Majlis Pertunangan BFF

September 03, 2015

Hari Ahad lepas, gigih aku pergi ke Rawang dari Shah Alam. Dengan selsema, demam dan bengkak susu. Semuanya demi insan tersayang aku merangkap BFF - Seri Idayu nak bertunang hari tu. Lama nya kiteorang tak jumpa. Nak dekat 2 tahun kot.

Macam tak percaya je kau dah bertunang Seri. Hahahha. Aku ingatkan kau ni jenis tak nak kawen sebab asyik duk berjalan je kejenya. Alhamdulillah ada hikmah nya kau suka berjalan, suka panjat gunung. Tup tup jumpa jodoh. Keh keh keh.

Korang nak tengok tak zaman-zaman kegemilangan aku dulu-dulu dengan Seri? Aku kenal dengan Seri waktu belajar Diploma dekat UiTM Jengka Pahang dulu. Dia lah tempat aku bergelak ketawa, tempat aku menangis, tempat aku bergaduh, tempat aku bersaing siapa lagi power belajar, tempat aku kutuk-kutuk orang yang aku tak suka, tempat aku suka buat kerja gila. 

Ni waktu Degree. Seri tengah present FYP dia. Aku pun tak ingat apesal muka aku buruk gila waktu ni. Aku rasa aku baru lepas balik dari Surabaya kot. Kuang asam Seri, saja ambik gambar aku waktu tengah muka selebet. Nak cantik sorang-sorang lettew. Hahahah. 


Ini pulak gambar masa kiteorang internship dekat Media Prima. Waktu ni department IT Media Prima still ada dekat Bandar Utama lagi. Searang dah tukar dekat Bangsar. Waktu ni macam heaven sikit. Kejap-kejap jumpa artis, kejap-kejap jumpa selebriti. Tapi yang kesiannya, kiteorang berpecah tak buat intern dekat department yang sama. Department aku santai sikit. Department Seri asyik kena buat kerja je.
 

Ini waktu Diploma. Muka habis innocent la ni. Ni waktu Dinner Majlis Anugerah Dekan. Seri ni antara orang yang aku fight gile-gile dalam belajar. Walaupun sebenarnya aku nampak rilek je waktu belajar, sebenarnya aku gila belajar kot. Kadang-kadang aku menyampah bila tengok Seri senang-senang dapat markah tinggi dalam test dan aku terendah sikit. Hahhahaa. Over ngat tau.
 

Gambar ni aku rasa paling tak boleh blah. Ni waktu lepas Diploma. Konon-konon nak oergi tegok konsert Yuna. Rupa-rupanya nak masuk konsert tu kena bayar. Tak guna betul. Hahahha. Beria lah pergi jalan jauh-jauh (jalan kaki okay). Last-last tengok kena bayar. Melangok lah kiteorang dekat tepi jalan gelak-gelak.

Hai, kalau tak silap aku dah 9 tahun kite kenal Seri. Macam-macam kita dah buat sama-sama. Nangis, gelak, gaduh, jadi pengapit, semua ada. Kau dah bertunang ni, aku nak nasihat sikit dekat kau:
  • Jangan miang-miang
  • Jangan gatal-gatal
  • Jangan buat kerja gila
  • Jangan lari pulau lagi  

Selamat menempuhi saat bertunang. Kuatkan hati. Jangan layan sangat perasaan marah. Jangan layan ayat-ayat orang luar yang cuba nak rosakkan hubungan korang. Semoga Allah berkati perhubungan korang ni sampai kahwin nanti. Tak sabar nak tunggu korang kawennnn!

 

You Might Also Like

8 comments

  1. Tahniah! diucapkan buat kawan sis yang bernama Seri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe terima kasih bagi pihak seri hahaha

      Delete
  2. Shooo Shuweetttt... Thanks nyah.. Datang jugak dalam pada kurang sihat pun.. Datang awal pulak tu.. Teman kite nebes kene tinggal sorang2 dalam bilik ahahaha! Tengkiyu tengkiyu tengkiyu.. Doakan semuanya lancar dan dipermudahkan insyaALLAH aaminnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I is bery the shweet hahahahha. InsyaAllah semua akan selamat :)

      Delete

Like us on Facebook