Food Review: Rich Bole Seksyen 14 Shah Alam

Minggu lepas aku planning nak pergi makan dekat Twenty & Co. tapi bila sampai je depan cafe tu, terus aku cuak sebab nampak mewah sangat. Hahahha. Sebenarnya aku dah kena warning dengan budak-budak dalam SARBANZ cakap Twenty & Co. ni agak mahal tapi gatal nak cuba. Last-last, kiteorang pergi ke restoran sebelah dia - Rich Bole.
Rich Bole
Rich Bole ni boleh tahan jugak lah mahal dia. Tengok restoran dia pun deko nampak mewah dan cantik. Serius aku suka masuk restoran ni sebab nampak cantik. Susun atur kerusi meja dan dekorasi memang menarik hati aku lah.

Ini pulak makanan yang kiteorang order hari tu. Oh, kali ni kiteorang makan 4 orang termasuk Ibu dan Ukan (adik ipar aku) sekali. So, agak mahal lah sikit. 

Laksa Kari
Laksa Kari (RM12.90)
Ini menu yang Ibu order. Ibu cakap sedap. Kari dia boleh tahan tapi Ibu makan tak habis sebab sebelum pergi ke sini, Ibu dah makan nasi. Hohoho.  Tapi, kalau Ibu cakap sedap maksudnya memang sedap lah.

Naan With Curry Sauce
Naan With Curry Sauce (RM4.90)
Sebab Ukan pun dah makan sebelum pergi sini, so dia pun order makanan ringan jugak. Portion naan ni nampak besar. Ukan cakap rasa dia ok. AKu tak boleh nak komen lebih-lebih sebab aku tak rasa pun.

Ribena Melon
Ribena Melon (RM8.90) & Mango Lassi (RM10.90)
Sebab aku tak rasa pun kedua-dua air ni, so aku tak boleh nak komen pape. Aku just tunjuk harga sajalah.

Fried Rice With Chicken Whole
Fried Rice With Chicken Whole (RM17.90)
Dalam banyak-banyak menu yang kiteorang order, ini paling mahal. Dalam menu ni korang boleh dapat nasi goreng, ayam peha, sambal nasi lemak dan kari ayam. Portion memang besar. Kalau korang lapar, ini memang sesuai untuk korang. Aku sempat jamah kari tu je. Serius kari tu memang sedap. Rasa dia macam kari orang kampung masak untuk kenduri. 

PappaRich Stevia White Coffee
PappaRich Stevia White Coffee (RM4.90)
Aku tak rasa pun air ni. Ni air yang Zul order. Disebabkan aku obses dengan air yang aku order, so aku tak sempat lah nak rasa air Zul ni. Hewhewhewh.

Hainan Chicken Rice
Hainan Chicken Rice (RM13.90)
Okay, now. Sila baca review aku pasal Hainan Chicken Rice Rich Bole ni. Nasi - ok, ada rasa macam nasi ayam biasa. Ayam - okay, ranggup dekat luar tapi lembut dekat dalam. Sos kicap - pekat, lekat lagi melekat. Sos cili - Tak pedas sangat, tak manis sangat, just nice. Sup - tak masin sangat dan tak tawar. Overall, Hainan Chicken Rice ni memang kena dengan selera aku dan dalam menu ni paling kuat kick die sos kicap dan sos cili tu. Serius sedap. Hehehhe.

Tropicana Lime
Tropicana Lime (RM8.90)
Waktu mula-mula aku order air ni, rasa macam betul ke pilihan aku ni. Serius aku pakai order je sebab nak ala-ala gamble la kan. Bila dah dapat air ni, aku slurp sekali. Mak aih masam nya sebab lime kan. Lepas tu, aku kacau-kacau sikit.Baru ok sikit rasa dia. Rasa masam-masam lime, rasa minty daun pudina dan rasa manis-manis ais krim vanila. Memang kena gila lah manis ais krim vanila dengan masam lime tu. Kalau korang pergi makan dekat sini, aku rekemen Tropicana Lime ni. Rasa dia lebih kurang macam rasa ais krim Tropicana Nestle tu.

Okay, setel bab makanan. Disebabkan restoran ni bagi aku sangat cantik deko dia, so aku ada lah ambil gambar sikit bahagian dalam restoran.

