Jocko:

  • Banyak maklumat pasal tempat perlancongan - Blog Mr Jocko ni antara blog yang aku akan baca kalau nak tahu pasal tempat-tempat yang best sama ada dalam atau luar negara.
  • Pelbagai tips melancong - Nak pergi melancong ni kena ada ilmu, nak nak lagi kalau melancong ke luar negara. Blog MrJocko ni memang bagi banyak tips untuk melancong sama ada dalam atau luar negara
  • Cerita part by part - Biasanya kalau pergi travel, mesti berhari-hari kan. Bila dah berhari-hari tu mesti banyak cerita yang nak dikongsi. Yang best pasal blog MrJocko, entri dia pendek-pendek je sebenarnya tapi gambar banyak. Dia buat Part 1, Part 2 macam tu. Itu yang aku suka. Aku pun tak larat nak hadam cerita travel panjang macam esei SPM dulu. Hahahah.
  • Banyak gambar - Kadang-kadang tu, melalui gambar pun kita dah boleh faham pasal sesuatu tu. So, tak perlu nak explain banyak-banyak. Macam entri-entri dalam blog Mr Jocko ni, memang dia letak banyak gambar. Itu pun salah satu penarik blog ni.
  • Kontest - Blog Mr Jocko adalah antara blog yang banyak buat kontest dan hadiah-hadiah pun menarik.
  • Masuk paper - Aku rasa impian semua blogger kot nak di'featured'kan di media-media elektronik atau media cetak. Dan Mr Jocko ni bawak nama blog dia sampai lah masuk ke media termasuk Utusan, Metro dan Majalah Libur. Kejayaan blog Mr Jocko ni merupakan salah satu sumber inspirasi aku untuk terus menulis blog.

Apa yang aku tak berapa suka dengan blog Mr Jocko:

  • Header kurang menarik - Hehehe. Aku ni memang suka bab-bab design dan HCI ni. So, aku suka tengok design-design yang cantik. Tapi header blog Mr Jocko ni ada aku terlalu simple dan tulisan kurang menarik. Aku harap Mr Jocko boleh invest sikit untuk cantik kan header blog tu.
  • Bahasa tak konsisten - Kadang-kadang aku baca entri blog Mr Jocko ada yang dalam bahasa Melayu, kadang-kadang ada yang dalam English. Nak kata tak boleh bukan tak boleh, tapi aku lagi prefer kalau Mr Jocko stick pada satu bahasa je.
  • Design page Resume lari - Kalau korang tengok pada tab MrJocko Resume, design resume tu lari dan ada bahagian yang dilindungi oeh sidebar. Mr Jocko please tengok dan baiki ya. 

So, kaki-kaki berjalan semua, kalau nak tau info dan tips-tips yang berguna untuk melancong, aku rekemen korang pergi baca blog MrJocko ni. Serius tak menyesal. Kalau menyesal pun sebab korang baca trip yang dia pergi tu best-best tapi korang tak ada duit nak pergi. Macam aku lah tu. Menyesal aku baca. Dah menangis tepi bucu katil sengsorang sebab tak dapat nak pergi. Hahahah. 

Post a Comment

10 Comments

  1. Bila nak buat review blog iday pulak. Hahahaha

    iday pon suka baca blog mrjocko, jeles sebab dia selalu dapat pergi jalan2 luar atau dalam negara atas usaha sendiri, sponsor trip sebab dia layak, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tiap2 bulan die pergi travel oversea kan. Jeles jugak :D

      Delete
  2. Memang kenal dengan Mr.Jocko ni pasal travel...

    ReplyDelete