7 Tips Jimat Waktu Pam Minyak

Sekarang ni tiap-tiap bulan harga minyak akan berubah. Sekejap naik, sekejap turun. Tapi percaya tak cakap aku kalau aku cakap harga minyak naik lebih banyak kali daripada harga minyak turun. Aku dah buat reseach. Korang boleh tengok senarai harga minyak bagi setiap bulan dekat entri-entri yang aku buat setiap bulan dekat sini -  Archive Harga Minyak Bulanan 2015.

Pam Minyak

Disebabkan banyak naik, aku pun  tengah buat research pasal tips-tips dan mitos pasal panduan jimatkan minyak waktu mengambil minyak. Ha faham tak? Hahahha. Maksudnya tips jimat waktu ambil minyak.

7 Tips Jimat Waktu Pam Minyak


1. Ketuk Nozel Pam Beberapa Kali

Kan biasa kalau kita guna pam atau paip atau apa-apa medium untuk pindahkan cecair mesti ada sikit yang tertinggal dengak muncung medium tu kan. So, ketuk sikit bagi minyak yang terlekat dekat muncung nozel jatuh masuk dalam tangki.

2. Isi Minyak Pada Waktu Malam Atau Pagi

Konon-konon pada waktu tu udara lebih sejuk dan minyak lebih mampat. Kan? Tapi sebenarnya, minyak yang sedia ada dalam tangki bawah tanah tu memang dah sejuk. Isi pada waktu siang atau malam sebenarnya sama je.

3. Jangan Tekan Nozel Sampai Habis

Masa pam minyak tu, tekan nozel tu separuh je sebab tak nak udara masuk ke dalam tangki semasa mengepam. Agak-agak teknik ni memang menjadi tak?

4. Luruskan Hos Petrol

Hahahhaha. Ini tips yang agak kelakar lah bagi aku. Kalau nak pam minyak tu, make sure hos pam minyak tu lurus. Kenapa? Supaya minyak boleh mengalir lancar dan tak ada lah yang tersekat dalam hos tu. 

5. Jangan Pam Minyak Waktu Lori Hantar Minyak Datang 

Bila kita nampak lori minyak tengah parking untuk topup minyak dalam tangki bawah tanah, jangan isi minyak. Manalah tau ada sedimen yang masih bergolak. Tapi sebenarnya, tak payah paranoid kalau nak isi minyak walaupun semasa lori tangki sedang melakukan tugas topup petrol. Industri petroleum sekarang dah cukup canggih. Tak perlu risau apa-apa.

6. Genapkan Nombor Ringgit Pada Mesin Pam Minyak

Bila nozel minyak ditekan, kita picit berhati-hati supaya jumlah petrol yang kita isi tu genap ke ringgit yang seterusnya. Bukan apa, kita nak maksimakan mata ganjaran dan rebat kad yang ada! 

7. Pam Minyak Sebelum 12 Tengah Malam 

Kalau esok harga minyak naik, kita berpusu-pusu dan bersungguh-sungguh isi minyak sepenuh mungkin ke dalam tangki pada pukul 11.59 malam. Bukan apa, kalau harga minyak naik kan, terbeban pulak rasa.

Ha, ada lagi tak tips yang korang nak tambah? Ke korang buat 7 Perkara Ekstrem Yang Orang Malaysia Buat Dapatkan Lebih Petrol?


{ 8 comments.. read them below or add one }

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 08 October, 2015
thanks sharing tips ni fadzi..
SalbiahM SalbiahM 08 October, 2015
tips yang awesome! sekarang semua kena jimat.huhu
Puan Wawa Puan Wawa 08 October, 2015
Thanks fadzi sharing tips..:)
Fadzi Razak Fadzi Razak 08 October, 2015
Huhuhu memang kene banyak berjimat sekarang ni :(