5 Cara Nak Jadi Ibu Yang Cool

October 11, 2015

Sejak dah jadi mak mak ni, aku rasa banyak sangat benda yang aku nak buat dengan anak aku Aneeq. Dan antara benda yang aku nak buat dengan Aneeq adalah macam senarai dekat bawah ni. Aku rasa kalau aku buat benda-benda ni dengan Aneeq, aku rasa macam aku ni mak yang sangat cool. Hahahhaa.

Mummy Fadzi

5 Ciri Ibu Yang Cool Dan Trendy


1. Senaman Zumba

Sebenarnya aku tak pernah pun pergi buat senaman Zumba ni. Nak cuba tu apa salahnya kan? Tapi kene tunggu Aneeq dah boleh berjalan dengan gagah lah. Sekarang ni merangkak pun terkial-kial lagi. Huhuhu.

 

2. Spa Ibu Dan Anak

Serius ada spa untuk ibu dan anak? Kalau ade, memang sure aku nak bawak Aneeq sekali. Bukan apa. Pernah sekali aku pergi spa lepas bersalin hari tu. Tapi aku sorang je lah yang masuk. Zul jaga Aneeq dekat luar. 

3. Trend Fesyen "Mini Me"

Disebabkan Aneeq ni baby boy, macam agak susah kot nak me'mini me'kan dia. Biasa kan kalau 'mini me' ni mak mak dengan anak perempuan dieorang. Tapi tak apa. Aku akan usahakna jugak jadikan Aneeq mini me aku. Huhuhu.

4. Terokai Dunia Bersama-sama

Aku pernah cakap dengan Zul, nanti bila Aneeq dah besar sikit dan boleh duduk sendiri atau berjalan sendiri, aku nak pergi travel berdua je dengan Aneeq. Sebabnya Zul keje kan. Susah lah nak pergi sekali. And guess what, Zul bagi even berat hati jugak lah  dia. Hehehhe.


Bento box

5. Sediakan Bento Untuk Dibawak Ke Sekolah

Yang ni, of course lah lambat lagi. Mungkin aku akan mula buat bento untuk Aneeq awal sikit sebab nak bagi dia seronok makan. Sekarang ni susah betul nak start bagi Aneeq makan solid food. 

Korang nak jadi mak yang cool dan trendy jugak? Mungkin ini boleh membantu -> Jom Jadi Mak Yang Cool Dan Trendy!

You Might Also Like

2 comments

  1. yes trendy n cool! nice sharing! part yg no 1 tu.... boleh.. dgn ank2 sekali berzumba..ahhah..yang lain2 tk terikut hakak..hiih..part bento tu..bolehlah..tp yang simple2 je.. ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bento tu kiut sangatttt :D

      Delete

Like us on Facebook