Pendaftaran Master UiTM Second Intake 2015

Pagi tadi hari aku mendaftar untuk program Master dekat UiTM. Ramai gila orang. Aku sampai tadi pun dalam pukul 9.15 pagi macam tu. Kesian Aneeq kena paksa bangun awal mandi semua. Huhuhuh.


Pendaftaran Program Postgraduate UiTM ambilan kedua untuk sesi 1 tahun 2015/2016 ni diadakan dekat SACC Mall. Sedikit info pasal UiTM New Postgraduate Students Registration Day.
Tarikh: 6 September 2015
Masa: 9.00 am - 12.30 pm
Tempat: SACC Shah Alam, Selangor

Pada aku, flow registration ni tak bagus jugak. Aku terpinga-pinga nak buat apa, nak pergi mana. Kena tanya orang itu pasal ini, kena tanya orang ini pasal itu. Leceh sungguh aku rasa. 

POINT 1 - PENDAFTARAN

Dekat booth pendaftaran ni okay je. Cuma kena register nama dan dapatkan goodie bag yang ada dokumen, flask air, air mineral dan pen. Dekat sini sekejap je sebab just register je. Tapi yang tak bestnya, orang lain yang tak berkaitan (baca: mak, bapak, suami, isteri, anak, cucu, cicit) semua nak duduk dekat-dekat area register ni. Semak jugak lah sebenarnya. 


POINT 2 - PAYMENT COUNTER (BURSARY)

Disebabkan aku tak bayar terus yuran, so aku tak pergi lah ke booth payment ni. Aku skip je. Aku terus pergi ke DEFERMENT COUNTER. Kalau korang yang dah bayar yuran awal-awal, korang kena pergi dekat booth ni lah untuk bagi dokumen dan resit-resit semua.


POINT 3 - HEALTH COUNTER

Booth yang ni pun aku skip sebab aku ambik part time je. Part time tak perlu buat medical check up dan health check up ni. Yang full time je kena buat medical check up dan hantar borang-borang check up dekat sini.


POINT 4 - STUDENT CARD COUNTER

Aku masuk-masuk dari registeration counter, aku blur nak buat apa. So, aku tanya lah orang lain apa nak buat. Lepas tu aku terus tunggu turn untuk ambil gambar untuk buat student card ni. Waktu tunggu turn nak ambil gambar ni, aku tunggu line paling hujung sebab orang tak ramai. Line memang full tapi tak panjang macam line lain. Tengah kiteorang tunggu, tiba-tiba line kiteorang tak bergerak. Lama gila kot sampai hangin-hangin semua orang yang duduk line tu termasuk lah aku. Aku tengok ada satu lagi line yang tengah berdiri dekat sebelah line kiteorang yang tengah duduk. Aku pun bangun ke depan nak tanya line ape benda yang tengah berdiri dan cut line kiteorang. Rupa-rupanya tu line student yang dah ambil gambar tapi gambar tak jadi. Aku marah betul dengan management. At least bagitahu lah awal-awal atau selang seli kan ambil gambar student yang tak jadi dengan ambil gambar line kiteorang yang tengah tunggu ni. Ini diam je. Ramai kot yang tengah marai time tu. Terus aku cakap dekat dieorang yang sama tunggu turn dalam line aku pergi ke line sebelah. Sakit hati betul.


POINT 5 - FACULTIES

Lepas siap ambil gambar dan ambil student card, aku pun terus ke booth fakulti untuk hantar segala offer letter dan fotokopi sijil. Lama jugak tunggu dekat sini sebab antara banyak-banyak course, course aku memang ramai. Hot stuff kate kau. Hahahha. AKu ambik course IT. Ada sesiapa yang ambik course IT jugak? Kite geng!


POINT 6 - IPSIS

Lepas setel hantar dokumen dekat booth fakulti, aku pergi ke booth IPSIS. Dekat booth IPSIS ni booth terakhir yang kiteorang kena hantar segala dokumen. Dekat booth ni aku tunggu turn sekejap je sebab counter banyak dan hantar dokumen sekejap je.


DEFERMENT COUNTER

Dekat counter ni, aku just mintak borang untuk buat penangguhan pembayaran yuran. Disebabkan aku nak cuba apply biasiswa (MYBrain, JPA, Yayasan Pahang), so aku pun tak nak lah bayar dulu. Aku cuma buat penangguhan bayaran je. Dekat booth ni, korang cuma kena ambil borang kuning, isi kan dan dapatkan cop pengedahan daripada professor yang in-charge dekat counter ni. 


MyBRAIN COUNTER

Dekat MyBrain counter ni, aku cuma ambil cop pengesahan. Borang Pengesahan Maklumat Pemohon Program MyBrain korang boleh dapat dekat POINT 1 - PENDAFTARAN. Dekat tempat yang sama jugak korang kena dapatkan cop pengesahan oleh pusat pengajian siswazah IPT. Kemudian korang kena pergi ke MyBRAIN COUNTER untuk dapatkan cop pengesahan oleh pengawai kewangan IPT. Dan kemudian kena pergi balik ke POINT 5 - FACULTIES untuk dapatkan pengesahan oleh pensyarah.

Tips:

  • Tak payah pergi awal-awal sangat. Orang ramai sangat awal-awal pagi sebab semua ingat nak buat cepat an habis cepat. Aku pun sama. So, aku sarankan korang pergi dalam pukul 10.30 pagi macam tu. Waktu tu orang dah berkurangan. So, cepatlah korang setel dekat semua counter. Tapi make sure korang tak lambat sangat sebab semua kaunter akan tutup pada pukul 12.30 tengah hari.
  • Tengok checklist untuk proses pendaftaran. Korang ikut je flow yang dieorang dag tulis dekat borang POST REGISTRATION PROCEDURE (RPR) yang korang akan dapat dekat POINT 1 - PENDAFTARAN. Aku tak tengok sebab aku dah print borang RPR dari website sekali dengan offer letter. Rupa-rupanye, lain RPR yang aku dah print denagn RPR yang aku dapat dekat kaunter pendaftaran tu. Sebab tu aku jadi blur gila. So, check lah korang punya goodie bag tu.
  • Bagi feedback. Waktu register tu korang akan dapat borang survey untuk feedback. korang tulis je apa yang korang rasa tak bagus tentang proses pendaftaran ni. Banyak jugak yang aku tulis hari tu. Aku harap pihak UiTM boleh cuba improve untuk next pendaftaran.
    
So, yeah, Itu je lah aku nak cerita asal pengalaman aku pergi mendaftar program postgraduate UiTM baru-baru ni. Memang dah tak ada dah intake untuk tahun 2015 ni. Tapi mana tau, korang yang nak register tahun-tahun depan nak tau macam mana situasi pendaftaran postgraduate second intake UiTM kan. Aku harap post ini berguna untuk korang. 


4 comments.. read them below or add one

Noriza Rahman Noriza Rahman 07 September, 2015
Sama macam adik la daftar masters untuk program kat uitm
Puan Wawa Puan Wawa 07 September, 2015
Alhamdulillah, tahniah fadzi.. Semoga berjaya. Rajin fadzi study blk..")
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 September, 2015
Kak noriza, program IT jugak ke adik akak tu?
Fadzi Razak Fadzi Razak 07 September, 2015
Terima kasih wawa. Kena kuatkan semangat jugak ni hahaha