Hari Pertama Kelas Master of Science Information In Information Technology UiTM

October 04, 2015

Kalau nak dikira termasuk minggu ni, hari ni minggu keempat aku baru start belajar. Bila dah stop belajar untuk 3 tahun dan nak mula belajar balik, ya Allah susah nya aku rasa. Bertambah susah bila ada anak kecil. Nak study pun aku tak nampak cahaya. Hahahha.

So, hari ni aku ada sikit kesempatan untuk cerita hari pertama aku belajar. Oh, sebenarnya aku baru je start sambung belajar dalam peringkat Master of Science Information In Information Technology di UiTM Shah Alam. Aku ambik part time je sebab weekend aku nak jaga Aneeq.

Kelas aku full day hari Sabtu dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Ada gap lunch hour sejam je lah untuk makan, solat dan rest. Satu kelas 3 jam straight tapi biasanya akan habis awal sikit je dalam 10 minit macam tu. Antara satu kelas ke kelas yang lain ada dalam 10 minit gap. So, sempat lah aku lari pergi surau untuk pam susu sekejap.

Rapid bus Shah Alam

Aku mula kelas pertama hari tu 12 September 2015. Disebabkan UiTM dekat je dengan rumah, so aku naik bas je walaupun Zul dah offer diri nak hantar dan ambil balik nanti. Tapi, konon la ego kan. Aku wanita berdikari, semua boleh buat sendiri. Hahahha. Masuk-masuk kelas, ada lah ice breaking session. Tengok-tengok semua kerja gempak-gempak - pensyarah, programmer, buat bisnes sendiri. Tiba time aku - blogger. Hahahha. Rendah diri kejap. 

Budak kelas aku tak ramai pun. Ada lah dalam 15 orang je. Kelas aku macam balance pulak lelaki perempuan dia. Sama banyak. Gambar dekat bawah ni lecturer kiteorang yang ambil sebab nak show off dekat lecturer lain, kiteorang ramai yang datang even waktu weekend Hari Raya Haji. Hahahha. Waktu ni sorang tak datang sebab tak sihat. 

Master of Science Information In Information Technology UiTM

Hari pertama tu dah start belajar dah pun. Untuk part time Master IT UiTM, ada 4 subjek yang kena ambil di semester pertama ni:
  • ICT700 - Information And Convergence Technology
  • ICT701 - Problem Solving Formalism For Information Technology
  • ICT702 - Information Technology Infrastructure
  • ICT703 - Human Centered Informatics

Tapi semester ni aku cuma ambil 3 subjek je sebab subjek ICT700 boleh transfer credit kalau waktu degree ambil bidang jurusan komputer. So, 3 subjek 1 hari full day. 

Kelas pukul 8 pagi, ICT702 dengan Dr Iqbal. Masa first Dr Iqbal masuk kelas, dia tanya "Ni kelas C77**** (nama kelas kiteorang)?". Kiteorang pun angguk je lah sebab ingat die student. Muda betul Dr Iqbal ni. Tiba-tiba dia pergi ke meja lecturer. Ha, lecturer rupanya.

Lepas habis kelas pagi ni, aku pergi lari ke surau untuk pam susu. Karang tak pasal-pasal menangis bengkak.

Kelas kedua pukul 11 pagi kelas ICT703 dengan Dr Afdallyana. Dr Afdallyana ni aku suka sebab bila die mengajar, penuh semangat. Lepas tu die banyak bagi info-info yang related dengan real life dalam subjek ni. Oh, subjek ni sangat menarik kalau korang suka design-desgin ni.

Lunch hour ada dalam sejam. Tapi hari tu kiteorang tak sempat nak makan sebab cafe fakulti tutup dan ade meeting pasal nak transfer kredit. Mereput lah kiteorang semua tak makan. Rushing-rushing pergi solat dan pergi dengar meeting sampai lupa nak pam susu.

Kelas akhir mula pukul 3 petang. Tapi ramai yang masuk lambat sebab busy buat transfer kredit. Kelas last ni kelas ICT701 dengan Encik Adzhar. Kelakar Encik Adzhar ni tak payah cakap. Memang best. Die pun banyak bercerita perkara yang related dengan subjek yang dia ajar.

Fadzi Razak

Tapi kelas last tu memang aku dah tak mampu dah nak terima apa-apa. Dengan bilik sejuk air cond, dengan perut lapar gila tak makan, dengan bengkak susu tak sempat nak pam. Terus tak boleh masuk apa-apa. Seksanya ya Allah. Rasa pening, nak muntah, nak pengsan semua ada. 

Akhirnya kelas habis pun. Nak balik aku dah tak larat. Last-last aku call Zul, mintak dia tolong ambil kan. Pagi tadi berlagak sangat nak naik bas kan. Hahahha. Ego cekonon.


You Might Also Like

13 comments

  1. ehehe selamat kembali belajar..
    CT tak sampai seru rajin nak sambung blaja lagi.. ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun dah lama seru datang. baru sekarang boleh :D tak pe. nanti sampai seru CT pulak sambung :D

      Delete
  2. Go go caiyok and fighting kak.. selamat maju jaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Sha :D :D :D Chaiyok!!

      Delete
  3. jadi pelajar memang akan sibuk tetapi seronok..lagi seronok bila dah berjaya nanti..aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah terima kasih Hero borneo :D

      Delete
  4. assalammualaikum kak.. haii saya syafira.. saya baru masuk kos tu.. saya ingat nk minta nota2 or format utk kos ni.. akak leh email kt sy kalau ade la.. nursyafira150593@gmail.com ni email sy.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi syafira, nanti saya email kan pada awak k. :)

      Delete

Like us on Facebook