Rich Bole Seksyen 14 Shah Alam
Ini bahagian dalam Rich Bole. Belah dalam ni ada 3 susunan kerusi dan meja. Bahagian kanan ni kerusi dia ala-ala sofa, sedap sikit lembut punggung nak duduk. Belah kiri pulak kerusi kayu biasa tapi cantik lah jugak.

Rich Bole Seksyen 14 Shah Alam
Bahagian depan pulak ada  satu set kerusi macam dalam hotel tu. Kira ekslusif lah sikit. Hohohoho. Belah luar, kerusi meja dia lebih kurang macam belah kiri gambar atas. 

Rich Bole Seksyen 14 Shah Alam
Tengok dekat kaunter dapur dieorang. Cantik kannnn. Aku sukaaaa gilaaaa. Wall bata hitam dia tu buat aku jatuh cinta. Hahaha. Zul siap cakap nanti kalau rumah siap, nak deko macam ni jugak. Ha gitu. Bukan aku sorang je yang cakap cantik okay.

Masa nak bayar tu, Ibu sempat lagi tanya siapa yang jadi tukang masak. Cashier tu orang Melayu perempuan. Yang jadi tukang masak dekat belah dalam orang Nepal. Tapi, akak cashier tu cakap awal-awal tukang masak semue ikut SOP. Hehehehe. Takut ke? Tanya je tau.

Okay lah. Dah setel bab makanan dan dah setel bab deko. So, now gambar "Fadzi wuz 'ere" Hahahhaa.

Rich Bole Seksyen 14 Shah Alam
Overall, aku suka restoran Rich Bole ni. And unik sangat aku tak ada apa nak di'komplen'kan. Wow sangat kan. Biasanya kalau aku pergi mana-mana kedai makan, mesti ada je benda yang aku tak suka. Hewhewhewh. Jadinya, korang-korang yang nak makan dekat Rich Bole Seksyen 14 Shah Alam, aku approved dan recommend!  

 

{ 26 comments.. read them below or add one }

YieN YieN 11 September, 2015
Alaaaa laparrr.. Cemane? Hikhik.. !
sayaiday mohd nor sayaiday mohd nor 11 September, 2015
Aku ni dah lama tak singgah Shah Alam. Haha Jauh bebenor, bertambah-tambah pulak kedai cantik dekat sana. Haha
Fadzi Razak Fadzi Razak 11 September, 2015
Hahahha yien lunch dekat mane tu
Fadzi Razak Fadzi Razak 11 September, 2015
Hahahha weh banyak gila kedai makan baru dekat sini. geram nak pergi semua tempat
Maria hasun Maria hasun 11 September, 2015
lawa deko dia. . suka suka
TunSha Ayunie TunSha Ayunie 11 September, 2015
Ahhh dok Shah Alam memang untung kan.... Banyak kedai makan yang RARE !!! terliur bila baca pasal kari orang kampung tu... boleh bayangkan marveles dia...
Fahmi Fahmi 11 September, 2015
Terima kasih atas perkongsian. Saya pernah ke Twenty&co tetapi tak pernah ke cafe ini. Saya rasa lepas baca ni, memang saya akan cari masa untuk ke sini pula. Nasi ayam dan tropical lime is on my wish list. Terima kasih sekali lagi. :)
AnonymousAnonymous 11 September, 2015
Standard Sebenarnye ade kedai makan murah atau mahal. Ade menu yg berlainan. Kalau nak kate mahal, menu 2-2 restoran ni masing2 berbeza konsep. Ape kate awak try dulu baru judge makanan di twenty & co tu. Sbb saye baru makan disane. Everything was great. Even their cakes and coffee was trained by expert who won so many competition around Malaysia. That's what i heard from the cafe consultant. But so far review yg awak buat ni not bad. So ape kate dgn review yg awak buat utk Rich Bole ni, awak try makan dulu kat Twenty&Co tu dulu and judge. In a way it will help others too before heading to Twenty&Co. My opinion, u have to be balance in giving review also. But please, melayu dengan melayu kalau boleh kita kene support each other. Kalau awak terase saye minta maaf. Saye tak bermaksud ape2. But anyway, tq for the info. This is my no. 0143384809. And my name is Benyamin.
Fadzi Razak Fadzi Razak 11 September, 2015
Kan? Cantik deko dia maria. saya suka :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 11 September, 2015
Aku pun tak tau ape pasal shah alam ni banyak betul kedai makan yang rare huhuhu. ramai orang hipster kot sini wahahhaa
Fadzi Razak Fadzi Razak 11 September, 2015
Sama-sama fahmi. nanti kite tukar, saya pulak nak pergi ke twenty & co :)
Fadzi Razak Fadzi Razak 11 September, 2015
Hi Benyamin, thank you sebab baca review Rich Bole saya :) Okay let me clear kan sikit pasal komen awak ya.

