7 Ciri Wanita Idaman Lelaki

October 09, 2015

Aku bersyukur sangat dilahirkan sebagai seorang wanita. Ye lah. Macam-macam kelebihan seorang perempuan ni. Syurga tu terletak di bawah kaki ibu (wanita), orang kena berbuat baik lebih kepada anak perempuan dan wanita boleh mengandung serta melahirkan anak!

Tapi tau tak korang apa ciri-ciri wanita yang lelaki suka?

7 Ciri Wanita Idaman Lelaki

7 Ciri Wanita Idaman Lelaki


1. Berpegang Pada Agama

Walau se'seksi' mana pun wanita semasa bercinta, bila dah kahwin mesti lelaki tu akan pilih sama ada wanita yang berpegang pada agama ataupun dieorang sendiri yang akan didik wanita tu ke arah yang lebih baik.  Mestilah lelaki nak wanita yang terbaik untuk jadi isteri dan ibu kepada anak-anak dieorang kan?

2. Manja

Wanita yang manja ni memang menjadi kegilaan lelaki. Memang lumrah cara seorang wanita ni sepatutnya manja dan sedikit keanak-anakan. Tapi jangan lah mengedik sangat. Itu lelaki pun menyampah. Manja di sini bermaksud cara layanan dan suara yang lunak yang membuatkan lelaki cair.
 

3. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang cantik paras rupa itu satu bonus. Tapi bonus berganda-ganda lagi lelaki suka kalau korang ni cantik luar dan dalam. Dah lah cantik muka, hati pun baik. Mesti ramai lelaki yang berebut-rebut nak jadikan isteri. Siapa tak nak orang yang cantik dan baik hati kan?
 

4. Berdikari

Wanita sekarang ni dah ramai yang berkerjaya dan ada sumber kewangan sendiri. Ini salah satu ciri-ciri wanita yang lelaki suka sebab die tak perlu nak jaga sangat. Wanita yang berdikari boleh buat macam-macam dari mencari duit sendiri, melakukan perkara berat sendiri dan menjaga diri sendiri.

5. Tidak Cerewet

Kebanyakan wanita ni kalau aku cakap sangat cerewet, korang setuju tak? Dari perkara yang sekecil-kecil tak boleh letak gelas air sejuk direct atas meja, kena pakai pelapik gelas hingga lah ke beza warna putih dan putih susu untuk kain angkat nikah, semua nak cerewet. Pada lelaki, itu cuma perkara remeh yang tidak penting.

6. Pandai Menyesuaikan Diri Dengan Orang Sekeliling

Wanita yang paling lelaki senang adalah wanita yang senang suaikan diri dia dengan orang di sekeliling. Tak kisah lah dengan keluarga lelaki tu, kawan-kawan atau orang-orang lain. Kalau wanita yang pandai sesuaikan diri ni senang sikit, tak ada lah nak kena berkepit 24 jam bila lelaki tu bawak dia keluar berjumpa keluarga atau kawan-kawan.

7. Memahami Lelaki

Perangai wanita dan lelaki ni jauh sangat berbeza. Nak fahma antara satu sama lain memang susah. Tapi kalau kita wanita ni pandai membaca dan memahami lelaki, memang korang akan menjadi wanita idaman dieorang. Tak pening nak melayan bebelan, rengekan dan macam-macam lagi karenah perempuan.
7 Ciri Lelaki Idaman Wanita

Nah, dah tau ciri-ciri wanita idaman lelaki kan? Agak-agak korang tergolong tak dalam golongan tu? Apa pulak ciri-ciri lelaki idaman korang? Ada tak dalam 7 Ciri Lelaki Idaman Wanita ni?

You Might Also Like

10 comments

  1. Bagus tips ni.. InsyaAllah akan sentiasa perbaiki diri. Tiada manusia yang sempurna. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama2 kite cuba berubah ke arah kebaikan :)

      Delete
  2. salam jumaat....
    Alhamdulilah...

    ReplyDelete
  3. haha tak ada ciri-ciri kahwin terus hihihihi

    ReplyDelete
  4. wawa leww teww... hehe

    salam jumaat fadzi..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww wawa. Semua ciri ciri ade? :D

      Delete

Like us on Facebook