Senarai Hotel Yang Unik Di Dalam Malaysia

Ada dalam satu entri yang aku pernah buat sebelum ni, boleh baca dekat sini -> 5 Sebab Kita Patut Travel Dalam Malaysia Berbanding Luar Negara, blogger Kak +Julia Johari ada mintak aku spesifik kan sikit artikel tu sebab dia nak tahu HOTEL SEGI TIGA yang aku ada tulis dalam entri sebelum ni tu dekat mana. So, dalam entri kali ni, aku akan cuba share sebanyak mungkin hotel-hotel yang rare dalam Malaysia ni untuk rujukan aku dan korang semua.

Kak Julia Johari


Senarai Hotel Yang Unik Di Dalam Malaysia

Tubotel, Langkawi
Sumber: Tubotel, Langkawi

1. Tubotel, Langkawi

Tubotel ni adalah tempat penginapan yang diperbuat daripada bongkah pembetungan simen yang berbentuk silinder tu. Hotel yang berkonsep unik ni terletak di Pantai Chenang Langkawi dan kebanyakan biliknya menghadap laut. Hotel ni ada 17 bilik, 3 plunge kolam mandi, restoran dan jugak free wifi di kawasan awam. Bilik-bilik yang ada di hotel ni simple gila. Berbentuk tube silider, setiap bilik dicat dengan warna-warna yang menarik. Dalam bilik tu cuma ada katil double, bantal, cawan dan air mineral, tuala dan air cond. Untuk keselamatan, jangan risau. Dieorang pun pakai kunci kad macam dekat hotel-hotel lain. Dalam setiap bilik jugak ada plug elektrik. Harga bilik pulak bermula RM128 ke atas.

Container Hotel, KL
Sumber: Container Hotel

2. Container Hotel, KL

Terletak di Kuala Lumpur, Container Hotel ni ada 3 jenis bilik yang berbeza - Outgoing (Dorm 4 katil Bunk Beds - RM35/malam), Adventure (Berbentuk silinder - RM110/malam) dan Conservative (RM165/malam). Setiap bilik ada air cond, wifi, tuala, shower gel, air mineral dan plug international.  Dekat hotel ni korang boleh dapat free wifi, personal locker, boleh sewa basikal, tempat letak barang, kedai Chatime, lounge dan jugak dorm yang khusus untuk wanita. Sebelum nak duduk dekat sini, korang kena tahu untuk bilik Outgoing dan Adventure, toilet kena share. Untuk Conservative tu, toilet sendiri. :)  

Capsule By Container, KLIA
Sumber: Capsule By Container

3. Capsule By Container, KLIA

Korang boleh duduk dekat hotel ni semasa transit atau sebelum naik flight dalam jangkamasa 3 jam, 6 jam atau 12 jam. Dekat Capsule ni ada 3 jenis bilik - Capsule Male, Capsule Female dan Capsule Mix Plus. Bilik dia kecik je, muat-muat untuk korang tidur. Ok lah kan sebab bukan lama pun nak tunggu transit flight. Dalam setiap bilik akan disediakan plug elektrik, katil, bantal, meja boleh lipat degan cermin, selipar, tuala, dental kit, air mineral dan wifi. Dekat hotel ni ada bar, sewa locker dan jugak shower on the go :D  

4. Masbro Village, Melaka
Sumber: Masbro Village, Melaka

4. Masbro Village, Melaka

Dengan harga RM250 untuk satu malam, korang boleh duduk dekat hotel yang lebih kurang macam rumah warna-warni Brighton Beach di Australia. Setiap rumah ni boleh muat hingga 6 orang dalam satu waktu. Jangan tertipu dengan gambar, sebenarnya rumah ni besar tau. 2 tingkat. Dalam rumah ni lengkap dengan meja makan, sofa, TV, katil, air cond, air pancuran mandi panas, microwave, peti ais dan jug air. Ada 2 toilet dalam setiap rumah ni. Masbro village ni agak gila demand dia sebab nampak hipster sangat. So kalau korang nak cuba duduk dekat sini, korang kena tengok availability hotel ni dekat FB die, then baru boleh booking.

Hotel Pelantar Minyak, Sabah
Sumber: Seaventures Dive Resort

5. Hotel Pelantar Minyak, Sabah

Hotel pelantar minyak ini terletak berhampiran pulau Sipadan Sabah dan bukan bertaraf lima bintang. Bilik yang disediakan agak kecil tetapi kemas. Ada 3 jenis bilik dekat hotel ni iaitu Family Room, Twin/Double Room dan Dorm Room. Apa yang membuatkan ia lebih unik dari yang lain ialah ianya satu-satunya hotel di dunia yang menggunakan pelantar minyak sebagai tempat menginap. Kini ia sangat popular dan menjadi tumpuan pelancong dunia. Hotel ni ada 27 bilik dan terdapt wifi percuma serta aktiviti-aktiviti yang menarik untuk korang yang duduk dekat sini. Tapi, untuk pergi ke hotel ni, cuma boleh naik bot je.

