8+1 Chef Perempuan Yang Hot And Spicy

October 05, 2015

Aku rasa dunia masakan di program TV sekarang ni ramai lelaki kan? Maksud aku kalau dalam TV, chef-chef lelaki lebih glamor daripada chef-chef perempuan. Betul tak? Kalau nak tengok program TV chef perempuan tu boleh kira sangat dengan jari. Kenapa ya?

Chef Wanita Hot

Sebenarnya ramai je perempuan yang pandai masak. Hot pulak tu. Contoh nya macam aku. Bahahahahhahaaahahahaha. Okay, tak kelakar. Tapi serius lah. Kalau dekat rumah, biasanya perempuan lah yang memasak kan. Tapi, jangan terkejut kalau aku cakap, ada je orang perempuan yang tak pandai memasak. 

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang 8+1 Chef Perempuan Hot yang pandai memasak.

8+1 Chef Perempuan Yang Hot And Spicy

1. Farah Quinn

Chef wanita dari Indonesia yang pandai bercakap, ada cooking show sendiri dan juga seorang ibu.
 

2. Cat Cora

Cat Cora memiliki sebuah restoran di Singapura yang bernama “The Ocean Restaurant at the S.E.A. Aquarium” yang mempunyai 63 buah kerusi di dalam akuarium terbesar di dunia dan pengunjung di restoran pemandangan satwa laut dari setiap meja.


Anis Nabilah

3. Anis Nabilah

Anis Nabilah ni comel sangat orangnya. Aku mula tengok Anis ni dalam satu program masakan yang lebih kepada bercakap. Tapi resepi dan cara memasak dia tak tunjuk betul-betul. Program tu sangat suck. Tapi Anis sangat comellll.
 

4. Giada de Laurentiis

Ini pun aku selalu tengok dia masak dalam Food Network. DIa masak macam simple je. Tapi nampak sedap. Muka die selalu je tersenyum. Tu yang seronok tengok dia ni.
 

5. Rachael Ray

Yang ni memang seorang chef yang banyak pok pek pok pek. Hahahha. Aku tengok rancangan 30 minutes show die. Dia masak hidangan yang simple-simple dalam masa 30 minit.
 

6. Ezani

Ni pun chef Malaysia jugak hasil daripada Masterchef Malaysia musim pertama. Sebenarnya aku tak follow sangat Masterchef sebab aku tak suka Malaysia punya Masterchef. So, aku tak kenal sangat dengan dia ni.  

7. Nigella Lawson

Ini chef kedua hot yang aku suka sangat. Dia ni cantik gilaaaaa. Dia suka masak jenis-jenis bakery dan pencuci mulut. Dia masak pun jenis sempoi gila. Bercakap pun lembut sangat.
 

8. Candice Kumal

Ini aku tak berapa kenal tapi orang cakap dia glamor jugak. Candice ni merupakan salah seorang juri dalam program realiti TV unutk masakan Iron Chef.

Fadzi Razak

9. Fadzi Razak

Bahahahha. Tolonglah terima kenyataan ini bila aku cakap Fadzi Razak tu chef wanita yang hot dan spicy. *menangis kejap* Ini adalah chef paling hot aku pernah kenal. Hahahhaa. Sebenarnya aku ni tak ada lah pandai masak. Serius. Waktu kecil, Mak aku je yang masak. Aku tak tolong pape. Tapi lepas je SPM, tengah tunggu result, aku lah tukang masaknya. Aku masak main campak-campak je. Tengok-tengok menjadi pulak. Pergh kan. 

Hahahha, so. Korang ni chef wanita yang hot and spicy ke tak? Kalau ye, korang buat lah list 8+1 Chef Perempuan Yang Hot And Spicy korang sendiri dan letak nama korang. XD XD XD

 
 

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook