Koleksi Shawl Terbaru Nora Danish ND Owl Diamond

Siapa yang suka stalk Instagram Nora Danish mesti tau yang dia sekarang ni dah mula buat bisnes shawl dengan brand dia sendiri - ND Owl Diamond. So, siapa yang nak pakai tudung cantik macam Nora Danish boleh dapatkan shawl yang dia keluarkan. :D 

Nora Danish ND Owl Diamond
 
Shawl by ND™ Collection ini sebenarnya bermula dengan 5 rekaan. Material setiap shawl yang Nora hasilkan adalah daripada material berkualiti tinggi dan 'mesra' kepada si pemakai. Material kain yang digunakan untuk buat shawl ni pun dari jenis yang tidak mudah kedut dan senang untuk digayakan dengan kreatif.  

Nora Danish ND Owl Diamond
 
Shawl ND™ Emily
Kain yang digunakan untuk buat shawl ni dari kualiti terbaik "Italian Crepe Chiffon" Kain ni jenis yang lembut, tidak mudah kedut, selesa dan mudah dibentuk atau digayakan dengan pelbagai cara mengikut gaya si pemakai. Shawl Emily ni ada lebih kurang 36 warna pilihan yang menarik.

Nora Danish ND Owl Diamond

Instant Shawl ND™ Owl Diamond
Untuk Instant Shawl Old Diamond ni pulak kain yang digunakan adalah "Lycra Cotton" Kain lycra jenis ni lembut, tidak mudah kedut, selesa dan mudah dibentuk atau digayakan dengan pelbagai cara mengikut gaya si pemakai. Yang paling penting sekali shawl ni tidak panas dan selesa. Untuk design yang ni ada lebih kurang 27 pilihan warna.

Nora Danish ND Owl Diamond

Shawl ND™ Laura
Shawl Laura ni pulak diperbuat daripada kain "Italian Crepe Chiffon" Beza Shawl Laura dengan Shawl Emily ni adalah Shawl Laura ni dihiasi dengan batu swarovski yang cantik dan susunan yang kemas dan menarik. Shawl design Laura ni ada 27 pilihan warna yang menarik. 

Cantik kan shawl yang Nora Danish keluarkan ni? Nak tau apa yang buat shawl Nora Danish ni lain daripada yang lain? 

  • Satu sebab setiap koleksi banyak sangat pilihan warna dan warna-warna dia memang sangat cantik. 
  • Sebab yang kedua, dia jahit kan Owl Diamond pada setiap shawl dia. 
Siapa yang gila dengan design OWL atau burung hantu mesti faham dan mesti rasa excited nak dapatkan shawl ni. Aku faham perasaan tu sebab aku pun suka sangat dengan design owl :D. Apa-apa produk yang ada design owl mesti aku rasa macam nak rembat je. 

Nora Danish ND Owl Diamond

Kalau korang nak tau la kan, shawl ND Owl Diamond ni boleh dibeli dekat stokes-stokis yang sah je sebab barang limited edition kan. Ha, bukan sebarang orang yang boleh jual ni. Kalau korang berminat nak dapatkan shawl Nora Danish ni, korang boleh dapatkan dekat ND by Nora Danish of Koleksi Q ni:

Instagram | 0139485753 (Nana Hakim) 


3 comments.. read them below or add one

Fadzi Razak Fadzi Razak 18 October, 2015
Betul tu. cantik sangat. tang paling suka sebab ada owl tuuu