Bustel, Klebang
Sumber: Bustel, Klebang

6. Bustel, Klebang

Bustel ini adalah hotel yang diperbuat daripada bas lama. Setiap bustel ni ada 2 bilik. Ada bilik yang katil queen dan ada bilik yang ada 2 katil bujang. Harga untuk hari bekerja RM90/malam dan untuk weekend dan public holiday pulak RM130/malam. Disebabkan hotel ni unik, so korang kena booking dulu date yang korang nak duduk kat hotel ni. Tak boleh walk in je. Nanti tak ada yang kosong. Sleain daripada bilik, hotel ni jugak menggunakan bas untuk buat cafe yang dinamakan Bustel Cafe. Bustel Cafe ni banyak dan ada macam-macam pilihan makanan yang ada. Tinggal pilih dan makan je. Keseluruhan bas yang digunakan untuk buat bilik hotel dan cafe ni ada 40 buah.

Time Capsule Retreat, Pahang
Sumber: Time Capsule Retreat

7. Time Capsule Retreat, Pahang

Sama dengan konsep hotel yang diperbuat daripada simen pembentungan air ni terletak di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Sebenarnya ada 4 jenis bilik dekat sini iaitu - Capsule 1, Capsule 2, White Cottage 1 dan White Cottage 2. Untuk bilik Capsule, bentuknye silinder manakala untuk White Cottage bilik petak biasa. Setiap bilik dilengkapi dengan air cond. Dekat sini macam-macam aktiviti outdoor yang korang boleh buat. Aku tak tahu kenapa tapi antara banyak-banyak list yang aku buat ni, aku rasa yang ni gila memang best nak pergi.

UFO Capsule Hotel, KL
Sumber: UFO Capsule Hotel

8. UFO Capsule Hotel, KL

Hotel yang terletak di belakang Berjaya Times Square ni aku tengok pun macam scary jugak tapi macam best untuk dicuba. Kenapa aku cakap scary? Kalau korang tengok gambar depan hotel dieorang, hotel ni macam buruk sikit dan tak up to date. Bilik dia pun kecik gila, muat-muat untuk korang tidur je. Aku rasa siapa yang ada claustrophobia, mungkin tak disarankan untuk pergi ke sini. Hotel ni mempunyai bilik-bilik kapsul berhawa dingin dengan cermin, plug universal dan meja mini. Terdapat ruang lounge umum yang berasingan untuk tetamu dengan Wifi percuma dan bilik mandi biasa. UFO Capsule mempunyai kaunter penyambut tetamu yang dibuka 24 jam. Kalau korang datang tidur dekat sini, korang boleh menyimpan barang-barang mereka di dalam loker yang disediakan.

Tanah Aina Eco Resort
Sumber: Tanah Aina

9. Tanah Aina Eco Resort

Sebelum ni aku pernah tulis pasal Tanah Aina Cafe dan korang boleh baca dekat sini -> 5 Sebab Anda Perlu Datang Ke Tanah Aina Cafe. Tapi tahu tak korang sebenarnya Tanah Aina ni ada 5 resort yang besar? Tanah Aina ni terdiri daripada 5 resort - Farrah Soraya (Raub, Pahang), Farhana (Desaru, Johor), Fareena (Lentang, Karak), Farouq (Raib, Pahang) dan Fahad (Ulu Dong, Raub Pahang), Restoran Azareena Seafood Steamboat (Bentong, Pahang) dan Tanah Aina Cafe (Shah Alam). Setiap resort Tanah Aina memang berlainan dan memang best untuk pergi. 

Eagle Ranch Resort
Sumber: Eagle Ranch Resort, Port Dickson

10. Eagle Ranch Resort, Port Dickson

Yang buat aku tertarik dengan Eagle Ranch Resort ni adalah tema die. Dieorang buat tema macam wild wild west dan koboi. Haaaa. Serius gila style nak nak lagi 2 jenis bilik dia iaitu bandwagon dengan tepee. Sebenarnya dia ada 6 jenis bilik tapi yang paling rare dan aku tak pernah jumpa lagi dekat Malaysia ni Tepee dan Bandwagon ni lah. Kesemua bilik dekat sini termasuk dorm ada kipas dan air cond. Bilik air pun dah termasuk dalam bilik masing-masing kecuali dorm lah kena share. Menarik wooo!

Setakat ni, aku ada banyak ni dalam senarai. InsyaAllah kalau ada lagi yang aku jumpa menarik, aku akan tambah dekat entri ni. Korang ada tau hotel-hotel yang bentuk menarik tak selain daripada bentuk rumah biasa? Bentuk biasa aku tak mau, nak yang bentuk rare je. Hahahha. Demand! Kalau ada cuba korang komen dekat bawah, nanti aku masukkan dalam list dan kreditkan pada korang sekali.

 Aku harap, one day aku boleh travel satu Malaysia dan pergi tidur dekat hotel-hotel pelik ni. :D

Post a Comment

7 Comments

  1. hotel yang unik akan membuatkan lebih ramai pengunjung yang datang untuk tidur di situ.....

    ReplyDelete
  2. bukan sahaja terdapat hotel yang unik di luar negara tetapi terdapat juga hotel yang unik di Malaysia yang perlu diterokai oleh semua rakyat Malaysia....

    ReplyDelete
  3. Masbro Village Hotel Melaka tu menarikkkkkkkk sgt...yang lain pun besttttt...tq adik fadzi...so detail love it...sis nak try booking masbro tu kalau ada rezeki nak bawa abah mama tido situ yeyyyy well done adik!!!!

    ReplyDelete
  4. menariknya. tak sangka dlm malaysia pn ade hotel cmtu. :)

    ReplyDelete
  5. Adik fadzira..ni kak mimie..ni no akak.0195274331.leh akak dptkn no tel atau email adik..akak ada nk tnya skit.tq dik

    ReplyDelete