1. Saya tak cakap makanan dekat Twenty & Co. tak bagus atau tak sedap. Infact, Twenty & Co. is one of my top cafe dalam list yang saya nak pergi. Saya ada join Group FB Shah Alam dan dieorang ada mention cafe tu mahal. So, saya tahu lah cafe tu mahal. Tapi disebabkan hari tu saya datang berempat, jadi saya tak nak pergi lagi ke Twenty & Co. and saya pergi ke Rich Bole instead sebab I'm not THAT RICH to pay for quite expensive food for FOUR people.

2. Saya support semua bisnes yang jujur tak kira melayu, india, cina atau yang lain-lain. Ada saya cakap "Jangan pergi ke Twenty & Co. Dieorang blablabla~" Tak ada kan? Ada saya cakap "Jangan pergi kedai melayu. Dieorang blablabla~" Tak ada kan?

3. Kalau lah awak baca blog saya lebih banyak, awak akan tahu saya dah review banyak cafe dan restoran dekat Shah Alam ni. And yes, tunggu lah dulu ya kalau nak saya review Twenty & Co. ni pun. Saya bukan kaya nak makan dekat luar hari-hari. Saya makan dekat luar pun seminggu sekali je, weekdays saya masak sendiri dan tapau makanan untuk suami saya makan di ofis. Why? Because I'm NOT that rich and I value every penny I earned.

And, dari komen awak ni, macam awak pulak yang judge saya macam-macam. Please get to know me first sebelum judge ya :)
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 12 September, 2015
Bagus review fadzi sampai buatkan MV nak pi makan la ni juga
Mrs Yatie Mrs Yatie 12 September, 2015
nice view kedai depa kan. best juga bagi mereka yang kaki santai :)
Seri nian Seri nian 13 September, 2015
First time tgk roti nan dia gulung mcm tu.
Kalo tgk kuah kari tu mmg pekat, mcm agak sesuai dtg harganya... alal2 harga scret resepy
AZENI AHMAD AZENI AHMAD 13 September, 2015
Wah nasi ayam rm17..
Memang mahal.
Mesti ada identiti sendiri nie.
Resipi tersendiri ke..

Tapi deco memang cantik la..
akuoka akuoka 13 September, 2015
kedai yang menarik...
walaupun nampak mahal..
dan dekat dengan rumah saya
:)
Hajar Shikin Hajar Shikin 14 September, 2015
comel deko kat kaunter dia. Rasa macam nak buat gitu jugak..hahah
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 September, 2015
Hehehe MV sila try dekat sini ya nanti :D
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 September, 2015
Deko dieorang memang cantik. makanan pun sedap
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 September, 2015
Sekali sekala mungkin la boleh datang. Selalu tak kot sebab mahal jugak sebenarnye dekat sini huhuhu
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 September, 2015
Memang mahal jugak. Die bukan nasi ayam. Die nasi gorenng dengan ayam
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 September, 2015
EH akuoka pun duduk shah alam ye
Fadzi Razak Fadzi Razak 14 September, 2015
Hehehehe kan kan hajar. nak buat gini jugak nanti :D
Anis Sohaimi Anis Sohaimi 18 September, 2015
Saya lah antara orang yg recommend Twenty&Co kat awak dalam SARBAN hehe... X pernah perasan la plak restoran ni kat sebelah bila saya gi Twenty&Co. Boleh masuk dalam list untuk try ni hehe.
Fadzi Razak Fadzi Razak 20 September, 2015
Hehehehe thank you Anis. Nanti rasa macam dah cukup duit, mungkin akan cuba Twenty & Co pulak. Ha, nanti awak try la Rich Bole ni pulak