Promosi Free Seat AirAsia

Free seat! Free seat AirAsia! Siapa lah yang tak suka barang percuma. Nak nak pulak benda yang mahal macam tiket flight AirAsia kan? So, sekarang ni AirAsia tengah buat gila promosi free seat. Kalau korang kaki travel, ini peluang keemasan untuk korang.

AirAsia Free Seat

AirAsia biasa dah buat promosi macam ni. Dieorang bagi free seat untuk flight. Tapi yang freenya flight tu je. Korang still kena bayar tax dan fees lain kena bayar jugak tau. So, tak ada lah totally free RM0. Tapi, masih lagi murah gila-gila.

FREE SEATS AIRASIA 2015

  • Booking Period: 7 September 2015 - 13 September 2015
  • Travel Period: 1 March 2016 - 29 October 2016

Seronok? Seronok saja tak guna. Apa kata korang pergi booking flight korang sekarang. Untuk elakkan sebarang masalah atau salah faham, aku sarankan korang baca terms & condition promosi free seat ni dulu dekat SINI -> AirAsia Free Seat Promotion.

Karang ada salah faham karang, menangis tak berlagu. So, good luck dapatkan promosi free seat AirAsia kali ni. Aku dah lama tak travel naik flight. Tunggu lah Aneeq dah besar sikit baru cari peluang nak travel dengan free seat promotion AirAsia ni. :)

Aku tengok tadi ada banyak jugak destinasi dalam dan luar negara yang dieorang cover untuk AirAsia Free Seat Promotion ni. Kalau korang nak tengok sama ada destinasi korang ada ke tak, boleh tengok dekat sini -> Destinasi AirAsia Free Seat Promotion.

PERINGATAN PENTING:

  • Korang hanya akan ada sehingga maksimum 10 minit di setiap page  Search and Select Flights, kalau korang duduk lama-lama lagi dekat page tu, korang akan redirect semula ke 'Waiting Room'.
  • JANGAN cuba buka banyak tab (dalam browser yang sama) untuk mencari tambang sebab ia tidak akan membenarkan korang untuk meneruskan tempahan/pembayaran. Korang mungkin berakhir dengan tarikh perjalanan yang SALAH.
  • Pastikan korang telah diaktifkan pop up window untuk memastikan proses pembayaran lancar.
Kalau korang nak tahu cara nak travel secara percuma, tak pyah bayar pape, korang boleh baca dekat sini -> Cara Mudah Travel Secara Percuma.


{ 10 comments.. read them below or add one }

Mama Myja Mama Myja 08 September, 2015
jom g jenjalan.. der terjah jugak semalam tapi banyak dah harga mahal. ahaks

www.mamamyja.com
Inani Hazwani Inani Hazwani 08 September, 2015
Laju laju bukak website air asia. Ehh. Hahaha
Hero Borneo Hero Borneo 08 September, 2015
peluang untuk terbang bersama Airasia..sebelum online pilih destinasi dan tarikh atas kertas secara manual dulu.
Zul Azizi Zul Azizi 08 September, 2015
Sekarang AirAsia tengah promosi pakej yang sangat murah. Tunggu apa lagi rancanglag percutian keluar negara....
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 September, 2015
Mamayja try guna chrome igcognito. kat situ boleh maintain harga murah
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 September, 2015
Betul. sebab kalau lama sangat duduk dalam satu page tu, nanti kene kick hehehe
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 September, 2015
Waktu ni lah sedap sikit nak pergi berjalan sebab tengah murah :D